Reasons Why I Should Not Get Married at This Age.
I came out with these ideas while I was driving. Memandangkan sekarang bulan Ramadhan, malas lah aku nak buat artikel berapi api padahal aku sabooo je ni. Dan sebab sekarang bulan Ramadhan jugak la aku sekarang ni sibuk mencari alasan bila raya sampai. Selain persiapan raya, persiapan alasan untuk soalan maut ‘kau bila nak kawen?’ pada hari raya juga harus disiapkan. Seperti biasa, bukan sahaja pada waktu kenduri orang kawen je makcik, pakcik, kawan, sanak saudara dan jiran tetangga kau tanya pasal kawen. Waktu hari raya pun sama. Ok, there you go my senarai alasan for this year. 1. Duit takde – Alasan ni sangat padu tambah tambah lagi kalau kau baru habis belajar atau pun kau ade buat loan dengan PTPTN. Kau boleh keluarkan kalkulator depan orang yang tanya kau bila nak kawen tu dan start buat kira kira depan dia. Diploma RM 15 000, degree RM 30 000, belum campur interest. Tak amik ujrah, so tahun pertama bayar balik RM 75 sebulan sampai tahun ke sembilan. Tahun ke sepuluh start bay...