Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nak kasi ingat sikit

Bila kawan kau dah kahwin...

Imej
Jangan tolong dia. Serius. Kalau kawan anda ceritakan masalah rumah tanggga dia, tolong! Tolong jangan bantu. Iye, aku serius. Walaupun kau dengan dia sama jantina dan kau confirm 99.99999% tak gay. Kau bantu dengar je. Bagi satu dua ayat "sabarlah member, apa-apa keputusan, aku support engko" satu tepuk di bahu atau peluk, lepastu setel. Dah. urut bahu pun boleh. "Tapi kalau member tu kena pukul, kena maki, kena curang, kena curi?" kau tanya aku. Well, jawapannya ya, tetap tak boleh. Nasihat sikit-sikit. Jangan maki jangan emo. Dah. Sebab apa kau tanya? Ramai dah kawan aku kena. Isteri menangis-nangis cerita lelaki curang DM perempuan lain. Kawan-kawan perempuan semua join bash lelaki tu. Siap offer support kalau cerai. Alih-alih, ehhh sambung balik. Lagi haru, persahabatan dengan kawan tu putus terus jadi musuh. Tak pasti samada sebab dia sentap laki dia kena kutuk atau pun dia rasa malu pergi balik kat jantan dia kutuk. Dua tiga kali juga aku ...

Permasalah Cinta?

Permasalahan Cinta. Kadang-kadang aku tertanya. Itu babi apa? Termenung tepi tangga, bucu katil, luar jendela. Makan tak lalu, mandi tak basah. Rabak tak sudah. Ditinggalkan, meninggalkan itu perkara lumrah. Sama ada kau yang akan blah, ataupun dia yang akan pergi. Tak kesah lah kalau kau dah berkahwin, untung sangat lah kau mati sekali dengan pasangan. Tapi sebenarnya, salah satu akan pergi dulu. Tapi aku meninjau sekeliling, pandang kiri kanan. Orang putus cinta pun boleh terjun bangunan. Aku tak tau nak kata bangang ke meroyan. Bila tanya balik baru 3 bulan berkenalan. Kau nak aku terajang kau dari belakang? Kena tinggal macam kau dah mengandung 5 bulan, macam kau ada kongsi anak sampai 8. Orang lain masalah cinta dan perhubungan lagi besar beban. Tak ada pun nak pisang 24 jam. Bila kau rasa kau patut sedih selama 5, 6 bulan, aku rasa akau kena pikir balik tentang diri kau. Adil atau tidak kau biar benda tu pengaruhi diri kau, emosi kau, mak cakap pun kau nak melawan, dengan ...

Dari Makwe ke Pakwe

Pakwe oh Pakwe, Kadang-kadang kau buat makwe jadi gila, Ada masa tu senyummmm sampai ke telinga, Dalam kasar-kasar tu, makwe boleh jadi mengada-ngada, Sampai diri sendiri tak percaya, Macam tu sekali penangan cinta. Dalam selekeh tu, makwe cuba-cuba nak bergaya, Balik rumah, eksperimen macam-macam kat muka, Kononnya nak tampil menawan dan jelita, Bukan untuk siapa-siapa, Untuk pakwe juga. Pakwe oh Pakwe, Dah ada depan mata pun kau buat perangai juga, Tengok perempuan lain sampai terbeliak bijik mata, Kau tanya takkan tengok pun makwe tarik muka? Muka makwe dah start masam mencuka, Kau plak buat macam tak ada apa-apa, Makwe pun confuse kau ni buta ke apa, Tak tahu ke makwe ni dok tunggu kau punya kata-kata, Ni kau sanggup buat bodoh sampai ke lusa, Elehhhh.. Pujuk sikit pun takkan nak berkira? Pakwe oh Pakwe, Kau ignore makwe sebab dota ke bola ke, makwe tak kata apa, Tapi kalau kau dah start mention-mention kat twitter dengan bermacam nama, Kau ingat makwe suka? Kemain lagi kau kal...

Masuk Toilet Pun Dah Naik 40sen, Bro.

Imej
Lokasi : Dalam bilik Mood : Sedang menghabiskan Marlboro Biru berperisa gula gula Gua agak struggle dari minggu lepas. Gua agak bengang bila idea tak datang datang dalam kepala hotak gua. Kadang kadang gua rasa agak benak la jugak. Tapi lately ni agak hangat bila gua baca tentang hantaran ah, mas kahwin lah, dinar emas lah, apa kejadahnya lagi lah. Tapi lu perasan tak, kalau jejantans ni semua, bila berbual bab ni je mesti jadi super kedekut. Hellloooo? Nak menikah dengan anak orang okayyy.. Bukan hanak hayam. Bila tanya, nak tunang ke tak sebelum nikah? Laju je jejantans ni semua. Tak payah tunang-tunang, membazir je. Hah? Menjawab la kau dengan bakal mak mertua. Kalau gua, haruslah merisik, bertunang, nikah. 3 cincin kau. Tak nak ke? Lepas tu semua benda nak ala kadar. InsyaAllah benda ni sekali je seumur hidup, apa salahnya. Bukan nak suruh buat gah macam Elly Mazlin bertunang siap naik kereta kuda bagai. Tapi biarlah senonoh sikit. Banyak benda boleh kita buat kalau pandai. ...

pergi tak balik-balik lagi

Imej
kau suruh aku pergi.. dan aku benar-benar pergi.. selamat tinggal, jaga diri.. ihsan google [ link ] kadang-kadang aku tak faham dengan manusia yang bernama lelaki. lelaki selalu tuding jari kepada perempuan, sebab perempuan sering meletakkan emosi di hadapan apabila berhadapan dengan kemelut masalah yang menjerut-jerut. tapi sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kalau dalam hati kita tidak semaikan benih sabar, macam itu lah jadinya. sekejap.. isu ini meluas. tidak semestinya terhad kepada hubungan kekasih-kekasih, malah boleh juga terpakai dalam hubungan kawan-kawan. yang terjadi, bila salah faham timbul, salah satu pihak mahu pergi. salah satu pihak menjauh. salah satu pihak berdiam. salah satu pihak akan suruh pihak yang lagi satu itu pergi dari hidupnya. tinggalkan dia. pehhhh !! emosi tak agak-agak. macam budak-budak baru mumayiz tahu? bila seorang naik minyak, seorang lagi pulak membara-bara macam api sikit pun tak mahu semai sifat sabar dalam d...

Adinda Evans

Imej
Aku yakin kamu semua sudah tahu mengenai hal ini. Hal AdindaEvans. Cantik nama gelaran yang di beri. Ala-ala Juliana Evans, gadis muka mat-salleh yang di gilai ramai. Tetapi, mengapa mesti Evans ya? Kerana Juliana terlalu bersosial? Haha, mungkin lah. Itu kamu kena tanya Sam Bunkface. Jangan tanya aku. Kerana aku dan Juliana hanya kawan biasa saja. Tak lebih, tak kurang. Cuma aku boleh katakan Juliana baik orangnya. Sama seperti Tizz Zaqyah. Peramah dan murah hati. Terima kasih ya Tizz? Tapi, Adinda Evans. Aku belum kenal lagi. Kecewa dan sedikit terkilan. Andaikata lah aku mempunyai kuasa untuk mengenali semua orang kan bagus? Boleh aku mengambil tahu hal-ehwal orang lain dan memandang berat terhadap masalah yang mereka alami. Berkongsi kegembiraan? Itu pasti. Apatah lagi kalau perkara-perkara yang sedap. Buas. Opss, aku bukan hendak menjadi stalker atau menjaga tepi kain orang ya? Sudah aku beritahu tadi bahawa aku hanya mahu mengambil berat itu sahaja. Walaubagaimanapun, aku tid...

Realiti Cinta : Seks Bebas, Pendedahan Dalam Masyarakat

Imej
Aku yakin sebenarnya ramai di antara pembaca-pembaca Terfaktab kurang melibatkan diri dengan kancah percintaan yang terlalu membahayakan. Kerana, pada pendapat aku, mereka-mereka yang melayari Terfaktab selalunya mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang agak baik dalam kehidupan. Aku yakin. Paling tidak pun masalah yang kerap di lalui ialah kurang keyakinan terhadap pasangan. Dan, buat masa ini, polisi kami di Terfaktab adalah untuk membantu pembaca-pembaca membuat pilihan dan memberi ruang memilih pilihan. Tapi, hakikatnya kita kurang di beri pendedahan dengan percintaan yang sebenar-benar realiti, yang terjadi kepada golongan-golongan mempunyai kurang kesedaran atau tiada langsung kesedaran dalam percintaan. Jadi, hari ini aku mahu nukilankan pandangan aku dalam hal ini. Ini bukan sebab aku terlalu banyak membaca Harian Metro, Bacaria mahupun Mastika. Tidak tidak. Ini memang realiti yang aku nampak bila aku ' pandang ke bawah ' dengan lebih mendalam. Suraya (bukan nama sebe...

Trial And Error

Dan semua orang pun berkata bahawasanya hubungan antara lelaki dan perempuan itu adalah eksperimen yang tiada penghujungnya. Pembolehubah yang dimalarkan adalah ketetapan. Antara Lama atau tidak. Berkahwin atau tidak. Bersama atau berpisah. Bercinta memang salah satu eksperimen yang paling seronok kerana ia melibatkan perasaan. Perasaan tiada indicator yang kekal. Lain manusia, lain penentu hubungan. Jealousy Anger Lust Heartbreak Affection Serenity + all the feelings involved. Gwa syak gwa pernah tulis pasal benda ni long time ago. Relationship memang eksperimen. Ada orang kata, semua orang mempunyai satu titik pertemuan. Titik pertemuan tu diakhiri dengan cinta. Kasih sayang . Tapi gwa tak setuju langsung dengan pendapat tu. Sebab semasa berkasih dan sayang, ada lagi seribu satu fasa and level yang kau kena lalui sampai kau betul2 selesa antara satu sama lain. Masa ni toleransi adalah di tahap kemuncak and kau dengan dia mampu memberi dan menerima dengan hati yang terbuka. Kemun...

Your Center of the Universe

Imej
" She is those kind of women that thinks her man is the center of the universe. " My pal said, has he sips on his glass of teh tarik . Like always. the one we aptly nicknamed "young Hamka" blurts out something slightly cryptic. My friend and I were puzzled, and asked him to explain. " Some women ," he said, " Will easily diss a friend for the favor of her significant other; even for the littlest, absurd things. " We nodded. True, he was pretty bummed about a couple of our classmates who suddenly disapperared from his friend list, supposedly from fear of jealousy from the boyfriend. (Well, actually I was removed as well, but I'm not as bothered about my Facebook 'life' as he is LOL). True again, we had some gal-pals who'd delete her profile or would suddenly go on an emo-shouting spree once they had a fallout with their boyfriend, or those who purposely ignore and old classmate because they fear of their boyfriend...

Mentransformasikan Cinta Dengan Pengiraan Matematik dan Teori Fizik

Imej
Ada satu masalah berat yang akan berlaku apabila sesuatu perhubungan cinta itu sudah menjangkau lebih dari 3 tahun. Masalah ini sebenarnya akan berlaku pada tahun-tahun berselang atau lebih mudah di sebut dalam bentuk series seperti  2n, 5n, 8n, 12n, 17n ... di mana penyebut n= (exp x) Faham? Baiklah, menurut kajian aku dalam ' Physics Method in Variation Parameter for Relationship Observation ' ada memberikan teori tentang ' dugaan yang berat terhadap pasangan bercinta berkadaran dengan set masa '. Iaitu, untuk mempermudahkan orang awam faham, maksudnya ialah setiap pasangan bercinta akan mengalami satu ujian/dugaan yang berat pada tahun-tahun tertentu akibat sesuatu impak atau masalah terhadap pasangan bercinta itu. Dan teori ini valid untuk mereka yang belum berkahwin mahupun sudah berkahwin. Ahli fizik kemanusiaan seperti aku bersetuju dengan teori ini kerana setiap masalah percintaan boleh di terjemahkan dengan mengadakan persamaan fungsi masa (t) berkadaran de...

#Love

Imej
A facebook friend of mine, a girl ada text pagi tadi asking ; " Ulii, macam mana nak buat lelaki tak cepat bosan? ". Dan aku bagitahu dia yang lelaki tu haruslah 'gila' tentang kita. Dia tanya balik '' Macam mana nak buat? '' Cinta bukan suatu perkara yang mudah difahami. Ramai yang rasa mereka tahu banyak tentang cinta hanya dengan pengalaman patah hati yang agak sukar dilupakan tapi itu tak cukup. Macam aku, ramai yang suka tanya pendapat aku kalau ia ada kena mengena dengan cinta. Mungkin sebab aku tulis banyak tentang cinta dan mereka fikir aku dapat selesaikan semua masalah mereka. Tapi aku pun sedang belajar memahami cinta. Aku ada banyak scandal kalau nak dibandingkan dengan boyfriend. Nampak macam aku cuma nak fool around tapi percayalah betapa aku nak jatuh cinta. Until I found a guy last year. I thought he was the one for me and I thought my journey ends there. Aku dah jumpa lelaki yang aku cinta, it's time for me to settle down and be...

Untitled

Aku mula sedar yang aku boleh bercakap dalam hati masa aku 6 tahun.Aku fikir aku sorang je ada abiliti untuk bercakap dalam hati.Jadi aku maki hamun semua orang yang aku tak suka dalam hati.Contohnya,bila Singa panggil aku Babi.. Aku maki.Bila kawan aku buli aku,pau duit jajan tak bayar balik.. Aku maki.Bila membe aku bagi bunga tiap hari sebab tak bayar rm2 dia.. Aku maki. Tapi abiliti aku tu menyebabkan aku simpan dalam dan jadi pengecut untuk luahkan isi hati aku.Y'know? Aku ingat lagi masa aku masih tinggal di Cheras.Aku ada katil double decker.Aku lepak atas sana as if it was my fuckin tree house.Aku tengah marah masa tu.Tapi aku lupa marah tentang apa.Yang aku ingat,aku pernah cuba nak maki hamun Tuhan pula. Dalam hati aku cakap '' ala,mesti Allah dengar.Allah ni sikit sikit nak dengar! '' aku cakap.Aku ingat lagi.Aku jadi sangat marah,umpama aku tak ada privasi.Aku marah sangat,as if God is stealing my diary. Tapi itu dulu masa aku masih pra-jahil,sekaran...

Anak Angkat

Berikut merupakan kiriman penulisan yang di kirim ke email Terfaktab (terfaktab@gmail.com) oleh pemuda yang meminta tidak mahu mendedahkan identitinya. Apatah lagi mahu memberikan link-nya. Katanya, " Aku terlalu hensem untuk di dedahkan ". Marilah kita membaca penulisannya berkaitan Minggu Familyhood. Enjoy! " Saya anak angkat? Oh tidak. Mama mesti menipu. Mama penipu! " Skrip tipikal drama-drama yang berkisar tentang keluarga angkat selalunya berakhir dengan tragis bila mana yang diangkat akan melarikan diri jauh dari yang mengangkat. Lari kerana tidak dapat menerima kenyataan. Bodoh. Sebenarnya drama itu mengajar semua anak angkat supaya tidak lari dari keluarga angkat meski mereka sudah dewasa dan mampu hidup sendiri malah berupaya untuk melupakan jasa ibu dan bapa angkat mereka membesarkan mereka. Adakah anda yang membaca ini anak angkat? Jika ya, usah tundukkan kepala. Usah malu usah takut dengan masyarakat. Adakah masyarakat itu yang membesarkan anda? Ada...

Aku dan Konsep Kekeluargaan.

Imej
Biarlah aku berterus-terang bahawa yang aku merupakan anak tunggal. Ya, anak seorang. Anak tunggul. Yang itulah madu, yang itulah racun. Yang itulah sulung, yang itulah bongsu. Itu juga di panggil abang, itu juga yang di panggil adik.  Jadi, aku tidak dapat apa-apa pengalaman mengenai konsep adik-beradik. Tiada pergaduhan merebut kereta Hot Wheels mahupun set permainan doktor dan US Army. Apatah lagi pedang light-saber. Hanya aku seorang saja yang hak milik. Tiada perlawanan olok-olok dengan angah mahupun kak cik.  Mengenai duit saku? Tiada juga. Maksud aku, tiada perlu di-pow oleh abang sulung kalian yang marah-marah tiada duit hendak membeli rokok Winston batang contohnya. Yang aku ada hanya kawan-kawan karib. Kawan-kawan satu pasukan bola. Kawan-kawan pergi mandi di lombong. Mahupun kawan-kawan bermain Dash Yankuro. Juga tak lupa kawan-kawan jalanan. Kalau aku jumpa Nami sewaktu kecil, aku yakin mungkin aku akan berkawan dengan dia dan belanja dia bermain Daytona di amus...

Tentang Perkahwinan dan Mak Andam

Imej
Saya ada seorang kawan, yang agak cantik orangnya. Ops, bukan agak cantik—memang cantik, dengan bulu mata RCWnya dan kulit putih gebu serta muka bujur sirih, dia memang menarik perhatian semua. Lagi-lagi dia tidak pernah kelihatan di luar rumah tanpa mekap penuh. Biasalah, Customer Service. [ link ] “ Nani, kerja macam ni berapa la sangat gaji. Dah la penat kena marah dengan customer, lepastu kena marah dengan supervisor kerek tu pulak. kau nak tak kerja mak andam? Aku ada opening, ” kata rakan kami yang merupakan promoter Maybelline. “ Mak andam? ” “ Ya, kau kan memang pandai mekap. Mudah dapat duit. Satu job berapa ratus dapat. Sebulan beribu-ribu gaji. Kerja mudah aje. Nak tak? ” promoter itu memuji Nani. Dia senyum saja. “ Memang, kerja begitu seronok. Tapi family aku, boyfriend aku mesti tak bagi. Silap hari bulan kena tarik rambut, heret keluar salon tau. ” Nani bermuka serius. Nani memang bukan sebarangan orang. Dia memang berpengalaman mengandam pengantin secara part-ti...

Implikasi Mudah Mengenai Fesyen Terhadap Perempuan Dari Kaca Mata Lelaki

Imej
Perempuan yang memakai seluar jeans memang mengasyikkan. Bentuk pinggang dan punggung mereka akan menceritakan segalanya. Ya, mungkin menjadi point untuk sekumpulan lelaki bercerita apabila ternampak gadis hot yang baru saja lalu di depan mata dengan memakai skinny jeans dengan sexy-heel . Apakah klasiknya antara jeans dengan perempuan? 1. Heel yang seksi hanya elok di padankan dengan skinny jeans . Legging ? Kurang sesuai. Mini-skirt ? Awesome! Memakai heel dengan seluar jeans yang jenis bell-bottom (ukuran bukaan kaki yang besar) akan menjadikan heel yang seksi menjadi penyapu sampah. Straight jeans pun sebenarnya agak kurang sesuai dipadankan dengan heel. Dan jangan lupa juga untuk TIDAK memakai heel dengan seluar track-suit ketat. It's lunatic . 2. Memakai jeans yang ketat seperti skinny jeans or straight ladies jeans memerlukan wanita membawa beg tangan. Perempuan tidak di sepatutnya membawa dompet walaupun dompet nya berjenama Guess sekalipun.  Dompet, bila di m...