Pages

Showing posts with label hodoh. Show all posts
Showing posts with label hodoh. Show all posts

Saturday, October 30, 2010

Pasangan 'hodoh' akan berkahwin




LONDON - Sang lelaki mengaku dia mempunyai muka yang 'membuat bayi menangis', tetapi teman wanitanya menganggap lelaki itu sebagai 'putera kacak saya', dan pasangan kekasih itu akan berkahwin dalam masa beberapa bulan. 

Tom Clifford dan Janine Walker menjadi pasangan pertama yang bertunang selepas cinta mereka berputik apabila menemui satu sama lain melalui laman sesawang temu janji khas bagi orang hodoh di Britain. 

Pasangan itu berjumpa kurang sebulan lalu di laman temu janji bagi individu yang 'kurang nilai estetika' di www.theuglybugball.com. 

Selepas empat kali keluar untuk temu janji - dan minat yang sama terhadap makanan ringan dan makan malam di hadapan televisyen - Clifford dan Walker mengikat tali pertunangan, minggu ini dan merancang untuk berkahwin, Disember depan. 

Jurucakap laman itu berkata, pertunangan pertama itu adalah sesuatu yang mengembirakan dan laman itu akan memberikan pakej percutian kepada pasangan itu sebagai hadiah perkahwinan.

Monday, August 23, 2010

Laman temu janji untuk individu hodoh




MAYFAIR, Britain - Laman temu janji di Internet untuk lelaki dan wanita hodoh telah dilancarkan di United Kingdom, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Seorang jutawan, Howard James yang menganjurkan laman itu selepas dia mendapati tidak terdapat satu laman temu janji untuk individu yang hodoh.
"Tidaklah bermakna mereka (individu hodoh) tidak mempunyai cinta untuk diberikan hanya kerana mereka tidak kelihatan seperti model Kate Moss atau penyanyi Cheryl Cole.
"Kami mengumpul dan menawarkan mereka satu harapan," kata James.
Seramai 1,500 orang telah mendaftar menjadi anggota laman itu pada minggu lalu.
Antara anggota laman itu ialah seorang lelaki berbadan besar yang dikenali sebagai Scott (gambar) dari Plymouth. - Agensi

Friday, July 23, 2010

Perompak paling hodoh di Britain



MANCHESTER – Mencari perompak bank, David Holyoak, 33, (gambar) bukan sukar bagi polis Britain kerana suspek dikesan memiliki telinga yang besar, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki dari Whitefield di sini, digelar sebagai Shrek iaitu watak kartun popular yang berwajah hodoh malah wajahnya mudah dicam seorang petugas sebuah bank selepas merompak dengan beberapa suspek lain.
Dia yang dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun oleh sebuah mahkamah di Bolton kelmarin, disindir seorang pegawai polis kerana terlalu hodoh untuk melakukan rompakan itu.
“Lelaki ini perlu melihat diri di cermin dan sepatutnya mengetahui dia tidak layak melakukan perbuatan jenayah,” katanya yang menggelar Holyoak sebagai Shrek selain juga perompak paling hodoh di Britain.
Suspek ditahan bersama dua lelaki setelah merompak seorang pengawal keselamatan yang menghantar sejumlah wang tunai ke sebuah pejabat pos di Bury.
Kereta yang dinaiki bersama rakan-rakannya untuk merompak itu terlanggar pokok menyebabkan dia melarikan diri ke sebuah taman.
Dia kemudian ditangkap polis semasa bersembunyi bersama dua rakannya di taman itu. – Agensi
kredit. kosmo.com.my