AMANAH adalah nilai peribadi mukmin sejati dan sangat dituntut Islam ke atas setiap umatnya tanpa mengira pangkat dan kedudukan, lebih-lebih lagi pada pemimpin.
Seorang pemimpin yang sebenar mesti memiliki sifat amanah sebagai tonggak kepada kemercuan imej perwatakan diri yang unggul.
Ingatlah tanpa amanah akan menjerumuskan seseorang kepada ciri-ciri orang munafik.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: ‘Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga: Apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mengingkarinya dan jika diberi amanah dia mengkhianatinya’.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: ‘Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga: Apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mengingkarinya dan jika diberi amanah dia mengkhianatinya’.
Saidina Abu Bakar pula ketika menyampaikan ucapan dasar selepas dilantik sebagai khalifah ada menyatakan: “Kejujuran adalah suatu amanah dan kedustaan adalah suatu khianat”.
Jarang kita ingat bahawa amanah yang kita pikul sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini adalah satu tanggungjawab berat.
Sedarlah kita bahawa amanah pernah Allah tawarkan kepada langit dan bumi, tetapi kedua-duanya menolak, lantaran beratnya tanggungjawab menjaga amanah Allah itu serta bimbang akan mengkhianatinya.
Ibnu Hatim ada menceritakan bahawa Mujahid berkata apabila Allah jadikan langit dan bumi lalu dibentangkan kepada mereka amanah.Namun, kedua-duanya menolak tawaran Allah itu. Akan, tetapi apabila dijadikan Nabi Adam a.s, amanah itu ditawarkan pula kepadanya.
Nabi Adam berkata: “Apa ini, ya Tuhan?”
Jawab Allah: “Ini jika kamu tunaikan dengan baik akan diganjarkan pahala, tetapi seandainya kamu cuai, kamu akan diazab”.
Kemudian Nabi Adam berkata: “Aku sanggup menanggungnya”.
Hal ini sebenarnya ada Allah khabarkan melalui Surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (Kami) kepada langit dan bumi dan gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikul oleh manusia, sesungguhnya manusia itu amat suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara yang tidak patut dikerjakan”.
Inilah kisahnya bagaimana manusia menerima amanah Allah.
Az-Zamakhsyari menyatakan amanah ialah rasa taat yang ada pada manusia itu terhadap segala perintah Allah. Ertinya segala tanggungjawab itu seharusnya dilaksanakan penuh taat dan tidak sekali-kali menyeleweng daripada ketaatan.
Al-Alusi ada membandingkan amanah itu seumpama jantung kepada tubuh manusia. Jantung berperanan menyedut darah ke seluruh tubuh manusia yang membolehkan kita bergerak dan dapat melakukan sesuatu kerja. Tanpa jantung manusia tidak akan hidup.
Begitulah halnya dengan amanah. Amanah adalah jantung kepada ciri peribadi seseorang insan. Lari atau menyeleweng daripada menunaikan amanah bermakna insan itu sudah mati.
Digambarkan bahawa Saidina Ali Abi Talib apabila masuk saja waktu solat, maka kuning mukanya dan berubah raut wajahnya.
Lalu ditanya mengapakah terjadi demikian? Lalu dijawabnya: “Sesungguhnya sudah masuk kepadaku amanah yang ditawarkan oleh Allah kepada langit dan bumi yang kedua-duanya menolaknya dan tidak sanggup menerimanya. “Sesungguhnya aku menanggungnya, aku tidak tahu bagaimana aku hendak tunaikan”.
Subhanallah, begitu hebat dan mendalam kesungguhan rasa insaf Saidina Ali tentang amanah itu. Kita bagaimana?
Demikian gambaran mengenai peri pentingnya kedudukan nilai amanah pada setiap mukmin. Cerita berikut dikisahkan semula sebagai tatapan rohani, sekali gus menjernihkan hati sanubari kita agar sentiasa memegang kukuh nilai amanah dalam kehidupan di dunia ini.
Kisahnya Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz dikunjungi oleh emak saudaranya. Tujuannya kerana berhajat untuk meminta tambahan wang saraan daripada Baitul Mal.
Pada waktu itu, Umar sedang makan kacang bercampur bawang dan adas iaitu makanan yang rakyat biasa makan. Melihat emak saudaranya datang berkunjung itu, Umar pun berhenti makan lalu mengambil sekeping wang bernilai satu dirham dan membakarnya.
Kemudian Umar membungkus wang berkenaan dengan sehelai kain dan diberikannya kepada emak saudaranya sambil berkata: “Inilah tambahan saraan wang yang mak cik minta”.
Apabila saja dipegangnya, emak saudaranya lantas menjerit kerana kepanasan.

Kemudiannya Umar pun berkata: “Kalau api dunia terasa sangat panas, bagaimana nanti api neraka yang akan membakar diriku dan mak cik kerana mengkhianati amanah dan berbuat seleweng terhadap harta kaum Muslimin?”
Peristiwa di antara Umar Abdul Aziz dengan emak saudaranya itu jelas menunjukkan yang khalifah itu sangat menjaga nilai amanah hatta kepada kaum kerabatnya sendiri.
Begitulah suci dan luhurnya peribadi seorang khalifah agung dan peristiwa berkenaan sewajar memberikan pengajaran kepada kita supaya sentiasa mengamalkan sikap amanah sebagai agenda hidup.
Jika amanah sudah kukuh dan mantap terserap dalam diri seseorang mukmin, pasti sukarlah syaitan untuk ‘melemparkan senjatanya’ ke dalam diri mukmin itu.
Siapapun diri kita, tinggi atau rendahnya pangkat kedudukan kita, pemimpin kecil atau pemimpin besar, semua tidak terkecuali daripada memegang sikap amanah ini.
Landskap kehidupan dalam masyarakat dan negara pasti sangat kondusif, penuh berkat dan tenteram harmoni jika setiap manusia beramanah. Seandainya semua pemimpin sedar dan insaf mengenai menjaga amanah Allah itu, sudah pasti tidak akan timbul sama sekali gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Ingatlah wahai pemimpin, engkau akan ditanya Allah apakah engkau sudah melaksanakan amanah itu dengan sempurna.
Ingatlah, engkau pasti akan ditanya! Bermuhasabah diri daripada sekarang dan insaflah akan akibat masa berhadapan dengan Allah.
Dalam membentuk masyarakat cemerlang dan menggemilangkan sesebuah negara, pemimpin mesti seorang yang berintegriti dan kuat sikap amanahnya.
Jika kita teliti apa yang dilakukan Rasulullah ketika memilih pemimpin, Baginda sangat peka terhadap nilai amanah pada seseorang itu sebelum dilantik sebagai pemimpin.
Hal itu bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 36 yang bermaksud:
“Sesungguhnya sebaik-baik orang hendak engkau ambil untuk bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)”.
Manakala dalam surah al-Nisa’ ayat 58 Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”.
Jadi di sini jelas bahawa nilai amanah adalah kriteria utama dalam memilih seseorang pemimpin.
Sumber : Amanah umpama jantung manusia
Oleh WAN MOHD RUZLAN WAN OMAR
Penulis seorang guru