Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Familyhood

Kau Anak Tunggal? Untunglah

Imej
Minggu Familyhood telah di tamatkan secara rasminya 15 April lepas. Pihak Terfaktab mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penulis dan pembaca yang sudi menjayakan minggu istimewa tersebut. Semoga kita semua mendapat input yang berguna dari minggu tersebut. Sebelum melabuhkan tirai, berikut ialah penulisan dari seorang pengirim bernama Atiqah yang mengirimkan penulisan beliau di e-mail Terfaktab. Selamat membaca dan terima kasih! " Kau anak tunggal, mesti kau selalu dapat apa yang kau nak ". Dari kecil sampai sekarang ni, bila orang dapat tahu yang aku ni anak tunggal, mesti diaorang cakap pasal benda ni. 22 tahun bernafas kat muka bumi ni, aku ada 2 identiti. Hidup sebagai seorang anak tunggal, dan juga hidup sebagai seorang anak yang ketiga dari 4 orang adik beradik. Zaman kanak kanak aku mewah. Mewah dengan kasih sayang dari ibu dan ayah, juga dari sepupu sepupu aku. Jarak umur di antara kami agak rapat, mungkin sebab itu aku lebih menganggap mereka sebagai kakak

Anak Angkat

Berikut merupakan kiriman penulisan yang di kirim ke email Terfaktab (terfaktab@gmail.com) oleh pemuda yang meminta tidak mahu mendedahkan identitinya. Apatah lagi mahu memberikan link-nya. Katanya, " Aku terlalu hensem untuk di dedahkan ". Marilah kita membaca penulisannya berkaitan Minggu Familyhood. Enjoy! " Saya anak angkat? Oh tidak. Mama mesti menipu. Mama penipu! " Skrip tipikal drama-drama yang berkisar tentang keluarga angkat selalunya berakhir dengan tragis bila mana yang diangkat akan melarikan diri jauh dari yang mengangkat. Lari kerana tidak dapat menerima kenyataan. Bodoh. Sebenarnya drama itu mengajar semua anak angkat supaya tidak lari dari keluarga angkat meski mereka sudah dewasa dan mampu hidup sendiri malah berupaya untuk melupakan jasa ibu dan bapa angkat mereka membesarkan mereka. Adakah anda yang membaca ini anak angkat? Jika ya, usah tundukkan kepala. Usah malu usah takut dengan masyarakat. Adakah masyarakat itu yang membesarkan anda? Ada

For them with LOVE

Imej
Mak, Tanpa mak siapa la achik. Achik tak berada di mana achik berdiri tanpa mak. Mak yang banyak membantu dari segi kewangan. Walau susah mana pun, mak tetap ada untuk beri yang terbaik untuk achik. Achik ingat masa belajar dulu, achik nak pakai sangat duit. Abah takde, kerja. Mak jalan kaki 2 kilometer nak pergi bank untuk bank in kan acik duit belanja.  *serious shit air mata tetiba je mengalir masa tulis ni* Achik tahu achik banyak buat salah. Achik admit benda tu semua adalah proses untuk meningkat dewasa dan mematangkan pemikiran. Achik tahu apa mak rasa, banyak memikul beban di bahu. Achik memang nak sangat senangkan mak. Achik nak mak rasa yang pengorbanan mak tu tak pernah sia sia. Walaupun perangai membebel mak tu kadang kadang super annoying, bila dah duduk jauh jauh ni memang rindu sangat. Selalu je rasa bila lah achik nak jadi super kaya boleh bagi mak maid seorang dua siap dengan driver biar mak tak payah buat apa apa pun lagi.  Terima kasih kerana selalu ada dengan

Keluarga : Mereka Nyawa Bersalut Madu Dan Racun.

Imej
Kembar selalu tanya aku. Kenapa aku seperti mewujudkan dinding antara diri aku dengan manusia lain. Aku peramah, senang didekati tetapi sukar untuk difahami. Bila kembar menyatakan sedemikian, aku menyedari sesuatu. Kembar, seperti juga Busuk (dan Nakama kadangkala), dapat melihat jauh ke dalam diri aku yang berusaha keras mengasingkan diri daripada sakit lagi. Tapi itu dulu. Aku mungkin manusia yang sentiasa telus dan berusaha membuatkan orang lain gembira walaupun hakikatnya aku sendiri yang cedera. Disebabkan pernah tercedera dengan teruk suatu ketika dahulu, aku mengubah diri aku menjadi lebih meredhai apa yang aku lalui. Walau sakit sekalipun, asalkan orang disekeliling aku tersenyum gembira, aku akan teruskan juga. Ah, bukankah aku perlu senyum supaya semuanya sentiasa baik? Hakikatnya, kesakitan itu semakin lama, semakin memakan diri dan ternyata, aku yang tanggung sendiri. Senyum. Sakit sendiri. Ubat sendiri. Sembuh sendiri. Itu prinsip diri. Keindahan adalah keh

Cerpen Faktab: Abah.

Imej
Sebuah rumah di hujung kampung. Sebelum simpang ke jalan yang menuju ke pantai. Papan dindingnya. Beratapkan rumbia. Jika hujan menyembah bumi, maka basahlah lantai, dan tidurlah mereka anak beranak di atas pelapik plastik. Berselimutkan sehelai selimut yang di kongsi empat orang. Satu pasang suami isteri bersama dua orang anak mereka meneruskan hidup di dalam rumah itu. Sang suami, berkenderaankan basikal tua. Atas pemberian penghulu kampung untuk memudahkan urusannya ke pekan untuk menjual kelapa-kelapa muda yang di petiknya sendiri di atas tanah tok penghulu. Hari panas, rezekinya boleh tahan. Sekali lagi, jika hujan menyembah bumi, "Nak, ini sahaja rezeki kita. Jangan merungut. Makanlah untuk teruskan hidup ya nak? " sambil menghulurkan satu plastik yang di penuhi dengan hasil laut 'lala'. Selalunya mereka akan merebus lala tersebut. Dia membeli lala itu secara longgok dengan harga murah kerana lebihan untuk hari-hari pada waktu petang. Jika haritu rezekinya l

Aku dan Konsep Kekeluargaan.

Imej
Biarlah aku berterus-terang bahawa yang aku merupakan anak tunggal. Ya, anak seorang. Anak tunggul. Yang itulah madu, yang itulah racun. Yang itulah sulung, yang itulah bongsu. Itu juga di panggil abang, itu juga yang di panggil adik.  Jadi, aku tidak dapat apa-apa pengalaman mengenai konsep adik-beradik. Tiada pergaduhan merebut kereta Hot Wheels mahupun set permainan doktor dan US Army. Apatah lagi pedang light-saber. Hanya aku seorang saja yang hak milik. Tiada perlawanan olok-olok dengan angah mahupun kak cik.  Mengenai duit saku? Tiada juga. Maksud aku, tiada perlu di-pow oleh abang sulung kalian yang marah-marah tiada duit hendak membeli rokok Winston batang contohnya. Yang aku ada hanya kawan-kawan karib. Kawan-kawan satu pasukan bola. Kawan-kawan pergi mandi di lombong. Mahupun kawan-kawan bermain Dash Yankuro. Juga tak lupa kawan-kawan jalanan. Kalau aku jumpa Nami sewaktu kecil, aku yakin mungkin aku akan berkawan dengan dia dan belanja dia bermain Daytona di amusement cen