Janda/Duda
Pernah bercinta dengan janda atau duda? Tak pernah? Amboi, tak fun nyaaa.. Kali ni gua cuma nak cakap pasal anggapan kita tentang golongan janda/duda ni. Kebanyakkan dari kita kompem akan lagi banyak pikir negatif dari positif pasal diaorang. Macamlah diaorang tu semua spesies hantu. Gua merasakan orang yang selalu berfikiran buruk pasal golongan janda/duda ni adalah orang yang sampai mati pun akan lihat sesuatu benda tu dari sisi hitam, jelik, hodoh, buruk, berdosa, jahat. Cuba pikir secara logik, ada tak orang yang mempunyai impian untuk menjadi duda atau janda? Mesti takde kan, kalau ada jugak gua tak tahu nak cakap apa. Kamon, siapalah yang nak jadi janda/duda ye dak? Lagipun apa bezanya janda/duda dengan kita yang single atau tak kahwin lagi ni? Kalau putus percintaan itu ditakrifkan janda/duda maka kita semua yang pernah putus cinta ni juga tergolong dalam kategori janda/duda. Yang bezanya cuma mereka putus cinta selepas perkahwinan, kita pula putus cinta sebelum per...