Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bekas teman wanita

The Perks of Loving a Brilliant Girls

Ehlo. We meet again. I'd love to start this piece of articles with Be Careful. As y'all know, terdapat banyak jenis perempuan yang telah sejak azali dia stereotype-kan oleh kita, kami, anda, kamu, dan semua orang. Bimbo, successful women, nerdy, club goers, study-sampai-mati girls, the responsible one, the irresponsible, the i need your attention girls and all. If you love challenges, you can start by hooking up with them, brilliant girls. I'll sum up my article today in numbers. 1. Brilliant girls tend to have their own say, their own words n action although someway somehow they want us to guide them. Most of the times, they don't need anyone else who's not dominant enough, to tell them what to and what not to do. But still, even if you have the upper hand on them, you'll have to consider a lot of things. You can't catch a tiger using your bare hands (if you know what i mean). 2. They also have this egoistic thingy happening in them. If you t...

Chermin

Imej
Sebuah penulisan ringkas untuk kehidupan yang serba ringkas. Mempunyai seorang teman wanita yang tinggal jauh di seberang sana kerana melanjutkan pelajaran merupakan suatu pengalaman baru buat aku dalam menempuh kehidupan. Mempunyai seorang BEKAS teman wanita yang tinggal di seberang pulau sana kerana mahu mengejar cita-cita juga merupakan suatu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Mempunyai seorang bekas teman wanita yang tinggal di ibu kota kerana sedang hidup dalam kejayaan juga pengalaman yang serba istimewa dalam hidup aku. Dan juga mempunyai seorang bekas teman wanita yang tinggal di tengah semenanjung kerana sedang melaksanakan tanggungjawab semestinya memberikan pengalaman lalu yang aku selalu terkenangkan. Sebenarnya dalam kehidupan ini, aku cuma berharap gadis-gadis yang pernah bersama aku dulu tidaklah gagal dalam kehidupan selepas tidak lagi menjadi orang istimewa dalam hidup aku. Selalunya apabila kita telah berpisah dengan pasangan, kita berharap bekas pasangan kita i...

cerita tentang kertas yang kita dah koyak dan buang semalam

Imej
[ sumber ] Benda yang paling tak best sekali dalam sesebuah perhubungan bila kita terpaksa sebut tentang bekas kekasih kepada kekasih kita yang sekarang ini. Ada orang bilang, kita masih belum boleh move on Ada pulak yang bilang, kita masih gagal tinggalkan kenangan lalu biarpun sudah move on Ada juga yang bilang, kita ini haloba, yang dulu mahu, yang sekarang juga mahu. Kadang-kadang, sedikit sebanyak perlakuan dan minat kita dipengaruhi oleh orang-orang tertentu. Mungkin ada dua atau tiga minat kita itu kelihatan sedikit menyimpang dari personaliti yang kita bawa. Misalkata kita ni sebenarnya orang yang jiwa-jiwa, alih alih ada pula minat ke lagu rock-rock keras. Mesti ada pengaruh lain yang mendedahkan kita kepada genre yang demikian. Dah tu bila ditanya, tak kan nak tipu pulak ye dok? Yang paling menjadi kepantangan dalam sesebuah perhubungan adalah perkara tipu menipu. Berkata benar walaupun pahit. Baik begitu. Bukan apa, sekali kita menipu, akan wujud tipu menipu yang l...

wangi, mati

Imej
Mawar kau beri ku kira sakti Rupanya berduri tertikam mati p/s: jangan percaya sangat dengan manis mulut mengatur bicara

dia dah bahagia. kau bila lagi?

Imej
[ihsan: TERFAKTAB ] kisah ni, salah seorang ejen terfaktab jugak yang up. aku tak pasti la siapa. tapi tuan punya status, izinkan daku menyampaikan sepatah dua kata, berbentuk pandangan peribadi in response of this status. izinkan daku ye. ini cerita yang betul punya syahdu. bekas kekasih dah kahwin dengan orang lain, dan kita pulak masih terbawa-bawa dengan perasaan sendiri. masih rindu, masih kasih. okey cenggini. tak semua orang dilahirkan dengan hati yang sama. ada yang hatinya lembut, ada yang hatinya keras pejal, ada pulak yang hatinya mudah berubah-ubah mengikut cuaca dan keadaan. okey cuaca tu tipu. jadi, kita tak boleh nak expect semua orang sama. kalau kita boleh lupakan bekas kekasih dengan mudah dan senang hati, kenapa dia tak boleh? oh kita tak boleh expect cenggitu. lain orang, lain level of tolerant dia.  jadi, apa kata kalau kita guna psikologi ke atas diri sendiri. hey kamon.. bekas kekasih engkau dah kahwin pun, dah bahagia dengan orang lain, pa...

Tentang Perkahwinan dan Mak Andam

Imej
Saya ada seorang kawan, yang agak cantik orangnya. Ops, bukan agak cantik—memang cantik, dengan bulu mata RCWnya dan kulit putih gebu serta muka bujur sirih, dia memang menarik perhatian semua. Lagi-lagi dia tidak pernah kelihatan di luar rumah tanpa mekap penuh. Biasalah, Customer Service. [ link ] “ Nani, kerja macam ni berapa la sangat gaji. Dah la penat kena marah dengan customer, lepastu kena marah dengan supervisor kerek tu pulak. kau nak tak kerja mak andam? Aku ada opening, ” kata rakan kami yang merupakan promoter Maybelline. “ Mak andam? ” “ Ya, kau kan memang pandai mekap. Mudah dapat duit. Satu job berapa ratus dapat. Sebulan beribu-ribu gaji. Kerja mudah aje. Nak tak? ” promoter itu memuji Nani. Dia senyum saja. “ Memang, kerja begitu seronok. Tapi family aku, boyfriend aku mesti tak bagi. Silap hari bulan kena tarik rambut, heret keluar salon tau. ” Nani bermuka serius. Nani memang bukan sebarangan orang. Dia memang berpengalaman mengandam pengantin secara part-ti...

Cara Hendak Contact Balik EX Lama.

Imej
“Jee, tengok FB profile ni.” Kata Alia sambil tidak lepas mata ke komputernya. “Ini profile siapa ni?” “Ni ex aku zaman sekolah la. Hensem kan?” “Ha’ah. Betul la kau cakap, muka dia macam Awal Ashaari. Eh, kau nak add dia ke?” Alia tersengih sambil menekan tetikus. “Iya la...habis tu buat apa aku search dia.” “Gedik. Nak ngorat balik la tu.” Sindir Jee. Saya pasti ramai antara kita yang pernah ada ex kan? Lain la kalau yang belum pernah bercinta lagi, tapi itu kita bincang lain hari. Yang saya mahu bincangkan hari ini ialah cara connect balik dengan ex, sama ada dengan niat nak sambung tali silaturahim(nak tunjuk kita ni dah “cool” dengan dia), atau mungkin nak bercinta balik dengan dia. Ya lah, mungkin dulu-dulu zaman sekolah kita cinta monyet, gaduh tak bertempat, dua-dua tak matang. Bila dah tua ni (tua ke?) dan sudah matang baru terasa bahawa dia ialah ‘the one’ dan tak ada orang sebaik dia. Take note, ini bukan tips untuk mengorat balik pakwe/ma...

Menyamar Jadi Teman Lelaki Demi Kegembiraan Dia.

Imej
Edisi penambahbaikan. Sebenarnya membaikkan diri bukannya mudah. Jerit-jerit suruh orang jadi baik dah kurang dadah sebab budak-budak sekarang ubun-ubun penuh darah. Baru nampak gagah. Orang tua apa tahu, makin mereka sergah. Ah, dah terhantuk nanti baru nak terngadah. Ludah. Terima kasih buat yang sudi menonton Vlog aku sebelum ini. Ya, kali pertama buat video yang sememangnya mendapat kutukan nasional dan juga antarabangsa. Tahap global sudah blog aku rupanya sebab ditonton selain dari mereka yang tinggal di Malaysia (padahal yang di luar negara pun kebanyakannya adalah orang Malaysia). Senyum. Tidak menulis dan melihat matahari berlatarkan awan dan langit biru memberikan aku ilham merakam satu lagi video yang ternyata tidak sanggup aku muatnaik disebabkan tangan aku menggigil memegang telefon genggam sewaktu memandu. Ya, sengaja aku letakkan telefon dan cuba berkongsi dengan kamu semua tetapi entahlah, aku cuba buat lain kali, mungkin. [ Gambar : Maaflah buat yang m...