Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cinta atau suka

friendzone, babak #2.

Imej
Tika panas membahang tengahari tadi, macam biasalah, saya keluar ke mamak. Lepak dengan member ex-sekolah. Bukan apa, tu mamak depan sekolah, nak ambil kembali feeling-feeling kenangan sekolah dulu. Makan lauk sama yang dimakan masa sekolah menengah--nasi ayam di kiosk kecil tepi mamak tulah. Eh berapa kali saya sebut perkataan "sekolah" tadi? Ah, dalam borak-borak tu ada la tersentuh pasal Friendzone. Maklumlah borak pasal zaman sekolah, tentunya cinta zaman sekolah. "Aku syok kat dia...tapi dia layan aku ada takde je. Pastu dah ada pakwe, harap aku masih berkawan dengan dia...tuih!" Saya menyengih. Eh yang kita ni dedua ni pun laki pempuan; asyik lepak sesama, tweet sesama, chat sesama, pi balik event pun sesama, tapi langsung tak ada sesi ngorat-ngorat, hari-hari berdebat siap mencarut-marut sesama sendiri lagi, er, bukan awak pun dah memfriendzone kan saya ke? Haha! "Taste aku orang yang er...gebu sikit." Saya tengok badan sendiri yang kerempeng

Fan Art #1: Is It Love?

Imej
Kami tak tahu entri ni perlu dipanggil sebagai apa. Disebabkan ada readers yang hantar artwork mereka, jadi kami panggil entri ini fan art. Kalau panggil reader art lain macam je bunyi dia gamaknya. HAHA. Ini fan art pertama yang kami terima. Kalau uolss semua ada artwork macam ni jangan segan silu hantar ke technicalsupport@terfaktab.com . Ini kerja sukarela taw. Tak ada ganjaran yang akan diberikan kalau artwork kau tersiar di terfaktab :) Artwork pertama yang kami terima ialah dari Mad Khaz .Dalam blog dia ni banyak lagi komik lain. Tapi kami rasa ini yang lebih menarik perhatian kami. Kabornya komik ni dilukis menggunakan Paint sahaja. Comel bukan komik dia ni? Kita kena lah pandai bezakan sama ada perasaan tu SUKA ataupun CINTA. Walaupun maksud dua perkataan tu hampir serupa, tapi perasaan tu yang lain :)