Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gay

Awek Tumblr

Imej
Oh kena ada lagu eh? Nah.

Cemburu ke?

Imej
diceritakan oleh cikgu sekolah memandu saya tidak lama dulu. p.s. ada orang pernah cakap couple tak boleh cemburu sangat. sebab couple tu kan haram. er...

I love gay people. Got a problem with that?

Imej
Hai gaizzz. Korang semua dah tengok ke video Azwan Ismail tu? Ala yang “Saya gay, saya OK” seksualiti merdeka.org tu. Berlambak dah kat OhBulan, Obefiend, malah dekat Harian Metroseksual pun dah ada tau. Kali pertama saya tengok ialah time dekat FB, orang buat viral video. Time tu tengok, siapa pulak mamat ensem ni. Apa pulak yang die nak cerita. Sekali bila video tu dah buffer, baru dapat dengar ceritanya.  I was like, “Ala ruginyee! Dia gay!” Dahlah ensem,penulis,  jurutera pulak tu. Cara cakap macam orang berpelajaran; sopan santun dan tak hu-hah-hu-hah macam saya ni. Tapi last-last dia cakap dia berpacaran dengan lelaki. Ala rugilah sangat. Kalau hati dia masih terbuka kat perempuan, sayalah orang pertama yang datang mengurat. Ecehwah! ni la beliau. ensem dak? (dari facebook nya) Lepas tu baru saya tersedar yang lelaki jenis ini memang taste saya sejak dulu lagi. Zaman sekolah, zaman IPT, zaman kerja. Orang-orang yang saya crush biasanya jenis-jenis begitu. Eh pelik kan?