بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Thursday, December 30, 2010

Doa mengelak melakukan maksiat


Doa ini boleh dibaca kepada anak-anak untuk menghilangkan keinginan melakukan maksiat
 
Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265


Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:

“Apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”

Tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.

Bagi yang ingin mendapatkan doa2 seperti ini sila dapatkan daripada buku 101 Doa daripada hadis-hadis sahih Terbitan Telaga Biru sdn Bhd.

Oleh Ustaz Zahazan Hj Mohamed

Saturday, December 18, 2010

Zoo Negara

Hari Rabu 15 Disember 2010 Daniel dengan makndak, cik jihah, pak usu, abg qamel dan sepupu daniel razi n izzat pergi Zoo Negara


Tuesday, December 14, 2010

Langkawi Trip

Daniel n abg Qamel.. 

Daniel ikut atuk, opah, umi, ayah dan ramai lagi adik beradik daniel ke Langkawi

 Sebelum tu daniel pergi ke kenduri kawin mak Ku di Alor Setar 

Kenduri hari Sabtu 11 hb 12, pergi Langkawi petang Sabtu tu, balik hari Ahad

Layan gambar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...