Pages

Showing posts with label coli. Show all posts
Showing posts with label coli. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Lebih 10,000 coli dikumpul bagi wanita miskin

Cyberita Online Singapura

COLI AMAL: Cik Yee (dua dari kiri) bersama tiga kakitangan CozyCot dengan timbunan lebih 10,000 'coli amal' yang akan diderma kepada wanita kurang bernasib baik di Bali dan Kemboja. รข€“ Foto COZYCOT
SINGAPURA

KURANG sebulan setelah laman web wanita CozyCot melancarkan usaha mengumpul coli bagi membantu wanita kurang berkemampuan di rantau ini, ia mendapat sambutan amat menggalakkan - lebih 10,000 pasang coli, 400 daripadanya coli baru.

Coli pelbagai jenis, termasuk coli sukan dan korset, serta saiz, daripada A hingga G, itu didermakan anggota CozyCot dan orang ramai, termasuk warga asing.
Dalam satu kenyataan semalam, pengasas CozyCot, Cik Nicole Yee, berkata beliau amat terkejut dengan sumbangan itu kerana menjangka hanya sekitar 1,000 coli dapat dikumpul di akhir kempen tiga minggu itu.'Sambutan luar biasa oleh wanita-wanita itu amat mengharukan. Ia menunjukkan bahawa wanita di Singapura tidak akan berfikir dua kali untuk bersatu bagi tujuan baik,' kata beliau.Coli-coli itu akan dimanfaatkan kanak-kanak perempuan serta remaja di sebuah rumah anak yatim di Bali dan kanak-kanak kurang bernasib baik di kawasan setinggan di Kemboja.Sebahagian coli itu akan didermakan ke sebuah klinik sakit puan percuma dan sebuah program kemasyarakatan bagi wanita miskin di 22 kampung di Kemboja.Cik Yee berharap kejayaan usaha amal pertama CozyCot itu akan mendorong dan menyatukan sekitar 150,000 anggotanya untuk melakukan lebih dalam masa beberapa bulan mendatang.'Sebagai sebuah laman web wanita, wajar CozyCot membantu wanita lain. Kami akan menganjurkan program-program yang dapat menyediakan ruang bagi wanita melakukan sesuatu bermakna bagi orang lain,' kata Cik Yee.Menyusuli sambutan menggalakkan itu, CozyCot melanjutkan kempen mengumpul coli itu sehingga 31 Mac.Penderma boleh menyumbang coli lama, baru atau terpakai, dalam keadaan baik, di kedai CozyCot di Orchard Central, 181 Orchard Road #02-24/25 dari 11 pagi hingga 10 malam.

Friday, November 12, 2010

Pelancong ke Jepun dapat hadiah coli




2010/11/12

TOKYO: Sebuah syarikat pembuat pakaian dalam Jepun mengalu-alukan kedatangan pelawat dalam suasana intim, sepasang coli 'Selamat Datang ke Jepun' lengkap dengan ucapan dalam tiga bahasa. 

Pakaian dalam berwarna biru separas dada oleh Triumph itu direka untuk mempromosi pelancongan dan mempunyai pemegang di bahagian perut yang memaparkan imej destinasi utama pelancongan seperti Gunung Fuji. Skirt berpadanan yang diselak memaparkan peta Jepun.Butang pada pakaian itu apabila ditekan memainkan mesej menyatakan ‘Selamat Datang ke Jepun’ dalam bahasa Inggeris, Korea atau Cina. – Reuters

Friday, September 10, 2010

Peguam diarah buka coli untuk masuk penjara

HASSELT (Belgium): Semua peguam wanita diarah menanggalkan coli mereka apabila melawat anak guam mereka di penjara di sini.
Pihak penjara mengeluarkan arahan itu kerana klip coli menyebabkan penggera mesin pengimbas logam berbunyi. Menurut arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Penjara Hasselt, mereka yang menyebabkan penggera itu berbunyi tidak dibenarkan memasuki penjara berkenaan.
Peguam, Joseph Rowies berkata: “Penggera itu begitu sensitif dan kakitangan menguatkuasakan arahan itu dengan ketat. Tidak ada pilihan lain bagi wanita memasuki penjara berkenaan kecuali menanggalkan coli mereka.” Menurut kenyataan pihak berkuasa penjara, pengimbas logam itu sudah diuji berulang kali dan ia berfungsi dengan baik.

“Mereka yang menyebabkan penggera itu berbunyi tidak boleh memasuki penjara,” katanya. - Agensi

Tuesday, May 25, 2010

Coli emas



'WAH!'
Itulah kata-kata yang dapat saya katakan apabila mata saya tertumpu pada kilaun coli yang diperbuat daripada emas!Mulai sekarang hingga 1 Jun ini, jenama pakaian dalam antarabangsa yang berasal dari China, Aimer, akan mempamerkan empat coli eksklusif mereka yang kesemuanya bernilai sekitar $2.2 juta!Diperbuat secara teliti dengan menggunakan tangan, coli-coli ini diperbuat daripada emas, platinum dan permata berharga seperti berlian Afrika Selatan, batu delima (ruby) Thailand dan nilam (sapphire) Sri Lanka.Koleksi menakjubkan ini diperbuat oleh seorang tukang emas terkenal China, Encik Zhou Ning Xin, yang mengambil masa lebih daripada 4,000 jam untuk menghasilkan kesemua empat coli ini.Koleksi coli ini akan dipamerkan di kedai Aimer yang terletak di tingkat pertama pusat beli-belah Vivocity. Masuk adalah percuma.Namun selain daripada koleksi luar biasa ini, syarikat Aimer yang mula ditubuhkan pada tahun 1993 ini juga menjual koleksi pakaian dalam wanita yang lain.Dijual pada harga $85 ke atas, pakaian dalam Aimer memang dikenali kerana kualitinya yang tinggi dan reka bentuknya yang menarik.Selain Singapura, Aimer juga mempunyai beberapa cawangan di negara lain termasuk Macau dan Arab Saudi.Menurut Pengurus Besar Perniagaan Antarabangsa kumpulan Aimer, Cik Sabrina Sun Wei, pihaknya menerima sambutan yang amat menggalakkan terutama sekali daripada cawangan mereka di Arab Saudi.'Para wanita Arab Saudi mahukan pakaian dalam yang selesa, berkualiti, mengikut perkembangan fesyen terkini dan tampak elegan apabila dikenakan pada tubuh badan mereka.'Kebanyakan fabrik yang kami gunakan untuk menghasilkan pakaian dalam ini kami dapatkannya dari Italy dan Perancis,' jelasnya yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun bekerja dengan Aimer.Aimer bakal membuka satu lagi butik di Marina Bay Sands pada Julai ini.