Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Saja je nak bakar-membakar

The Terfaktab Arrivals

Imej

Permasalah Cinta?

Permasalahan Cinta. Kadang-kadang aku tertanya. Itu babi apa? Termenung tepi tangga, bucu katil, luar jendela. Makan tak lalu, mandi tak basah. Rabak tak sudah. Ditinggalkan, meninggalkan itu perkara lumrah. Sama ada kau yang akan blah, ataupun dia yang akan pergi. Tak kesah lah kalau kau dah berkahwin, untung sangat lah kau mati sekali dengan pasangan. Tapi sebenarnya, salah satu akan pergi dulu. Tapi aku meninjau sekeliling, pandang kiri kanan. Orang putus cinta pun boleh terjun bangunan. Aku tak tau nak kata bangang ke meroyan. Bila tanya balik baru 3 bulan berkenalan. Kau nak aku terajang kau dari belakang? Kena tinggal macam kau dah mengandung 5 bulan, macam kau ada kongsi anak sampai 8. Orang lain masalah cinta dan perhubungan lagi besar beban. Tak ada pun nak pisang 24 jam. Bila kau rasa kau patut sedih selama 5, 6 bulan, aku rasa akau kena pikir balik tentang diri kau. Adil atau tidak kau biar benda tu pengaruhi diri kau, emosi kau, mak cakap pun kau nak melawan, dengan ...

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Twitter

Imej
Sekadar hiasan Perempuan Twitter di sini merujuk kepada perempuan yang menggunakan laman sosial Twitter secara kerap, konsisten dalam kehidupan seharian. A new platform for women to commercial her self in social media medium by using attraction words, beauty and response for certain purpose. Dari tweet jatuh ke hati katanya.  Dunia media sosial telah berkembang dan beralih arah dari Facebook ke Twitter. Perempuan Facebook secara pandangan jujurnya sudah kurang mendapat sambutan berbanding Perempuan Twitter. Perempuan Blogger juga sudah kurang diberi perhatian kerana kehadiran Perempuan Tumblr yang lebih hispter . Berikut adalah contoh streotype Perempuan Twitter; 1. Followers lebih dari 500 orang. Ya, anda adalah Perempuan Twitter kategori junior . Kalau pada range 1000 - 5000 followers , anda adalah kategori  hip . Kalau dah nak cecah 10000 dan ke atas. Anda adalah Tweet Famous. Bawah 500 followers ? Maaf, cuba lagi. 2. Following pul...

Entri Gaya Brader-brader #2 - Dah Selamat Dah.

Dalam malam-malam yang bahang ni sambil layan sendu foreveralone gua, tetiba gua teringat dengan member Felda sekor si Azrai. Makwenya si Shedah tu, kawan gua jugak. Dua ekor merpati joli-joli geli-geli dalam geng gua zaman Uni dulu.  Kenapa gua tetibe teringat? Entah bila punya cerita entah, tetiba gua teringat, bukan otak ni gua boleh kawal sangat pun. Bila datang momen-momen sentimentalis macam ni, gua rasa nak up dalam blog sepam dua, so lantak engkolah baca sampai lebam. Dulu-dulu, adalah dalam tahun lepas, takdelah dulu sangat macam zaman dinasor, gua terima panggilan dari Shedah. “Azrai telepon hang tak?” kata si Shedah dalam loghat Penang pekat beliau. “Takdak, awat?” gua pun join sekali Penang nya. “Ceq benci, nyampah dengan si Azrai ni. Habaq kat dia, dah takdak papa antara kita lagi.” Hambik engko. Lima tahun mentein bercinta, tiba-tiba tipon gua cakap camtu. Gua tanya kenapa, kot-kot Shedah dah sangkut kat gua ke. Gua kalau boleh taknak l...

Wiken Talk: Menegakkan hak-hak jejan sedunia.

Imej
Hah, welcem, welcem brader-brader pembaca terfaktab. Ah, takde brader baca terfaktab ke? Ah, nak buat camne, balik-balik entri kutuk lelaki. balik-balik entri hentam jejan. Baik aku masuk sarkasis kahkahkah! Korang awek-awek ni, selalu cakap "ahh lelaki semua sama." tapi ye ke? Ye ke kitorg semua ni sama? aku tengok aku lagi hensem dari leplep. Lagi putih dari obe. lagi pandai daripada arwah Steve Jobs (oh aku sebut arwah ke tadi? ye la bapak dia kan Islam, mana tahu Steve tu mati dalam iman ke, wallahualam).#sarcasm First of all (cewah cakap Mongolia pulak aku), tak semua lelaki cepat inzal kalau nampak awek cun. Kau ingat kau pakai skirt pendek tights ketat tu aku nak suwit-suwit la? TOHLONGGGG SIKIT Aku pun ada maruah tau nak pandang-pandang kau gitu. Aku tau kalau aku pandang, kau ternampak, kau mesti buat muka "eee lelaki gile seks iteww" kat aku. <saus> Lepas tu adala yang kata kaum Adamaya ni cuma nak awek cantik je. Pantang mantop macam Kilaf...

Awek Masters sombong bongkak, tak layak dibuat bini.

Imej
Fuh! pedas ayat itu tuan-tuan dan puan-puan. Eh lupa pulak nak bagi salam. Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca. Well, macam biasalah kalau tak ada isu hot-hot keluar tak sah la terfaktab bulan ni.  Tu yang saya nak buka cerita ni. Saya ni budak postgrad (postgrad kat mana, lain kali kita cerita). Biasalah, sekarang ni  trend bebudak lepas habis degree je join Master. Kebanyakannya perempuan Melayu lah. Mungkin lecturer-lecturer uni nowadays rajin skim through bakal-bakal budak Master dalam final year batch, dan dia pujuk supaya sambung. Lagi-lagi lecturer yang Grant dia berkepuk-kepuk masuk dapat tapi tak de siapa nak buat research. Hai saya banyak duit. jom buat research dengan saya. [ dari blog ini ] Alkisahnya saya ada la terdengar orang tu *cough, cough* cakap yang aweks2 Master ni sebab IQ dia tinggi sangat dia jadi arrogant mak hayam, jual mahal dan sampai susah nak takel. Pastu ada kata budak Masters ni  lambat jodoh. dan yang paling hamsap siap la...

USIK MENGUSIK JANGAN UNGKIT MENGUNGKIT!

Imej
Salam berpuasa semua! Maaf, masih lagi saya kurang berblogging, kerana kali ini sukar pula saya membuka Blogger menggunakan Opera mahupun Mozilla Firefox. Entah kenapa asyik-asyik bad request padahal I’m not a bad person. LULZ! Anyway, pagi ini saya terbaca entri pasal ungkit-mengungkit si Aqram tadi dan terfikir untuk membalasnya dengan entri usik-mengusik pula. Ya, selain ungkit-mengungkit, usik-mengusik juga adalah sesuatu perlakuan yang common di dalam sesuatu perhubungan, kawan mahupun kekasih. Tapi seperti mengungkit, ia juga boleh membawa kepada pergaduhan dan perpisahan. Usik mengusik ada banyak bentuk. Ada mengusik rupa, ada mengusik perilaku dan ada mengusik fahaman dan ideologi seseorang. Namun ada garis halus antara mengusik dan mengutuk. Apatah lagi bagi yang bermulut sarkastik seperti saya, banyak betul pengalaman terlepas mengusik. Jadi sesuailah sangat saya memberi panduan kepada para-para penggurau di luar sana. Usikan kenalah sesuai masa dan tempat Peraturan pe...

Lima perkara perkahwinan Omputih yang patut Omelayu ada.

Imej
Ha, nak ikut tema minggu ini, saya nak berikan pendapat dari bahagian saya pula. Semenjak dua menjak ni member saya asyik cerita pasal persediaan kahwin sana sini. Kena buat pelaminlah, kena beli baju untuk orang langkah bendullah, kena buat hantaran bilangan ganjillah...amboih, macam-macam syaratlah perkahwinan ni!  penat saya menulis, penat lagi anda yang membaca! kehkeh. tapi kata orang tua, ada faedah dan kebaikan tertentu; bukan diorang saja-saja letak syarat macamtu. Tak kisahlah apa diorang nak kata, sebenarnya ada juga budaya perkahwinan yang baik tetapi kita tak buat. Maksud saya, dari perkahwinan orang bukan Melayu--contohnya orang putih. Sebenarnya ada banyak ciri-ciri perkahwinan diorang yang yang saya fikir, alangkah bagus kalau orang kita ikut. Tak percaya? Meh baca ni....lima benda dalam Wedding Omputih yang kita patut ada! 1) RSVP Card Kalau majlis kahwin orang putih, mereka akan selitkan poskad RSVP dalam kad kahwin. Dalam tu ada soalan “Attending? Not ...

Satu pagi di Terfaktab: Kak Makjun membebel.

Pagi itu di pejabat Terfaktab keadaan agak sunyi daripada biasa. Tiada bunyi keletak-keletuk orang menaip ke komputer. Hanya bunyi pen Aqram mengetuk meja dengan ritma yang tetap. “Harini siapa punya entri kita nak post?” tanya Aqram. “Ntah..” jawab suara dari kubikel paling hujung. “Leplep, udah la tu mengorat awek dalam fanpage. Buatlah entri.” “Nantilahh...hari tu kan dah buat,” jawab Leplep sambil terkekeh ketawa. Amboi, adalah awek yang merajuk dalam fanpage tu. Kejap lagi boleh main pujuk-pujuk. “Reeney, you ada entri?” Aqram beralih kepada ER pula. “Takmau lah kacau. I sibuk ni.” Kata Reeny tanpa mengangkat muka dari kubikelnya. “Eleh, sibuk baca Sperma Cinta lettew.” Usik Raksasa Jahat. Tiba-tiba dia dibaling kertas ronyok dari kubikel Amoi. “Woit! Asyik usik orang je. Taknak buat entri, meh tolong aku buat heading ke, edit layout ke, ada guna gak,” arah Amoi. “Tak mau! Nanti aku salah coding kau cubit aku lagi...” Raksasa Jahat melarikan diri. . “Dah! Dah korang se...

Entri ini 99% perasan dan 1% keagamaan.

Imej
Seorang lelaki mengepos status ni pagi semalam. “Wanita muslimah, cuba bandingkan diri anda pakai tudung dan freehair. Mana satu lagi lawa?” Saya senyum sendirian. Of course la free hair saya lagi lawa. “Astaghfirullahalazim!” Awak mesti cakap camtu kan. Eh, betul la, free hair saya lagi lawa. Kekadang saya bangun pagi dengan rambut paling serabai pun, saya akan datang kepada cermin dan berkata “Hai beautiful.” Sungguh, rambut saya cantik sampaikan kalau Erra Fazira tengok pun dia akan depressed sebulan dua. Eh, perasan la you ni. Siapa nak puji diri sendiri kalau bukan kita kan? Lagipun saya jaga rambut ini dengan baik, tahu? Habis tu kenapa saya membeli syampu dan sikat dan menyisir rambut setiap hari, kalau tidak kerana mahu kelihatan elok. Jangankan kata saya bertudung di luar, maka saya boleh biarkan rambut saya hensem seperti singa Afrika. Eh, pakai tudung pun jaga rambut ke? Mestilah. Ada kawan saya dua minggu sekali akan membuat treatment rambut di salon. Sapu syampu...