Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel webcam

14th Febuary is Single Appreciation Day.

Imej
Nukilan Khas Kepada Bro yang Celebrate Valentine Mula-mula dulu, punyalah benci Valentine. Kata Dosalah, Maksiatlah, Kapitalisme lah, bazir duitlah Tapi bila dia ada GF/BF dia pulak yang lebih-lebih. Sudahnya kami yang single ni seolah-olah menolak hukum alam dengan terus kekal sendiri. Lepas tu mulalah buat macam-macam teori kenapa kami single. Sebab kami tak friendly sgt lah, gemuk sgt lah, kurus sgt lah, lazer sgt lah, troller sgt lah... Hakikatnya bukan kami tak nak Tapi jodoh kami bukan hari ini. Dan jodoh anda hari ini, belum tentu sampai esok kan? #sarcasm oh ya, selamat datang ke Single Appreciation Day, aka Minggu Anti Valentine. We singles stay cool!

Tips Cinta Lahanat #1 (Warning NSFW)

Imej
Aku ada nafsu. Kau pun ada nafsu. Semua orang ada nafsu. Tidak kiralah nafsu makan, nafsu serakah, hawa nafsu mahupun Ahmad Nisfu. Nafsu itu perlu tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kau ada pasangan hidup. Kau mahu pasangan hidup. Siapa tidak? Ya mungkin kau akan cakap benda- benda seperti "aku cinta dia kerana aku tertarik dengan hati budinya" and so on, tapi aku yakin perasaan itu tidak datang tanpa sedikit atau banyak tarikan seksual. Setuju? Raut wajah yang cantik, rambut ikal mayang, pipi yang gebu, pinggang yang ramping, itu semua attributes fizikal yang subjektif yang menyumbang kepada tarikan sexual. Bernafsu. Bernafsu tatkala melihat seseorang yang mempunyai ciri- ciri fizikal yang subjektif tadi. Jadi kau mulakan langkah pertama. Mesej teks yang pertama, email yang pertama, apa- apa sajalah yang pertama, dan kemudian pertemuan muka ke muka pertama. Rupa parasnya lebih menarik daripada dalam gambar. oh damn. kau semakin bernafsu. uhh uhh (sengaja tambah sound effect)