Kalimah La ilaha illallah diterjemahkan dengan maksud, tiada tuhan melainkan Allah.
Sebenarnya makna Ilah di sini jauh lebih luas. 99 nama Allah itulah Ilah.
Jadi, La ilaha illallah itu memberi makna:
Tiada yang mengasihi melainkan Allah
Tiada yang memberi rezeki melainkan Allah
Tiada yang membela melainkan Allah
Tiada yang menyelamatkan melainkan Allah
Tiada yang melapangkan dan menyempitkan melainkan Allah
Tiada yang menyembuhkan melainkan Alah
Tiada yang memberi manfaat dan mudharat melainkan Allah
Tiada yang ditakuti melainkan Allah
dan sebagainya…
Orang putus asa dalam hidupnya kerana lupa bahawa yang boleh menolongnya hanya Allah.
Orang membuat maksiat semasa hidupnya kerana dia lupa bahawa yang benar-benar memerhatikannya hanya Allah
Orang risau mengenai rezekinya kerana dia lupa bahawa, yang dapat memberi rezeki hanya Allah.
Muhammadur Rasullullah pula memberi makna:
Muhammad itu pesuruh Allah (Ali Imran 144)
Muhammad itu penutup semua Rasul (al-Ahzab ayat 40)
Muhammad itu untuk seluruh manusia ( al-Anbiya' 107)
Muhammad itu pembawa perkhabaran dari Allah yang perlu kita yakini (Muhammad 2)
Dan lain-lain lagi..
Setelah kita mengetahui makna dua kalimah Syahadah ini maka Allah menyatakan dalam al-Quran, bahawa ikutlah agama ini secara keseluruhannya, bukan sebahagian-sebahagian (al-Baqarah ayat 208)
Matlamat beragama Islam ialah untuk mencari keredhaan Allah, agar selamat di dunia dan di akhirat.