Pages

Showing posts with label terkecil. Show all posts
Showing posts with label terkecil. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Rumah terkecil dilelong

Seorang wanita berjalan kaki di hadapan sebuah rumah terkecil di Brussels yang akan dilelong 6 Februari ini. - REUTERS
BRUSSELS, Belgium 23 Jan. - Sebuah rumah terkecil di Brussels akan dilelong pada 6 Februari ini dengan harga permulaan 146,200 euro (RM596,658).
Rumah lima tingkat berusia berabad-abad itu yang juga bekas kedai perabot mempunyai lebar 2.75 meter manakala tingkat bawahnya pula hanya selebar 1.75 meter.
"Rumah kecil ini terdapat banyak keistimewaannya dan ramai pelancong yang mahu melihatnya," kata Claude Rotsart de Hertaing, seorang pesara yang bertanggungjawab membawa bakal pembeli melihat rumah terbabit.
Rumah itu terletak berhampiran Dataran Grand Place di tengah Brussels dengan tulisan 'La plus petite maison de Bruxelles' (Rumah terkecil di Brussels) tertera di atas pintu masuk kediaman terbabit.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130124/lu_07/Rumah-terkecil-dilelong#ixzz2IroEGQm4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, January 23, 2012

Bayi paling kecil di dunia dibenarkan keluar hospital

Ibarra mendukung Guido, ketika sidang akhbar sebelum meninggalkan Pusat Perubatan USC di Los Angeles semalam.
Ibarra mendukung Guido, ketika sidang akhbar
sebelum meninggalkan Pusat Perubatan USC
 di Los Angeles semalam.

LOS ANGELES: Salah seorang bayi paling kecil di dunia yang terselamat dibenarkan keluar dari hospital di mana dia menghabiskan hampir lima bulan dalam inkubator, tetapi mendapat layanan sama seperti selebriti Hollywood.

Memakai topi benang bulu merah jambu dengan selimut merah jambu, Melinda Star Guido disambut dengan rakaman kamera televisyen dan jurugambar di luar Pusat Perubatan USC Los Angeles County.
“Saya gembira beliau dalam keadaan sihat. Saya gembira saya akhirnya dapat membawanya pulang. Saya amat bersyukur,” kata ibunya Haydee Ibarra, 22.
Melinda dilahirkan 30 Ogos lalu dengan hanya seberat 269 gram, kurang daripada satu tin air soda. Dia terlalu kecil sehingga tubuh kecilnya muat pada tangan doktornya. Melinda dipercayai bayi ketiga paling kecil di dunia yang terselamat dan kedua terkecil di Amerika Syarikat. 

Kini denga berat badan .04 kilogram dan bernafas menerusi satu tiub oksigen sebagai langkah berhati-hati, doktor berkata Melinda sudah banyak mencapai perkembangan untuk membolehkannya dibawa pulang. 

Imbasan otaknya adalah normal dan matanya berkembang dengan baik. Dia juga melepasi ujian pendengaran dan tempat duduk bayi dalam kereta yang diperlukan bayi pramatang sebelum dibenarkan pulang. 

Namun terlalu awal untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membesar dari segi fizikal, namun doktor bercadang memantaunya dalam tempoh enam tahun akan datang. 
“Saya optimis namun berhati-hati bahawa bayi itu akan membesar dengan baik, namun ia bukan satu jaminan,” kata Dr Rangasamy Ramanathan, yang merawat bayi pramatang di hospital itu. 

Kebanyakan bayi kecil tidak dapat diselamatkan walaupun dengan penjagaan perubatan lanjut. Kira-kira 7,500 bayi dilahirkan setiap tahun di Amerika dengan berat kurang 0.45 kilogram dan kira-kira 10 peratus terselamat. – AP 

Monday, August 8, 2011

Apartmen paling kecil di AS


PINTU masuk ke apartmen paling kecil di Amerika Syarikat yang terletak di Manhattan, New York.



MANHATTAN, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah apartmen dipercayai yang terkecil di AS, cuma seluas 7.2 meter persegi, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kediaman tersebut yang dimiliki seorang arkitek, Luke Clark Tyler tidak memiliki dapur atau bilik mandi kerana kesempitan ruang.
Dikenali sebagai 'rumah kotak kasut', apartmen berkenaan dilengkapi sebuah katil sofa, ketuhar gelombang mikro dan peti sejuk mini yang dipasang pada meja tempat dia bekerja.
Tyler, 27, berkongsi bilik air dan tandas dengan tiga pemilik apartmen lain di sebuah bangunan apartmen di pusat bandar di sini.
Dia menyewa apartmen mini itu pada harga cuma AS$800 (RM2,406) sebulan.
Sewa tersebut dianggap murah berikutan harga hartanah di sini yang melambung tinggi. - Agensikosmo

Monday, May 30, 2011

Karavan terkecil boleh ditunda skuter




KARAVAN terkecil di dunia yang boleh ditunda dengan menggunakan skuter.


LONDON - Sebuah karavan sepanjang 2 meter yang dipercayai terkecil di dunia boleh ditarik dengan menggunakan skuter, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, karavan yang dinamakan QTvan dan berharga £5,500 (RM24,965) itu lengkap dengan sebuah katil, kabinet minuman dan sebuah televisyen skrin rata.
Ia yang direka oleh seorang pereka, Yannick Read, sesuai untuk aktiviti perkelahan jarak dekat untuk pengguna motosikal. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Monday, February 14, 2011

Lagi Al-Quran terkecil ditemui.


Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

NASKHAH al-Quran kecil 24mm panjang dan 17mm lebar milik Abdullah di Kota Bharu semalam.
NASKHAH al-Quran kecil 24mm panjang dan 17mm lebar milik Abdullah di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Seorang pesara dari Jalan Tanah Merah, Pasir Mas dekat sini mendakwa memiliki senaskhah al-Quran yang dipercayai antara al-Quran terkecil di negara ini.

Hanya berukuran 24 milimeter (mm) panjang, 17mm lebar dan 10mm tebal, al-Quran milik Abdullah Hamzah, 57, itu lebih besar sedikit daripada al-Quran terkecil di dunia di China yang berukuran 19.6mm panjang, 13.2 mm lebar dan 6.1mm tebal.

Menurut Abdullah yang menyimpannya sejak 44 tahun lalu, al-Quran tersebut diberikan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Hamzah Jaafar yang merupakan seorang Tok Guru Pondok yang mengajar al-Quran di madrasah dan masjid."

Tuesday, October 26, 2010

Kuda paling kecil di dunia




GAMBAR menunjukkan kuda setinggi 53.3 sentimeter (kanan), Bella Contessa di Dakota Utara, Amerika Syarikat baru-baru ini.


DAKOTA UTARA, Amerika Syarikat - Seekor kuda bernama Bella Contessa mungkin merupakan kuda yang paling kecil di dunia kerana ia setinggi 53.3 sentimeter (cm) dan seberat 25.4 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.
Baru berusia enam bulan, tinggi Bella tidak melebihi sebiji labu yang bersaiz normal.
Bella kini tinggal bersama pemiliknya, Alison Smith.
Kuda itu dikatakan sering menghabiskan masa di kandangnya bersama seekor lagi kuda yang diberi nama Lilly dan dua ekor kambing.
Ketika dilahirkan, Bella hanya setinggi 38.1sm dan seberat 4.08 kg, tidak jauh bezanya dengan berat bayi manusia biasa. Pada kebiasaannya, kuda kecil yang lain setinggi 45.7sm hingga 55.9sm bergantung kepada jantinanya dan seberat 9.97 kg.
"Ramai doktor veterinar memberitahu bahawa Bella ialah kuda paling kecil yang sempurna dan tidak mempunyai ciri-ciri seekor kuda kerdil. Ia juga tidak mengalami masalah kesihatan dan sangat comel," kata Alison. - Agensi

Friday, September 17, 2010

Lembu terkecil di dunia




GAMBAR yang disiarkan Guinness World Records menunjukkan lembu 
terkecil dunia, Swallow (kanan) bersama dengan seekor lembu jantan.


LONDON - Seekor lembu kerdil yang meminati muzik kontemporari dinamakan sebagai lembu terkecil di dunia oleh Guinness World Records, lapor sebuah akhbar semalam.
Pihak pengurusan Guinness menyatakan, lembu sebesar seekor biri-biri itu berasal dari kawasan Yorkshire Barat, utara England dan berukuran 84 sentimeter panjang.
Lembu tersebut berusia 11 tahun dan dinamakan Swallow.
Pemiliknya, Caroline Ryder berkata, Swallow kerap menghabiskan masa dengan memakan rumput atau mendengar radio Perbadanan Penyiaran British (BBC) di bangsalnya.
Swallow berasal dari baka lembu Dexter yang terkenal kerana saiznya yang kerdil tetapi haiwan tersebut jauh lebih kecil berbanding kebanyakan lembu Dexter lain. - AP

Friday, August 6, 2010

Al-quran terkecil sebesar duit siling lima puluh sen



SALAH satu naskah al-Quran terkecil di dunia dengan diameter bersamaan siling 50sen disumbangkan oleh warga Poland, Ataullah Bogdan Kopanski kepada perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa di Gombak. 6 Ogos 2010. - Utusan/MOHD. NAIM AZIZ