Ibn Umar berkata, Nabi s.a.w ketika telah berbuka puasa mengucapkan,:
“Dzahabadh zhoma’u wabtallatil ‘uruqu wa tsabatal ajru Insya Allah
(Maksudnya: “Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah tetap pahala, dengan kehendak ALLAH.”
(Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud #2357. Al-Daaraquthni #25, Ibn Hajar dalam Al-Talhis Al-Habiir (2/202): Al-Daaraquthni mengatakan bahawa hadis ini Isnadnya Sahih.)
Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”
*Dari Mu’adz bin Zuhrah, bahwasannya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi s.a.w apabila berbuka puasa baginda mengucapkan, ”Allaahumma Laka Shumtu wa’alaa Rizqika Afthartu”.
(Hadis riwayat Abu Daud #2358, Al-Albani mengatakan hadis ini Dhaif di dalam Daif Abi Daud)
Sumber : murabbiy.com