Hari Ahad Bersama Abang Borhan, Lagi.
Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh Hari Ahad macam ini elok rasanya abang cuit sikit laptop untuk bagi laptop tak sejuk dimamah kesejukkan di negara orang. Abang sekarang berada di Vienna Austria menjenguk perniagaan abang kat sana. Bisnes apa tak payah lah engko nak tahu, sebab abang lebih suka berahsia dalam bisnes abang. Bila kita berahsia, bisnes akan jadi lebih misteri, dan bila misteri, bisnes akan menjadi mahal. Macam mana pulak kalau pakwe dan makwe bersikap misteri? Misteri kastemer, misteri perezen. Kat sini abang nak menerapkan kepentingan menjadi misteri kadang-kala kepada pasangan engko. Ada orang cakap misteri, ada orang cakap sepraise. Mana-mana lah janji bersangkut paut. Sesekali ni abang nak pesan kat engko agar kalau nak memberi hadiah perezen misalnya, buatlah dengan cara seperaise. Buatlah macam pura-pura sakit kena demam denggi ke, lepastu bila makwe engko datang hospital, satu hospital nyanyi lagu selamat hari jadi dan bagi teddy-bear sebesar katil. Menari