Pages

Showing posts with label hafiz. Show all posts
Showing posts with label hafiz. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

KEISTIMEWAAN PEMBACA DAN PENGHAFAZ AL-QURAN


  • Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga.
Dari Ali bin Abu Talib, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).
  • Berada dalam rahmat Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah dalam kalangan para malaikat (yang di langit) " (Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).
  • Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda.
Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. ; katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Barang siapa membaca satu huruf dari kitab Allah ( al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)
  • Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah.
Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ,dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia. "Lalu Rasulullah ditanya:"Siapakah mereka itu wahai Rasulullah s.a.w.? "Jawab baginda: "Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya."(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Al-Hakim dan An-Nasaie).
  • Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat.
Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya. "(Hadis riwayat muslim)
  • Dipakaikan mahkota pada hari kiamat.
Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan memakaikan ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak.Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia. Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperoleh oleh orang yang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud)

Sunday, February 6, 2011

Banduan hafiz al-Quran diberi pengampunan





2011/02/06

MANAMA: Banduan yang menghafal al-Quran layak diberikan pengampunan, kata Kementerian Hal Ehwal Agama Islam di Kuwait. 

Keputusan terbabit adalah sebahagian daripada usaha untuk memulih banduan dan membantu mereka untuk berhadapan dengan masyarakat.
“Kuwait memilih program pendekatan agama sebagai sebahagian daripada dasar memulih banduan,” kata kementerian terbabit yang dipetik media tempatan.
“Di bawah program terbabit, tahanan menghadiri kuliah dan pembelajaran al-Quran untuk memberikan latihan kepada sikap mereka. Kejayaan mereka akan membolehkan mereka untuk menerima pengampunan ketua negara.” 

Kementerian itu berkata, 137 tahanan terbabit dalam program itu, berkurangan daripada lebih 200 dalam program yang sama tahun sebelumnya. 

Pada masa ini, tiada peraturan khusus membenarkan tahanan yang mengingati ayat dalam kitab suci itu untuk dimasukkan dalam senarai pengampunan, kata Kementerian Kehakiman. – Agensi 

Wednesday, July 21, 2010

Remaja pertama Brazil yang menghafaz semua Surah Al-Quran



http://www.hespress.com/_img/ahmednasser.jpg
Remaja ini berusia 13 tahun dan telah berjaya menghafaz keseluruhan Al-Quran.
أول صبي ابرازيلي يحفظ القرآن الكريم
ويرغب في دراسة الشريعة الإسلامية بإحدى الدول العربية
تمكن صبي برازيلي من أصل لبناني يدعى أحمد ناصر(13عاما) من حفظ القرآن الكريم كاملا مع إتقانه لقواعد التجويد ، ليكون بذلك أول شخص في هذه السن الصغيرة يحفظ القرآن في البرازيل وأمريكا اللاتينية كلها.
وقد قال لي هذا التلميذ إن الفضل في حفظه للقران يعود لله أولا، وللمشرفين على معهد أبي بكر الصديق لتحفيظ القرآن الكريم للبنين ثانيا، التابع للهيئة العالمية لتحفيظ القرآن الكريم بالمملكة العربية السعودية ، وكان من بين الدعاة والشيوخ الذين ساهموا في حفظي لكتاب الله نذكر منهم: الشيخ الصادق العثماني (مغربي) الشيخ سهل عطية (لبناني) الشيخ السالك محمد محمود الشنقيطي (موريتاني) وغيرهم

Monday, May 31, 2010

Kanak-kanak Genius 3 tahun sudah menghafaz Al-Quran


http://vthumb.ak.fbcdn.net/vthumb-ak-sf2p/v10819/46/71/100000116422626/t100000116422626_123016877712192_1350.jpg
Kanak-kanak ini mampu membaca Al-Quran kerana ibunya sentiasa membaca Al-Quran semasa dia dalam kandungan. Inilah bukti bahawa semua perbuatan si ibu akan memberi kesan kepada anak dalam kandungan, dengan Izin Allah SWT.
layari laman dibawah untuk mendengar baca kanak-kanak tersebut: