Signal Dari Tuhan?
Bertemu lagi dengan aku, Isaac Ismael, atau singkatannya II. Bersempena dengan minggu penghargaan nih, aku berniat untuk menulis panjang sedikit. Nak berinteraksi dengan kauorang semua. Pertamanya, aku ucapkan bertan-tan terima kasih kepada Skuad Terfaktab, Aqram khususnya kerana menjemput aku sebagai komrad terbaharu Terfaktab. Sungguh aku tak sangka.Tak pernah pulak aku terfikir.Takda pulak Tuhan bagi signal yang suatu hari nanti aku boleh jadi sebahagian daripada Terfaktab. Maklumlah, sebagai penulis/pelukis baru, mungkin level aku tak selejen mereka-mereka yang dah berada 6,7,8,9,10,11 dan 12 bulan dalam Terfaktab ni. Tambah-tambah pengasas, Aqram yang memang lejen. Jadi, aku sumbangkan apa yang termampu, yang selari dengan konsep Terfaktab. And, I am open to any criticism. Kalau tak berkenan tu, ada cara boleh sampaikan. Kalau suka, terima kasih aku ucapkan. And, here is my stuff for this special week. Seperti biasa, perkongsian aku selalunya lebih