Menyambung gerak penulisan daripada artikel Kedatangan Islam di Alam Melayu : Telaah Manuskrip Melayu.
Park gambo ni dulu...
Merujuk pada artikel Menyambung urusan rumah hingga ke Bangi yang dipersembahkan pada hari Rabu 13 November. Ada diletakkan gambar ini lalu dinyatakan "... berkejar ke Gombak untuk mesyuarat membincangkan pengisian satu Podcast yang mahu dirakam dalam masa terdekat." Ini berlaku selepas melakukan beberapa perkara Selasa 12 November. Perkara-perkara itu pula adalah susulan daripada permusafiran kecil yang bermula petang Isnin sebelumnya.
Gambar ini dikongsikan di Facebook tengah hari Jumaat 15 November berserta teks berikut : "Semalam malam Jumaat punya cerita. Insyaallah akan disiarkan seminggu dari sekarang." Ini untuk membayangkan rakaman bagi Podcast berkenaan sudah diadakan malam itu.
Semalam Jumaat malam Sabtu 22 November baru disiarkan Podcast. Tajuk "Kepelikan Masa dan Dimensi Alam" diberikan oleh saya berdasarkan ilham yang timbul apabila diminta memberikan cadangan. Kenapa begitu tajuknya? Sila tonton sendiri rakaman. Ia boleh dianggap kupasan 'awal' kerana masih banyak lagi perkara berkenaan tidak sempat dikongsikan dalam masa yang diperuntukkan. Walaupun belum sampai 24 jam disiarkan sudah ada banyak permintaan untuk menyambung kisah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan