Pages

Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Dialog Rasullulah saw dengan Abu Dzar



Diriwayatkan oleh Muhammad bin Al-Husain dari Abu Idris Al-Khaulani bahawa Abu Dzar r.a. bercerita: "Pada suatu hari aku masuk ke dalam masjid dan menemui Rasulullah saw. sedang duduk seorang diri; maka aku mendekatinya dan duduk di sampingnya, kemudian terjadilah dialog (soal jawab di antara beliau dan aku).

1. Aku (Abu Dzarr) bertanya, "Ya Rasulullah, engkau memerintahkan aku bersolat?"
Beliau (Rasulullah) menjawab: "Solat adalah sebaik-baik perbuatan, maka perbanyakkanlah atau sedikit."

2. Aku tanya, "Amal apakah yang paling afdhal?"
Beliau jawab:"Beriman kepada Allah dan berjihad fi sabiilih (pada jalanNYA)."

3. Aku tanya,"Mukmin yang bagaimanakah yang paling afdhal?"
Beliau jawab: "Ialah yang terbaik akhlaknya."

4. Tanya, "Muslim yg bagaimanakah yang paling selamat?"
Jawab: "Ialah yg menyelamatkan orang-orang dari gangguan lidahnya dan tangannya."

5. Tanya, "Hijrah yg bagaimanakah yg afdhal, ya Rasulullah?"
Jawab: "Ialah hijrah dari (meninggalkan) perbuatan maksiat."

6. Tanya,"Solat yang bagaimanakah yang afdhal, ya Rasulullah?"
Jawab:"Berkhusyuk yang panjang (lama berdiri)."

7. Tanya,"Hamba-hamba sahaya manakah yg paling afdhal utk dimerdekakan?"
Jawab:"Hamba yg paling mahal harganya dan yg paling disayang oleh pemiliknya."

8. Tanya,"Sedekah yg bagaimanakah yg paling afdhal, ya Rasulullah?"
Jawab:"Pemberian dari orang yg masih kekurangan (tidak kaya) dan pemberian secara rahsia kepada fakir miskin."

9. Tanya,"Ayat apakah di antara ayat-ayat yg diturunkan kepadamu yg paling besar?"
Jawab:"Ayat Kursi, dan tujuh langit itu jika dibandingkan dengan Kursi, melainkan seperti sebuah cincin (atau lingkaran besi) yg berada di tengah-tengah padang pasir, dan perbandingan Arasy terhadap Kursi adalah perbandingan padang pasir itu terhadap cincin tadi."

10. Tanya,"Berapakah bilangan Nabi-Nabi, ya Rasulullah?"
Jawab:"Seratus dua puluh empat ribu." (124,000)

11. Tanya,"Berapakah yg menjadi Rasul di antara mereka, ya Rasulullah?"
Jawab:"Sebanyak tiga ratus tiga belas." (313)

12. Tanya,"Siapakah yg pertama, ya Rasulullah?"
Jawab:"Adam."

13. Tanya,"Apakah dia seorang Nabi yg diutus ?"
Jawab:"Benar, dia diciptakan oleh Allah dengan tanganNYA, ditiupkan ruh ke dalam tubuhnya yang disempurnakan."
Dan selanjutnya Rasulullah bersabda:
"Hai Abu Dzarr, empat dari mereka adalah dari golongan Siryaniun, iaitu Adam, Syith, Nuh, dan Idris, iaitu Nabi pertama yg dapat menulis dengan pensel. Dan empat Nabi dari keturunan Arab, iaitu Hud, Syuaib, Saleh, dan Nabimu, hai Abu Dzarr."

14. Abu Dzarr bertanya,"Berapa kitab telah diturunkan Allah, ya Rasulullah?"
Ar-Rasul saw. jawab:"Seratus empat kitab (104). Kepada Syith tlh diturunkan lima puluh halaman, Idris tiga puluh halaman, Ibrahim sepuluh halaman, Musa sebelum Taurat ada sepuluh halaman, di samping kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an."

15. Tanya,"Ya Rasulullah, apakah isi lembaran yg diturunkan kepada Ibrahim?"
Jawab:"Isinya ialah: Hai Raja yg berkuasa, dipuji dan sombong, sesungguhnya AKU tidak mengutusmu untuk mengumpulkan dunia, melonggokkan sebahagian di atas sebahagian, akan tetapi AKU mengutusmu untuk menerima doanya orang yg teraniaya agar tidak sampai kepada-KU, kerana AKU tidak akan mengembalikannya walaupun ia datang dari seorang yg kafir. Seorang yg bijaksana akan membahagi masanya menjadi beberapa waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya, beberapa waktu untuk bertanya pada dirinya sendiri (muhasabah), beberapa waktu untuk merenungkan ciptaan Allah, dan beberapa waktu lagi utk mengurus keperluan makan dan minumnya. Seorang yang bijaksana tidak akan meributkan (menyibukkan) diri melainkan untuk tiga tujuan: mencari bekal untuk hari kemudian (Akhirat), mencari nafkah hidup, dan mencari kelazatan yg halal. Seorang yg bijaksana hendaklah mengenal zamannya, tekun mengurus urusannya, dan menjaga lidahnya. Barangsiapa yang menyesuaikan bicaranya dengan perbuatan, maka akan jarang berbicara melainkandalam hal-hal yg mengenai dirinya."

16. Tanya,"Apakah isi lembaran-lembaran yg diturunkan ke atas Musa, ya Rasulullah?"
Jawab:"Isinya adalah semua peringatan dan ibarah; aku hairan dari orang yg yakin akan mati bagaimana ia dapat bersuka-ria, aku hairan dari orang yg yakin dgn adanya takdir bagaimana ia membanting tulang bekerja, aku hairan dari org yg melihat keadaan dunia yg selalu berubah bagaimana ia dapat tenang mempercayainya dan aku hairan dari orang yg yakin adanya hari hisab besok, bagaimana ia enggan beramal."

17. Tanya,"Ya Rasulullah, apakah ada yg sampai kepada kita sesuatu yg dulu ada di tangan Ibrahim dan Musa, dan apakah yg diturunkan Allah kepadamu?"
Jawab:"Ada, cubalah baca hai Abu Dzarr, 'Sesungguhnya beruntunglah orang yg membersihkan diri (dengan beriman) dan ia ingat akan nama Tuhannya, lalu ia bersembahyang. Tetapi kamu (orang2 kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.' Sesungguhnya ini benar2 terdapat dalam kitab2 yg dahulu (iaitu) kitab2 Ibrahim dan Musa."

18. Abu Dzarr bertanya,"Apakah wasiatmu kepadaku, ya Rasulullah?"
Ar-Rasul saw menjawab:"Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah, kerana itu (taqwa) adalah pokok segala urusanmu."

19. Abu Dzarr bertanya lagi,"Apa lagi ya Rasulullah?"
Rasulullah saw. menjawab:"Bacalah Al-Qur'an dan berzikirlah (ingatlah) kepada Allah, kerana itu akan menjadi zikir buatmu di langit dan cahaya bagimu di dunia."

20. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"
Jawab:"Hindarilah banyak ketawa, kerana itu mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajah."

21. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"
Jawab:"Laksanakanlah kewajipan berjihad, kerana itu merupakan kerahiban perjuangan bagi umatku."

22. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"
Jawab:"Hendaklah engkau selalu diam (tidak bercakap) melainkan untuk kebaikan, kerana itu dapat mengusir syaitan dan dapat menolongmu dalam urusan agamamu."

23. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"
Jawab:"Lihatlah kepada orang yg di bawahmu dan janganlah melihat orang yg berada di atasmu, agar engkau tidak memandang rendah akan nikmat yg Allah berikan kepadamu."

24. Abu Dzarr bertanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?
Jawab:"Cintailah orang2 fakir miskin dan duduklah bersama-sama mereka, agar engkau tidak memandang rendah dan kecil nikmat Allah kepadamu."

25. Bertanya Abu Dzarr,"Apa lagi, ya Rasulullah?"
Rasulullah saw. menjawab:"Hubungilah kerabatmu, walaupun mereka memutuskan hubungannya dengan engkau."

26. Tanya Abu Dzarr,"Apa lagi ya Rasulullah?"
Jawab Rasululllah:"Katakanlah apa yang haq (yang benar) walaupun itu merupakan hal yg pahit."

27. Tanya,"Apa lagi ya Rasulullah?"
Jawab:"Janganlah engkau takut dicerca orang kerana membela agama Allah."

28. Tanya,"Apa lagi ya Rasulullah?"
Jawab:"Apa yang engkau ketahui tentang dirimu akan mencegahmu mencampuri urusan orang lain dan janganlah engkau sesalkan bahawa orang tidak melakukan apa yg engkau sukai. Dan cukup sebagai aib bahwa engkau mengetahui tentang orang lain apa yang engkau tidak mengetahui tentang dirimu sendiri."
Kemudian Rasulullah saw. memukul dadaku dengan tangannya seraya bersabda: "Tiada aqal seperti kebijaksanaan, tiada wara' seperti memahami diri dan tiada kebanggaan seperti akhlak yang baik."

Sumber:
Terjemahan Ibnu Katsir, Jilid 2
-cahaya mukmin

Monday, March 14, 2011

19 Hadis nabi mengenai WANITA


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap haridengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi Muhamad s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
“Barangsiapa mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari Akhirat.”
- Imam Ahmad bin Hambal


Read more: http://www.zilhan.com/19-hadis-nabi-mengenai-wanita/#ixzz1GaJCpHo3

Wednesday, December 8, 2010

La Haula Wala Quwwata Illa Billah


 by sulaiman

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
La Haula Wala Quwwata Illa Billah bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah. La Haula Wala Quwwata Illa Billah juga boleh mengubati penyakit lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan manusia lupa. Berzikirlah untuk mengingati Allah,  ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.
Mujadilah [19] Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah;
Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.
Bahkan Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. pada malam itu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripadaNYa.
Isra [1] Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa billah..

Wednesday, April 28, 2010

ASAS DARI AL-QURAN DAN HADITH


NUR MUHAMMAD


1. ASAS DARI AL-QURAN

1.1 Rasulullah s.a.w ialah cahaya dari Allah s.w.t., adalah sesuatu yang seseorang yang beriman boleh perkatakan kerana Al-Quran menjelaskannya pada ayat:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu Nur dari Allah, dan Kitab yang nyata"

Di mana, perkataan Nur pada ayat di atas telah dijelaskan pada beberapa ahli tafsir Al-Quran seperti berikut:
Jalal al-Din al-Suyuti (Tafsir al-Jalalayn, 139): "Ia adalah Rasullullah s.a.w" Ibn Jarir al-Tabari(Jami al-bayan, 6.161): " Dengan cahaya, Dia memaksudkan Rasullullah s.a.w, melaluinya Allah s.w.t telah menyinari kebenaran, menampakkan Islam, dan memansuhkan penyembahan berhala; memandangkan baginda adalah suatu cahaya bagi sesiapa yang mencari penjelasan daripada baginda, akan nampak jelas kebenaran tersebut."
Fakhr al-Razi(al-Tafsir al-kabir, 11:194): "Terdapat beberapa pendirian berkenaan ayat ini, yang pertama ialah Nur ialah Muhammad, dan kitab yang nyata itu adalah Al-Quran"
al-Baghawi (Maalam al-Tanzil, 2.228): " Ia bermaksud Muhammad s.a.w atau mengikut pendirian yang lebih lemah, Islam " dan Qurtubi (Ahkam al-Quran , 6.118) berpendapat seperti di atas dan Mawardi (al-Nukat wa al-uyun, 2.22) menyebut bahawa tafsiran Nur sebagai "Muhammad" begitu juga pendirian Imam bahasa Arab Ibrahim ibn Muhammad, al-Zajjaj (m. 311H). Qadi `Iyad berkata: " Dia (Muhammad s.a.w) dinamakan cahaya kerana ketelusan kedudukan baginda dan kerana kenabiannya telah dizahirkan, dan juga kerana baginda telah menerangi hati-hati mereka yang beriman dan yang mereka yang mengetahui Allah s.w.t. dengan apa yang baginda bawa."

al-Qari berkata dalam Sharh al-shifa' (1:505, edisi Mecca): " Ia telah dikatakan bahawa Cahaya dan Kitab adalah kedua-duanya dimaksudkan kepada Muhammad s.a.w kerana baginda bukan saja suatu cahaya yang amat sangat dan juga adalah sumber semua cahaya, malah baginda juga adalah sebuah kitab yang mengumpulkan dan yang menjelaskan semua rahsia. Beliau juga mengatakan (1:114, edisi Madina): "Dan apakah sangkalan yang ada untuk menolak kedua-dua perkara terhadap baginda, memandangkan baginda adalah suatu cahaya yang amat sangat, berdasarkan kesempurnaan rupa baginda berbanding semua cahaya yang lain, dan beginda adalah satu kitab yang dzahir memandangkan baginda adalah kumpulan rahsia-rahsia secara keseluruhannya dan baginda mendapat bukti semua undang-undang, semua keadaan dan semua pilihan."
Semua menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w. adalah cahaya dari Allah, mengikut Al-Quran. Ini adalah pendirian para ahli tafsir yang awal khasnya, sementara yang menunjukkan bahawa Nur sebagai "Islam" ialah satu tafsiran yang datang kemudian ataupun yang lemah.

1.2 Penjelasan terhadap Rasullullah s.a.w sebagai yang pertama dijadikan, antara ulama Islam yang mengumpul usaha berkenaan keperibadian baginda ialah ulama' hadith (hafiz hadith) Jalal al-Din al-Suyuti dalam dua jilid al-Khasais al-kubra, pada bab pertama , hadith pertama beliau telah dilaporkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Tafsir [tafsir Al-Quran] , dan oleh Abu Nuaym dalam Dalail al-nabuwwa , dengan beberapa rantaian perawian daripada Qatada yang melaporkannya daripada Hasan al-Basri, daripada Abu Huraira r.a, berhubung dengan ayat Al-Quran
"Ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi : perjanjian setia mereka, dan dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh ;" (Surah 33:7) Bahawa Rasullullah s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan." (al-Khasais al-kubra, ms. 3).
Perbezaan temporal(masa) adalah relatif dan ini adalah jelas jika dilihat pada hadith berikut:
Sahih Bukhari : Jld. 4, Bk. 55, # 621:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasullullah s.a.w berkata, "Adam dan Musa bertelagah diantara satu dengan yang lain. " Engkau adalah Adam yang atas kesilapanmu mengeluarkan kamu dari Syurga." Adam berkata kepada nya, "Engkau adalah Musa yang Allah telah pilih sebagai PesuruhNya dan seorang yang Dia berfirman terus; akan tetapi engkau menyalahi aku bagi perkara yang telah tertulis di dalam ketetapan terhadapku sebelum kejadian ku?" Rasullullah s.a.w berkata dua kali, " Maka, Adam menguasai Musa."

1.3 Penjelasan bagi Ayat 26:217-219
"Wa tawakkal `ala al-`azizi-r-rahim al-ladhi yaraka hina taqum wa taqallubaka fi-s-sajidin" (al-Shu`araa 26:217-219)
"Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri, Dan gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. "
Terjemaham secara dzahir ayat ini ialah Tuhan melihat Rasullullah s.a.w berada dalam beberapa pergerakan sembahyang semasa baginda sembahyang berjemaah;
Ibn `Abbas ibn `Abd al-Muttalib r.a. dan beberapa jumlah ulasan selepas beliau melihat ayat ini sebagai merujuk kepada Rasulullah s.a.w 'turun' menerusi keturunan baginda yang semua mereka tekun beribadat dan dari kalangan para ambia'.(lihat Qadi `Iyad di bawah)

1.4 Firman Allah s.w.t:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Surah 24:35)
Suyuti berkata dalam al-Riyad al-aniqa: Ibn Jubayr dan Ka`b al-Ahbar berkata: "Apa yang dimaksudkan bagi cahaya yang kedua itu ialah Rasullullah s.a.w kerana baginda adalah PesuruhNya dan Pendedah dan Penyampai dari Allah s.w.t terhadap apa yang menerangi dan terdzahir." Ka`b berkata: " Minyaknya bersinar akan berkilauan kerana Rasullullah s.a.w bersinar akan diketahui kepada orang ramai walaupun jika baginda tidak mengakui bahawa baginda adalah seorang nabi, sama seperti minyak itu bersinar berkilauan walaupun tanpa dinyalakan.
Tafsir untuk ayat ini daripada kitab-kitab tafsir seperti Ibn Juzayy (at-Tashil fi 'ulum al-Qur'an); Jalalayn (Tafsir al-Jalalayn ); As-Sawi: (Hashiya); Ibn Kathir (Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir); Al-Qurtubi (Jam' li-Ahkam al-Qur'an ); dan Al-Burusawi (Tafsir Ruh al-Bayan)

1.5 Firman Allah s.w.t:
Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi, dan pembawa berita gembira serta pemberi amaran. Dan juga sebagai penyeru kepada Agama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.(Surah 33:45-46) Qadi al-Baydawi berkata dalam tafsir beliau: "Ia adalah matahari kerana firmanNya: Dan Kami jadikan matahari sebagai lampu; atau ia mungkin bermaksud lampu."

Ibn Kathir menyatakan dalam tafsir beliau: "FirmanNya: dan sebagai lampu yang menerangi ia itu: kedudukan kamu nampak dalam kebenaran yang kamu telah bawa, sama seperti matahari itu menampakkan dalam terbitnya dan sinarannya, yang tidak siapa menolak melainkan ......"
Raghib al-Asfahani dalam al-Mufradat (1:147) berkata: " Perkataan (lampu) digunakan untuk semua yang menyinari."
al-Zarqani dalam Sharh al-mawahib (3:171) berkata: "Baginda dinamakan lampu kerana daripada satu lampu mengambilnya banyak lampu, dan cahayanya tidak berkurangan langsung."

2. ASAS DARI HADITH
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa 'Nur'nya 'turun' menerusi keturunan beliau dalam 3 hadith berikut:
Aku telah diutuskan dalam keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam, sejak kejadian mereka.
Sahih Bukhari, Jild 4, Buku 56, No. 757
Aku telah dimasukkan ke dalam tanah pada Adam dan adalah yang dijanjikan kepada ayahandaku Ibrahim dan khabaran gembira kepada Isa ibn Maryam
beberapa rantai dalam Ahmad 4:127-128,
Bayhaqi dalam Shu'ab #1385 dan,
dalam Dala'il al-nubuwwa 1:83, 2:130
dan Hakim.
Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapa ku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar.
Ibn Abi `Umar al-`Adani meriwayatkan dalam 'Musnad' dan,
al-Tilimsani Jabir ibn `Abd Allah berkata kepada Rasullullah s.a.w: "Wahai Rasullullah, biarkan kedua ibubapa ku dikorban untuk mengkhabarkan perkara yang pertama Allah jadikan sebelum semua benda." Baginda berkata: "Wahai Jabir, perkara yang pertama yang Allah jadikan ialah cahaya Rasulmu daripada cahayaNya, dan cahaya itu tetap seperti itu di dalam KekuasaanNya selama KehendakNya, dan tiada apa, pada masa itu, dan ........."
`Abd al-Hayy al-Lucknawi menyebutnya dalam al-Athar al-marfu`a fi al-akhbar al-mawdu`a (ms. 33-34 , edisi Lahore dan berkata: "Keawalan (awwaliyya) cahaya Muhammadan (al-nur al-muhammadi) telah perkukuhkan melalui perawian `Abd al-Razzaq, sebagai tetap mendahului semua kejadian."
`Ajluni (Isma`il ibn Muhammad) dalam Kashf al-khafa' (1:265 Maktabat al-Ghazali edisi Beirut) meriwayatkan keseluruhan hadith ini daripada Qastallani iaitu penulisan beliau Mawahib .
Mengikut Qastallani dalam al-Mawahib al-laduniyya (1:55) `Abd al-Razzaq (d. 211) meriwayatkannya dalam Musannafnya dan Zarqani dalam Sharh al-mawahib beliau (1:56 Matba`a al-`amira edisi Cairo) menjelaskan tiada kesangsian berhubung dengan kewibawaan `Abd al-Razzaq sebagai perawi. Bukhari mengambil 120 perawian daripada beliau dan Muslim 400.
`Abd al-Haqq al-Dihlawi menyebut hadith di atas sebagai bukti dalam Madarij al-nubuwwa (dalam bahasa Parsi 2:2 Maktaba al-nuriyya edisi Sakhore) dan mengatakan ia sahih.
`Abidin (Ahmad al-Shami), menyebut hadith berkenaan sebagai komentari terhadap puisi Ibn Hajar al-Haytami al-Ni`mat al-kubra `ala al-`alamin.
Nabahani menyebut dalam Jawahir al-bihar (3:354).
Alusi (al-Sayyid Mahmud) dalam tafsir Al-Qur'an bertajuk Ruh al-ma`ani (17:105 edisi Beirut ) juga menyentuh berkenaan hadith ini yang dikaitkan dengan hadith yang lain, jiga lihat al-Qasim #261.)
Sayuti mencatitkan sembilan hadith yang lain yang menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w adalah yang pertama dijadikan , antara nya dilaporkan oleh Bukhari dalam Tarikh , dan juga oleh Ahmad, Tabarani, Hakim, dan Bayhaqi, bahawa Maysara al-Fajr r.a. berkata, " Aku bertanya, " Ya Rasullullah, bilakah engkau seorang nabi?, dan baginda berkata, "Sementara Adam diantara roh dan jasad."(al-Khasa’is al-kubra, ms. 3-4).
Ali ibn al-Husayn daripada bapanya daripada datuknya berkata bahawa Rasullullah s.a.w berkata: "Aku adalah cahaya dihadapan Tuhanku selama empat belas ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s.
Imam Ahmad dalam Fada'il al-sahaba (2:663 #1130),
Dhahabi dalam Mizan al-i`tidal (1:235), dan
al-Tabari dalam al-Riyad al-nadira (2:164, 3:154).
Sebalik itu pula terdapat satu hadith dalam Tirmidhi yang menyatakan bahawa kesemua para nabi dijadikan daripada Nur dari Allah dan Muhammad s.a.w adalah yang pertama daripada mereka, dengan rantaian yang munasabah, tetapi tidak pula disebut oleh Suyuti. Ini adalah agak menghairankan yang Sayuti boleh tertinggal hadith yang berkenaan memandangkan bahawa beliau adalah seorang hafiz dalam hadith dan kitab beliau al-Khasais al-kubra mengkhusus kepada hadith yang sedemikian rupa. Pun bagitu memadailah ulasan di atas dan Al-Quran berkenaan Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah.

3. ASAS DARI SAHABAT r.a., TABI'EN DAN TABI'ET TABI'EN

Qadi `Iyad menyatakan, selepas merujuk kepada 3 hadith yang pertama di atas:
" Inilah apa yang dimaksudkan oleh al-`Abbas ibn `Abd al-Muttalib apabila beliau berkata:
.......Sebelum engkau datang ke dunia ini engkau lah yang tebaik di sebalik bayang bayangan dan di dalam diri semasa mereka menutup diri mereka dengan daun-daun Kemudian engkau turun melalui masa Semasa engkau dilahirkan, dunia menyinar dan ufuk dicahayai oleh cahaya mu. Kami berjalan ini dalam sinaran itu dan dalam cahaya dan laluan petunjuk yang benar "
Ali al-Qari dalam 'Sharh al-Shifa'(1:364) mengatakan ia diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Shafi`i dan Tabarani, dan
juga disebut oleh Ibn `Abd al-Barr dalam 'al-Isti`ab' dan,
Ibn al-Qayyim dalam 'Huda Nabiyy Allah (s.a.w)'.
Ibn `Abbas berkata ruh Nabi Muhammad s.a.w adalah cahaya dihadapan Allah dua ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s. Bahawa Nur itu memuji Dia dan para malaikat memuji dengan puji-pujian yang Nur itu memuji. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia meletakkan Nur itu ke dalam Adam a.s.
Ibn `Abbas menjelaskan taqallubak -- "terjemahan engkau" -- dalam surah (26:218-219) di atas, sebagai " engkau turun melalui diri keturunan engkau."
al-Shifa oleh Qadi `Iyad.
Lain-lain rujukan sila lihat berhubung dengan tafsiran ayat terutamanya perkataan 'taqallubaka' dan 'sajidin' serta 'Lam azal unqal...' pada hadith ke 3 diatas daripada:
Suyuti dalam 'Masaalik al-Hunafa' fi waalidayy al-Mustafa ',
Fakhr al-Din Razi dalam 'Asrar al-Tanzil'(ms 39-40.),
Imam Shahrastani dalam 'al-milal wal-niHal'(ms 64),
Imam Abul Hasan al-Mawardi dalam 'A`lam al-nubuwwa' (ms 67-68) dan, Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan'
Allama Shabbir Ahmad Uthmani, Tafsir Uthmani, terj. Muhammad Ashfaq Ahmad (Bombay: Taj Publishers, 1992) Jld. 2, ms. 1657.
Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan' menyentuh penjelasan Ibn `Abbas dan menambah:
"Betapa baik penjelasan Shams al-Din ibn Nasir al-Din al-Dimashqi apabila beliau berkata:
"Ahmad maju sebagai satu cahaya yang besar yang menyinari pada dahi-dahi mereka yang sujud. Baginda silih berganti di dalam mereka abad ke abad sehingga baginda menjelma sebagai terbaik dari para utusan."
Sebagai satu pendirian bahawa Rasullullah s.a.w adalah bashar atau manusia, tiada kesangsian disini, kerana ia adalah Al-Quran dan Aqidah. Pun bagitu Al-Quran tidak cuma menjelaskan bahawa baginda adalah cuma seorang manusia, padahal lebih dari itu. Sebagai al-Busayri nukilkan dalam Qasida al-Burda :
Muhammad adalah seorang manusia, tetapi tidak seperti kemanusiaan Baginda adalah permata, sementara manusia adalah batu.
Walaupun Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah s.w.t, baginda adalah cahaya yang dijadikan. Baginda tidak harus disamakan dengan bagaimana Kristian melihat 'Jesus' atau Hindu dengan Avatar mereka. Mungkin itulah antara sebab Allah mengantikannya dengan Islam yang tulin kembali.
Penambahan seperti Nur Allah tidak seharusnya difahamkan sebagai sifat kepada Allah akan tetapi ia adalah satu contoh idafa tashrif seperti Baitullah bagi Kaabah di Mekah. Ia adalah satu sandaran pengiktirafan kemuliaan terhadap sesuatu itu DARI Allah dan bukan TERHADAP Allah. Pendirian ini adalah tidak keterlaluan dan tidak pula bertentangan kerana istilah seperti ini juga digunakan dalam Al-Quran, yang antara lainnya ialah seperti unta betina kaum Thamud yang dikenali dalam Al-Quran sebagai Naqat Allah. Nur Allah tidak seharusnya dilihat seperti Baitullah itu sebagai tempat tinggal Allah ataupun Naqat Allah adalah unta betina tunggangan Allah, nauzubillah.
Sebaliknya jika ada golongan yang cuba membolak-balikkan kedudukan ini, maka pendirian mereka adalah keterlaluan dan jelas dari segi pemahaman, kematangan, tujuan dan motif.

4. RUMUSAN
Ketara pada penjelasan di atas, ulama-ulama tafsir dan hadith(hafiz) pada genarasi sahabat, tabien, tabiet-tabien atau lebih dikenali sebagai Salaf as-salihin dan kemudiannya generasi Khalaf as-sadiqin, telah masak dengan "Awaluddin Makrifatullah' masing-masing sebelum diiktiraf sebagai ulama' dalam bidang-bidang tersendiri. Justeru mempunyai asas yang kukuh untuk mempersoalkan aspek-aspek tasawwuf.
Agak menghairankan ada golongan yang boleh mempersoalkan perkara ini tanpa mempunyai asas langsung dalam bidang tasawwuf tetapi sebaliknya cuma mempunyai asas fekah sahaja. Adakah cuma untuk memperkatakan kepada AWAM apa yang mereka tidak tahu itu adalah suatu perkara yang tiada ataupun salah disisi Islam? Adakah ini usul? Adakah mereka itu ISLAM? Atau cuma satu golongan muslim yang sama-sama meraba-raba mencari ISLAM seperti orang lain juga? Islam dan muslim adalah dua perkara yang berbeza.
'Abdullah b. al-Mubarak (m. 181 H), salah seorang daripada guru-guru Imam al-Bukhari yang masyhur berkata, "Isnad adalah sebahagian daripada Agama, jika tidak kerana isnad, sesiapa saja yang berkehendak boleh perkata apa saja yang mereka suka." (diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Pengenalan kepada Sahih beliau). Ibn Sirin (m. 110H), seorang Tabi'en, berkata, "Mereka tidak akan bertanya berkenaan isnad. Apabila fitnah timbul, mereka berkata, "Namakan orang kamu." (Perlunya isnad ialah) Supaya perawian Ahl al-Sunnah diterima sementara mereka dari Ahl al-Bid'ah tidak diterima." Justeru penolakkan sesuatu aspek dalam Islam hendaklah daripada Al-Quran dan hadith, disamping mempunyai rujukan-rujukan yang kukuh mengenainya. (Sahih Muslim, 1:15. Lihat Suhaib Hasan, Kritikan berkenaan hadith di antara muslim dengan merujuk kepada Sunan Ibn Majah [Ta Ha Publishers / Al-Quran Society, London, 1407/1986], ms. 15-17)
Sebaliknya, tuduhan-tuduhan berhubung dengan Nur dan Hakikat Muhammad berkitar pada isu neo-platonism, pathernism dan sepertinya. Tiada rujukan dari nas dan al-hadith yang dikemukakan terhadapnya atau sebaliknya. Penolakkan satu sanad tidak bermakna sanad yang lain juga mansuh. Rata-rata rujukan terhadap neo-platonism dan pathernism cuma bersumber kepada seorang muslim yang lain yang berpendapat sama dan tidak lebih dari itu. Adakah ini rujukan? Paling dekat setakat yang hamba pernah jumpa adalah rujukan kepada "Encyclopedia of Islam" ed.2; pun begitu adakah ini rujukan, jika edisi pertamanya pernah diharamkan kerana ia mempunyai gambar "Mohammad the Prophet", yang segak dengan pedang dipinggang.
Ada baiknya, sangkalan terhadap tajuk perbincangan di rujuk kepada penulisan Plato atau Aristotal yang authentik dari mengikut " sesiapa saja yang berkehendak memperkata apa saja yang mereka suka." Sekurang-kurang nya kita yang meraba-raba mencari kebenaran tahu kedudukan yang sebenar dan arah sangkalan atau arah rujukan dan arah keugamaan yang di anut oleh sesuatu pihak itu. Atau mungkin kita boleh bersetuju dengan pihak berkenaan bukan kerana mereka adalah benar tetapi di atas asas As-Shafie pernah berkata, "Apa yang luaran, yang bertentangan dengan Islam adalah kufar dan yang bersamaan dengan Islam adalah kufar."
Pun bagitu, penolakkan ini masih bukan sesuatu yang berasaskan Al-Quran dan hadith. Adakah ia harus diterima walaupun sebaliknya ada mempunyai asas Al-Quran dan hadith? Sebaiknya untuk menidakkan kedudukan yang dibentangkan di atas ialah:

1. Menunjukkan kesilapan pada rujukan-rujukan di atas.
2. Menampakkan kelemahan pada rujukan-rujukan di atas.
3. Membuktikan tafsir ayat dan sanad hadith di atas adalah
lemah.
4. Memberi tafsir lebih kukuh pada nas-nas yang sama.
5. Memberi nas-nas yang menidakkan pendirian ini dengan
tafsirnya sekali
6. Memberi rujukan hadith serta sanad yang lebih kukuh.

Siapa saja yang sayang akan ugama dan dirinya akan akur, begitu juga hamba yang jahil berhubung dengan ugama dan bertaqlid kepada yang lebih arif sebagai rujukan. Seandainya kejahilan hamba di lambakkan dengan rujukan yang lebih jahil dari itu, semestinya hamba akan menjadi lebih sombong untuk menidakkan apa yang dikemukakan. Inilah yang cuba dikikis oleh kesufian dan tasawwuf.

“Sesungguhnya NAFSU adalah MUSUH golongan Sufi yang paling di hormati. ”