Pages

Showing posts with label perisik. Show all posts
Showing posts with label perisik. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Dua warga AS di Iran gagal diikat jamin

TEHERAN: Ikat jamin untuk membebaskan dua warga Amerika disyaki perisik yang dipenjarakan di Iran mencapai kegagalan, semalam, kerana tandatangan hakim yang diperlukan pada dokumen ikat jamin tidak dapat diperoleh kerana dia bercuti, kata peguam.
Pendakwa raya, Masoud Shafiei, berkata dia tidak dapat menyiapkan kertas kerja perjanjian ikat jamin bernilai AS$1 juta (RM3 juta) itu kerana hakim kedua yang perlu menandatangani dokumen bercuti hingga esok. Seorang daripada hakim sudah menandatangani dokumen berkenaan.

“Saya tiada pilihan melainkan menunggu hingga esok,” katanya.

Shane Bauer dan Josh Fattal, masing-masing berusia 29 tahun, dipenjarakan lebih dua tahun dalam kes yang merumitkan lagi hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat.

Kedua-duanya ditahan di sempadan Iran-Iraq pada Julai 2009 bersama rakan mereka, Sarah Shourd.

Sarah dibebaskan September tahun lalu selepas membayar AS$500,00 (RM1.5 juta) melalui Oman sebagai perantara. - AP

Monday, June 13, 2011

Mesir tahan perisik Israel kerana mengintip

KAHERAH 13 Jun – Pihak berkuasa Mesir hari ini menahan seorang pegawai Israel yang berkhidmat untuk agensi perisikan Mossad atas dakwaan mengintip, lapor agensi berita MENA.
Hakim Hesham Badawi dari pihak pendakwa raya keselamatan tertinggi negara mengarahkan lelaki tersebut ditahan selama 15 hari untuk menjalankan siasatan atas tuduhan mengintip di Mesir dengan tujuan merosakkan ekonomi dan politik di negara ini.
Bagaimanapun, Kementerian Luar Israel mengatakan pihaknya tidak mengetahui perkara tersebut. - AFP
Utusan Malaysia Online - Terkini

Tuesday, December 28, 2010

Perisik Mossad dikenakan hukuman gantung di Iran

TEHRAN: Iran menjatuhkan hukuman gantung terhadap seorang lelaki yang dipercayai perisik kepada Perkhidmatan Risikan Israel dikenali Mossad, menurut laporan agensi berita negara itu, IRNA. 
IRNA yang memetik pejabat pendakwaraya Tehran, berkata Ali Akbar Sadiat, digantung hari ini di Tehran selepas hukuman mati itu dikenakan atas dakwaan bekerja untuk Mossad.
Ali Akbar juga didapati bersalah kerana mempunyai kaitan dengan Mossad sejak enam tahun. - AFP

Monday, December 6, 2010

Parlimen Britain diceroboh perisik Russia

pix_middle
LONDON: Seorang wanita Russia yang bekerja sebagai pembantu ahli Parlimen Britain mungkin diusir dari negara itu selepas pihak keselamatan mengesyaki dia bekerja sebagai perisik.
Akhbar Sunday Times semalam melaporkan, selain membantu ahli politik itu, Katia Zatuliveter turut berkhidmat dengan agensi perisikan Russia.

Menurut laporan, Katia, 25, tidak bertindak sebagai perisik aktif, sebaliknya sekadar perisik pasif - dikenali dengan istilah ejen sleeper bagi SVR, sebuah agensi yang khusus mendapatkan maklumat dari negara asing.

Seseorang ejen memang sukar dikesan dan hampir tidak berhubung langsung dengan agensinya tetapi sangat berpotensi dimanfaatkan apabila keadaan memerlukan.

Ejen itu juga tidak diberi gaji oleh agensi terbabit kerana mempunyai pekerjaan sendiri untuk membiayai kehidupan seharian, menyebabkan pihak berkuasa sukar mengesan atau mengesyaki mereka.

Sunday Times melaporkan, Katia bekerja sebagai pembantu Mike Hancock dari Parti Demokratik Liberal.

Sumber berkata, agensi perisikan Britain, MI5, yakin Katia memang mensasarkan Hancock, 64, yang mempunyai kepentingan bagi Russia.

Menganggotai jawatankuasa khas pertahanan, Hancock juga seorang kaki perempuan.

Mereka dikatakan bertemu kali pertama di Strasbourg, Perancis.

Kata sumber, Katia gemar berkeliaran dengan berpakaian seksi bersama Hancock.

Sebelum diterima bekerja, Katia memang menjalani proses pemeriksaan keselamatan.

Katia ditahan polis minggu lalu dan kini menunggu masa diusir.

Dia juga pernah disoal siasat ketika tiba di Lapangan Terbang Gatwick Ogos lalu sebelum dibebaskan.

Mengulas laporan itu, Hancock menafikan Katia pernah melakukan sebarang kesalahan.

“Dia bukan perisik Russia.

“Saya tak tahu apa-apa mengenai perisikan, tetapi dia berdepan dengan tindakan diusir dari Britain,” katanya.

Menurut Hancock, jika Katia diusir, dia akan membuat rayuan atas hukuman itu.

Jurucakap Parti Demokratik Liberal yang menjadi komponen kerajaan Britain berkata, mereka dimaklumkan mengenai penahanan Katia.

Kerajaan pula tidak dapat memberi sebarang komen atau pengesahan jika ada arahan pengusiran dikeluarkan.

Sementara itu, sumber keselamatan berkata, kehadiran Katia ‘tidak kondusif kepada keselamatan negara’.

Kejadian itu adalah kes pertama membabitkan ejen perisikan asing menceroboh Parlimen Britain sejak berakhirnya Perang Dingin pada 1991. - Reuters

Wanita disyaki perisik Rusia ditangkap


KATIA ZATULIVETER


LONDON - Seorang wanita Rusia, Katia Zatuliveter, 25 yang bekerja dengan ahli Parlimen Britain, Mike Hancock berdepan dengan tindakan diusir keluar dari negara itu oleh pihak berkuasa selepas perkhidmatan keselamatan menahannya kerana disyaki menjadi perisik Rusia.
Dia yang bekerja dengan Hancock yang merupakan ahli parti Liberal Demokrat.
Namun, Hancock menyangkal pembantunya telah melakukan sesuatu yang salah.
"Dia bukanlah perisik Rusia. Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini tetapi dia menjadi subjek pengusiran," kata Hancock dalam satu kenyataan.
Menurutnya, wanita itu akan membuat rayuan.
Sementara itu, jurucakap Parti Liberal Demokrat berkata, Zatuliveter kini dalam penahanan.
Parti itu merupakan rakan dalam kerajaan campuran dipimpin Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, David Cameron.
Jabatan Dalam Negeri Britain enggan memberi komen mengenai kes itu atau mengesahkan arahan pengusiran tersebut.
Sementara itu, Kedutaan Rusia di sini pula gagal dihubungi.
Satu sumber keselamatan berkata Zatuliveter tidak memberi kesan ke atas keselamatan negara. - Agensi

Thursday, December 2, 2010

Korea Utara mungkin serang lagi: Ketua perisik





2010/12/02

SEOUL: Ketua agensi perisikan Korea Selatan, Won Sei-hoon berkata Korea Utara kemungkinan besar melancarkan serangan lagi, seminggu selepas Pyongyang melepaskan bedilan meriam ke atas pulau Yeonpyeong, lapor agensi berita Yonhap. 

“Kemungkinan bagi Korea Utara melancarkan satu lagi serangan adalah amat besar,” kata beliau pada mesyuarat parlimen semalam.
Yonhap melaporkan, serangan dilakukan ketika perasaan tidak puas hati dalam negara semakin memuncak membabitkan pengganti pemimpin Korea Utara dan keadaan ekonominya yang semakin buruk.
Di BEIJING, Menteri Luar China, Yang Jiechi semalam menggesa semua pihak yang terbabit dengan krisis di semenanjung Korea agar mengelak sebarang tindakan yang akan ‘memburukkan lagi keadaan’, lapor agensi berita Xinhua. 

“Pihak terbabit perlu bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan melulu, sebaliknya berusaha membawa mereka ke meja rundingan,” katanya yang dipetik agensi itu. 

Sementara iti keadaan di semenanjung Korea terus tegang selepas serangan meriam ke atas pulau Yeonpyeong minggu lalu yang mengorbankan empat orang. 

China berdepan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat agar mengambil tindakan tegas menghalang Korea Utara daripada terus melancarkan serangan ke atas Korea Selatan. 
Beijing setakat ini masih enggan menyertai masyarakat antarabangsa yang mengkritik sekutunya, Pyongyang. 

Sebaliknya Ahad lalu, negara itu mencadangkan agar pertemuan perwakilan enam negara untuk mengadakan perbincangan tergempar mengenai pelucutan senjata nuklear Korea Utara pada awal Disember di Bejing. 

“China membuat keputusan berdasarkan kepentingan setiap kes dan tidak berhasrat melindungi mana-mana pihak,” katanya. 

Yang berkata perbincangan perlu diadakan kerana ia “akan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan mewujudkan ruang untuk mengembalikan semula perwakilan enam negara ke meja rundingan”. 

Bagaimanapun, Jepun, Amerika dan Korea Selatan memberi sambutan dingin kepada gesaan itu. – Reuters/AFP

Saturday, October 23, 2010

Bekas perisik Rusia bergambar seksi



GAMBAR Anna Chapman (kiri) dan gambar seksinya sambil memegang pistol dalam majalah Maxim (kanan). - AGENSI


MOSCOW 22 Okt. - Perisik Rusia, Anna Chapman yang didedahkan bersama yang lain sebagai ejen perisikan Rusia di Amerika Syarikat (AS) pada Jun lalu, kini memutuskan untuk mendedahkan lebih banyak perkara mengenai dirinya.
Dia hanya mengenakan pakaian dalam wanita berwarna hitam semasa menjadi model gambar muka depan majalah Maxim edisi Rusia keluaran November, dengan keterangan gambar 'Untuk Mata Anda Sahaja'.
Ia merupakan tajuk bagi filem fiksyen yang menampilkan perisik Britain, James Bond.
Majalah tersebut mula dijual hari ini.
Sejak Chapman yang berambut merah, berusia 28 tahun diusir pulang dari AS bersama-sama sembilan ejen rahsia yang lain sebagai sebahagian daripada pertukaran perisik terbesar sejak Perang Dingin, dia menceritakan sedikit sahaja mengenai tugasnya sebagai perisik dan tidak bermaksud mengehadkan temuramah itu kerana terlalu sentimental.
Sesuai dengan sifat tugasnya, dia tidak mendedahkan apa-apa mengenai seni perisikan dalam temuramah singkat yang disertakan dengan gambar-gambar yang agak menggiurkan dalam Maxim. - AP

Saturday, October 9, 2010

Perisik seksi muncul di Kazakhstan

ANNA CHAPMAN (kiri) dikawal oleh seorang lelaki di sebuah
 pusat pelancaran roket Rusia di Kazakhstan kelmarin.

BAIKONUR - Pengintip seksi Rusia, Anna Chapman membuat kemunculan mengejut di selatan Kazakhstan apabila dia melambaikan tangan sebagai tanda untuk mengucapkan selamat jalan kepada tiga angkasawan yang berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Chapman yang memakai kot merah menghadiri majlis ucap selamat jalan kepada angkasawan AS, Scott Kelly dan dua angkasawan Rusia di sebuah balai berlepas di sini kelmarin.
Kumpulan angkasawan itu berlepas dengan menaiki roket Soyuz TMA01M dari sebuah pusat pelancaran di sini.
Angkasawan itu akan berada di ISS selama lima bulan.
Chapman, 28, memberitahu seorang wartawan bahawa dia baru tiba di ISS semasa ditanya mengenai kehadirannya tanpa mengulas lanjut.
Diiringi seorang lelaki sasa yang menghalang kumpulan wartawan daripada menghampirinya, dia kemudian menuju ke sebuah rumah tetamu yang dikawal rapi berhampiran pelantar pelancaran.
Wanita cantik berambut merah itu adalah antara 10 ejen Rusia yang diusir dari AS pada 10 Julai lepas kerana kesalahan mengintip.
Gambar-gambar seksinya yang terpapar di beberapa laman jaringan sosial menyebabkan Chapman menjadi popular di Barat. - AP, KOSMO

Monday, July 19, 2010

AS mahu tukar saintis Iran dengan 3 rakyatnya

TEHERAN: Saintis Iran yang diculik ejen Amerika Syarikat (AS) dan kembali ke tanah air minggu lalu melaporkan dia diancam supaya setuju untuk ditukarkan dengan tiga pengembara warga AS yang ditahan di Iran.
Dalam satu program temu bual disiarkan televisyen kerajaan, semalam, Shahram Amri berkata ejen perisik AS memberitahunya tiga warga AS yang ditahan di sempadan Iran-Iraq pada Julai tahun lalu sebenarnya adalah ejen perisik.
Shahram berkata, tiga pelancong itu hanya menggunakan alasan mahu mengembara tetapi mereka sebenarnya perisik.

Shahram memberitahu tawaran pertukaran itu dibuat selepas ejen perisik AS mendapat tahu dia berjaya berhubung dengan ejen Iran ketika ditahan di AS.

Shahram diculik ketika berada di Arab Saudi. - Agensi

Saturday, July 10, 2010

Tukaran perisik terbesar AS-Rusia

15/7

ANNA CHAPMAN antara perisik yang dibebaskan Amerika Syarikat.
VIENNA – Dua buah pesawat Amerika Syarikat (AS) dan Rusia meninggalkan Lapangan Terbang Schwechat di bandar raya Vienna, Austria, di sini, pagi semalam selepas proses pertukaran sejumlah 14 ejen perisik selesai.
Rusia telah membebaskan empat pengintip yang bekerja untuk Barat bagi mendapatkan 10 perisik Rusia yang ditahan di AS.
Ia merupakan pertukaran perisik yang paling ramai pernah dilakukan sejak Perang Dingin antara AS dengan Rusia yang sebelum ini dikenali sebagai Kesatuan Soviet.
Pesawat khas Rusia dan AS membawa perisik-perisik itu ke bandar raya ini dan kemudian berlepas selang 15 minit setelah pertukaran itu dilakukan.
Dalam satu kenyataan, satu sumber pihak perisikan Rusia berkata: “Beberapa rakyat Rusia yang sebelum ini ditangkap di AS telah berlepas dengan menaiki sebuah pesawat Rusia dari Vienna ke tanah air.”
Sebuah pesawat yang membawa 10 perisik Rusia yang ditangkap di AS dua minggu lalu tiba di Vienna dari New York dan diletakkan berdekatan sebuah pesawat Kementerian Situasi Kecemasan yang dipercayai membawa empat perisik Rusia yang dibebaskan selepas bekerja untuk Barat bagi mendapatkan maklumat mengenai Rusia.
Penyumbang dua buah pesawat yang membawa perisik untuk ditukarkan tidak didedahkan kepada media.
Rusia mengesahkan bahawa satu perjanjian telah dicapai dengan AS bagi menamatkan krisis perisik yang menggemparkan Barat dua minggu lalu.
Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan semalam mengesahkan Moscow telah membebaskan empat perisik bagi mendapatkan 10 ejen perisik Rusia yang ditahan di AS.
Seramai 10 pengintip Rusia termasuk ejen seksi menggoda yang ditahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Anna Chapman kini dibebaskan AS dan menuju ke Moscow dengan menaiki sebuah pesawat.
Sejak tiba di AS beberapa tahun lalu, Anna, 28, berjaya memajukan perniagaan hartanah dalam talian miliknya selain menjalin hubungan dengan kelompok pembuat dasar di AS dan dia biasa dilihat menghadiri majlis sosial.


Namun, baru-baru ini, beberapa pendedahan menyatakan, kejayaan Anna dalam perniagaan sebenarnya didalangi pemerintah Rusia.
Wanita itu menerima habuan 670,000 (RM3.2 juta) dari Moscow untuk memajukan firmanya di AS.
Dalam perkembangan berkaitan, semua pengintip itu telah diberikan masa selama 24 jam untuk bersetuju dengan perjanjian pengusiran tersebut jika tidak mahu dihukum penjara.
Anak-anak beberapa pasangan pengintip itu pula diberi pilihan untuk menyertai ibu bapa mereka di Rusia.
Langkah pertukaran ejen perisik itu dipuji oleh ramai diplomat sebagai bukti peningkatan dalam hubungan antara AS dan Rusia.
Peristiwa tersebut juga dilihat sebagai pertukaran pengintip terbesar sejak era Perang Dingin antara negara bekas Kesatuan Soviet (USSR) dengan Barat terutamanya AS yang bermula pada tahun 1947 hingga 1991.
Ejen-ejen Rusia itu diusir dari AS setelah mereka mengaku salah kerana menjadi pengintip Moscow.
Setakat semalam proses pertukaran itu berjalan lancar dan semua pengintip itu menuju ke negara masing-masing.
Bagaimanapun, Anna yang pernah berkahwin dengan seorang rakyat Britain sebelum berhijrah ke AS dilaporkan berikrar untuk kembali semula ke Britain. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Wednesday, June 30, 2010

AS tangkap perisik seksi Rusia


GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Amerika Syarikat menunjukkan gaya Anna.


WASHINGTON - Seorang wanita seksi berambut merah dan empat pasangan suami isteri merupakan antara 10 suspek yang ditangkap Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kerana menjadi pengintip Rusia di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka didakwa di sebuah mahkamah AS kelmarin kerana merancang komplot pengintipan gaya era Perang Dingin terhadap AS.
Perang Dingin merujuk kepada ketegangan politik dan ketenteraan selain perang risikan antara negara bekas Kesatuan Soviet (USSR) dan Barat terutamanya AS selepas Perang Dunia Kedua dan berakhir dengan kejatuhan empayar komunis itu pada tahun 1990-an.
Wanita berkenaan, Anna Chapman, dipercayai seorang janda berusia 28 tahun dan lulusan ijazah sarjana ekonomi selain memiliki perniagaan hartanah secara dalam talian.
Anna, ditangkap di Manhattan beroperasi dengan menggunakan nama sebenar. Anna kini ditahan tanpa ikat jamin selepas pihak pendakwa raya AS menggelarnya sebagai seorang ejen terlatih dan penipu yang licik.
Dia dipercayai menggunakan hubungannya dengan golongan berprofil tinggi untuk menghantar rahsia negara AS kepada seorang pegawai pemerintah Rusia pada setiap Rabu, bermula sejak Januari lalu.
Anna dan sembilan lagi suspek didakwa menggunakan dakwat pen yang boleh hilang, radio frekuensi pendek, stenografi dan gelombang WiFi untuk menghantar mesej berkod ke Rusia, termasuk maklumat tentang senjata nuklear.
Beberapa suspek berkenaan dipercayai telah beroperasi di AS sejak lebih sedekad lalu.
Pada Sabtu lepas, seorang ejen FBI yang menyamar sebagai seorang ejen perisik Rusia bertemu dengan Anna di sebuah restoran di New York.
Menurut dokumen mahkamah, ejen FBI berkenaan kemudian berpura-pura mahu menghantar wanita jelita itu dalam misi untuk menyerahkan sebuah pasport palsu kepada seorang ejen wanita lain.
"Adakah anda bersedia untuk misi ini?" soal ejen FBI tersebut.
"Ya," jawab Anna ringkas.
Wanita seksi itu diberitahu bahawa seorang ejen Rusia lain akan menyambutnya dengan bertanya:
"Bukankah kita pernah bertemu di California pada musim panas lalu?".
Anna sepatutnya menjawab: "Tidak, rasa saya kita bertemu di Hamptons,". Sebaik sahaja dia menyerahkan pasport itu, dia perlu melekatkan sekeping setem di atas peta dinding untuk memberitahu pihak atasan bahawa misi tersebut berjaya.
Bagaimanapun, penyerahan pasport itu tidak berlaku. FBI dalam dokumen mahkamah yang difailkan tidak menerangkan mengapa pasport itu tidak bertukar tangan. Salah seorang suspek lain, Mikhail Semenko, diperangkap dengan cara serupa di sini oleh FBI pada hari yang sama.
Berbeza dengan Anna, lelaki itu menurut arahan dan dicekup selepas dia menyelesaikan misinya.
Pihak FBI turut mengintip Anna ketika dia duduk di sebuah kafe di New York dan menggunakan komputer ribanya untuk berhubung dengan seorang ejen Rusia yang bersembunyi di dalam sebuah van berdekatan.
Wanita itu juga pernah dilihat mengunjungi sebuah kedai telefon bimbit Verizon di Brooklyn, New York untuk membeli sebuah telefon bimbit dengan menggunakan nama Irine Kutsov dan alamatnya sebagai '99 Jalan Palsu'. FBI mendakwa, dia berniat menggunakan telefon bimbit itu untuk aktiviti perisikan.
Agensi penyiasatan AS itu turut menyiarkan gambar Anna memakai gaun merah di laman jaringan sosial, Facebook selain beberapa gambar dia beraksi seksi di laman sama.
Kes Anna menggemparkan AS bukan sahaja kerana wanita itu memiliki reputasi sebagai seorang jelitawan.
Dia juga dipercayai seorang ejen penting kerana pernah menyertai misi Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebanyak 10 kali dan menghantar mesej kepada ejen-ejen Rusia di AS menerusi rangkaian wi-fi persendirian.
Peguam Anna, Robert Baum bagaimanapun menyatakan bahawa dakwaan-dakwaan terhadap anak guamnya sengaja diperbesar-besarkan.
Semua suspek itu didakwa kerana bertindak sebagai ejen perisik tidak rasmi untuk pihak asing dan boleh dipenjara lima tahun sekiranya didapati bersalah.
Sembilan daripada mereka pula didakwa kerana berkomplot melakukan penggubahan wang haram yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Antara suspek berkenaan termasuk empat pasangan suami isteri yang menjalani kehidupan tenang di pinggir bandar raya New York, di sini dan Boston.
Mereka dipercayai berkahwin bagi mengabui mata pihak berkuasa.
Sekurang-kurangnya satu pasangan itu mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka.
Salah seorang perisik wanita Rusia yang ditangkap, Vicky Pelaez merupakan seorang wartawan dan pengarang akhbar berketurunan Peru. Dia pernah bekerja selama beberapa tahun untuk salah sebuah akhbar berbahasa Sepanyol paling popular di AS.
Satu kenyataan mengenai misinya menyatakan: "Anda (Pelaez) dihantar ke AS untuk perkhidmatan jangka panjang. Ijazah anda, akaun-akaun bank, kereta rumah dan sebagainya adalah bagi memenuhi satu matlamat: Jayakan misi anda iaitu mencari dan membina hubungan dengan kalangan pembuat dasar di AS dan menghantar laporan risikan ke C (Pusat Risikan Moscow.
Kenyataan misi itu seperti yang dihantar kepada suspek dari Moscow berjaya dipintas oleh FBI.
Pelaez dicekup bersama suaminya, Juan Lazaro di kediamannya di New York.
Dia dikenali di AS menerusi ruangan pendapatnya yang kerap mengkritik pemerintah negara kuasa besar itu. Anak lelakinya, Waldo Mariscal, memberitahu mahkamah bahawa ibunya tidak bersalah.
"Semua dakwaan ini palsu. Kami tidak mengenali suspek-suspek lain," katanya.
FBI mendakwa, Pelaez dan suaminya, Juan Lazaro pernah membincangkan rancangan untuk menghantar mesej berkod dengan menggunakan dakwat yang boleh hilang kepada beberapa pegawai Rusia semasa satu lagi kunjungan Pelaez ke Amerika Selatan.
Kata FBI, beberapa mesej dari ibu pejabat perkhidmatan perisikan Rusia, SVR di Moscow, mengarahkan suspek-suspek supaya membina hubungan dengan kalangan pembuat dasar di AS di samping mempelajari pelbagai topik termasuk senjata nuklear, dasar kawalan senjata AS, Iran, khabar angin melibatkan White House, peralihan kepimpinan Agensi Perisikan Pusat (CIA), pilihan raya Presiden AS, Kongres AS dan parti-parti politik di AS.
Dokumen mahkamah turut menerangkan mengenai satu sistem komunikasi canggih terbaru yang digunakan untuk perhubungan antara ejen-ejen berkenaan.
Sistem itu menggunakan komunikasi tanpa wayar berfrekuensi pendek yang dapat menghubungkan komputer riba kepada beberapa komputer riba lain.
Mereka menghantar maklumat dengan menggunakan sistem tersebut.
Seorang lagi daripada sepuluh perisik tersebut yang menggunakan nama sebenar ialah Mikhail Semenko yang diberkas di Virginia.
Dua lagi suspek, Richard Murphy dan isterinya, Cynthia Murphy ditangkap ejen-ejen FBI di kediaman mereka di Montclair, negeri New Jersey. Suspek keenam iaitu suami Pelaez, Juan Lazaro pula ditangkap bersama isterinya di kediaman mereka di New York.
Dua lagi suspek, Michael Zottoli dan Patricia Mills ditahan di rumah mereka di Arlington, negeri Virginia.
Sementara itu, dua suspek terakhir, Donald Howard Heathfield dan Tracey Lee Ann Foley ditahan di kediaman mereka di Boston.
Pengintip ke-11, Christopher R. Metsos, masih bebas dan diburu FBI.
Penangkapan 10 suspek itu memalukan Rusia dan memburukkan hubungan antara Presiden Dmitry Medvedv dengan rakan sejawatannya di AS, Barack Obama.
Dalam perkembangan berkaitan, Kedutaan Rusia di AS menyatakan, pihaknya tidak mengetahui tentang penangkapan tersebut dan masih mencari maklumat lanjut.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, beliau akan meminta penerangan AS berhubung dakwaan-dakwaan berkenaan. - Agensi