BANDAR BAHARU - Seorang pengusaha tembikar lebih senang memindah dan menghantar barangan yang ditempah pelanggannya hanya menggunakan motosikal sejak 20 tahun lalu.
Tan Hock Bee, 55, berkata, motosikal Modenas Kris miliknya yang diubah suai mampu membawa muatan empat tembikar setinggi dua meter.
Menurutnya, kebanyakan tembikar yang ditempah dari China dan Kemboja diperbuat daripada kaca, ia mudah pecah dan tidak sesuai dibawa menggunakan lori.
“Semasa proses pemindahan, tembikar ini harus diletakkan secara berdiri dan dilapik dengan bahan lain supaya mengurangkan hentakkan kerana hanya bahagian bawahnya sahaja yang keras, manakala bahagian lain mudah pecah dan retak.
“Untuk memastikan ia tidak rosak atau retak saya akan membawanya dengan motosikal. Tapak tembikar itu diletakkan di atas dawai.
“Dengan cara ini tembikar yang dibawa tidak mengalami hentakkan dan bergoyang kerana tembikar dibawa diletakkan di bahagian spring motosikal,” katanya.
Hock Bee berkata, cara itu berkesan kerana sehingga kini belum ada tembikar yang dibawanya pecah atau retak.
Menurutnya sekiranya berlaku kerosakan tembikar mereka akan mengalami kerugian kerana ia tidak boleh ditukar, malah kos membelinya juga mahal.
“Tembikar yang besar akan dijual dengan harga ribuan ringgit mengikut keunikan lukisan serta kisah yang dipaparkan pada tembikar itu.
“Bagaimanapun, seni tembikar ini selalunya diminati bangsa Cina yang berusia 40 tahun ke atas. Selain menjadi kemegahan dan perhiasan di dalam rumah, tembikar ini juga tanda kemewahan pemiliknya,” katanya.