Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cakap lebat tak guna

Kahwin? Aku? Kahkahkah!

Sudah berapa lama agaknya aku ingin tulis segala isi hati aku, lepas keluar dari musim percintaan kali ini. Mungkin aku antara manusia bertuah (*atau celaka?) kerana sekejap berada dalam hubungan percintaan dua hala, sekejap berada dalam hubungan percintaan sehala. Mungkin juga. Mungkin juga aku hanyalah seorang lagi manusia tidak tahu erti syukur hingga banyak hubungan yang jika aku jaga hubungan itu betul, memang betul ia akan bawa aku ke saat bahagia ke syurga. Kecewa itu ya, kecewa itu ada. Dan kekecewaan ini sebenarnya membawa aku ke satu dimensi yang jika aku keluar daripada dimensi ini, aku khuatir aku bakal kecewa lagi sebagaimana kecewa aku sebelum-sebelum ini. Dimensi di mana aku lebih selesa bersendirian, berhibur ke sana ke mari berseorangan, tanpa ditemani seorang kekasih yang betul mencintai aku ingin hidup bersama aku selamanya. Ya, aku sebut kekasih, bukan gadis. Pernah satu tahap aku sampai tidak kisah jika ada seorang lelaki yang betul jatuh cinta padaku. Yan...

The Terfaktab Arrivals

Imej

Artikel Pagi

"Nak bercinta, tak perlu rujuk Terfaktab. Waste of time. Just go with the flow. Ada jodoh, ada lah. Takda jodoh, jangan jadi bodoh." Aku sering nampak quote ini di retweet ramai orang kat Twitter . Ia hanya mampu buat aku tersenyum. Tapi bukan semudah senyuman setuju atau senyuman tak setuju. Senyuman yang ada ialah; 'Yarabbi ada jugak orang macam ni?'  Ok. Itu senyuman kurang setuju. Mengaku sajalah Aqram. Sebenarnya aku tak nak bercakap pasal 'bercinta tak perlu rujuk terfaktab' . Ya, dalam mempelajari kehidupan terutamanya hal cinta, tak semestinya kamu semua kena rujuk Terfaktab sahaja. Tapi tidaklah sampai tak perlu rujuk langsung. Setiap orang ada idea dan pandangan tersendiri. Seperti aku, kadangkala aku rujuk pandangan dan nasihat skuad Terfaktab. Kadangkala, rujuk novel dan lirik cinta. Kadangkala rujuk Utusan Malaysia (eh, serius tahu?). Mungkin juga tak salah aku rujuk blog-blog lain sebagai jalan menerima pandangan orang lain. Aku cum...

Apa Yang Perempuan Nak?

Imej
Errgghh . Lelaki memang sukar di fahami. Apa yang dia nak dalam hidup? Apa yang dia nak dalam suatu masa? Susah nak di terjemahkan. Yang lelaki tahu balik-balik ; 'Rilek dulu, isap rokok sebatang, kalau ada, adalahh tu '. Kenapa susah sangat nak decide ? Pavillion atau Sungei Wang? Tak pasal-pasal kereta kena hon kat simpang Bukit Bintang pasal argue ke mana tempat hangout yang best nak pergi. Lambat! Errgghh ! Benciiii!! Kenapa lelaki suka buat keputusan drastik tiba-tiba? Penatlah kita mengharapkan sesuatu yang boleh di kongsi. Contohnya, berkaitan masa depan. Kenapa kebanyakkan lelaki suka mengelak bercerita tentang masa depan? Yang lelaki tahu, hanyalah bagi harapan pum-pang-pum-pang! Tapi, dari semua tu, hampir separuhnya harapan palsu. I benci laa... Apakah yang perempuan risau mengenai lelaki? Taklah risau mana. Emm, risau jugak. Risau dengan lelaki yang nampak tak serius dalam perhubungan. Macam anggap perhubungan ni seperti permainan forex . Macam angga...

Barakallah hu lakuma

Imej
wa baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fii khair. Saya dedikasikan ini kepada rakan itu, yang hari ni akan melangsungkan perkahwinan. Dahulunya dia ingin berkenalan dengan saya tetapi saya reject beliau. Tup-tap setahun kemudian dia melangsungkan perkahwinan dengan pilihan keluarga. LULZ! Baru-baru ini banyak pula berita yang hadir ke telinga mengenai rakan yang akan berkahwin. Hari ini juga tarikh perkahwinan rakan setaman dahulu, yang sebaya TheOtherKhairul. Dan dalam beberapa hari lagi, seorang saudara yang sebaya AlexiaAqram pula akan berkahwin. (Ada la yang bersin kejap lagi LULZ). Dan dalam kisah-kisah gembira itu pula dengar pula soseh-soseh mengenai rakan yang sudah hampir tiga puluh tetapi masih single, rakan yang sibuk merancang untuk berkahwin tetapi sehingga hari ini masih tiada kad jemputan dititipkan, dan rakan yang mungkin akan dilangkau bendul oleh adik-adik yang lebhi “bertuah” (ehem siapa tu). Dan mulalah ada yang mencerita, mempersalah dan membanding. “Dah b...

Video Pre-Wedding : Perbezaan Bukan Penghalang

Hello! Kepada semua pembaca Terfaktab. Hari ini gua nak kongsikan sebuah video pre-wedding kawan gua iaitu Anna Cherie yang akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan hadapan. Anna dan pasangannya nya, Hasnul, bagi gua adalah pasangan yang unik. Kenapa unik? Sebab selama gua mengenali mereka, perbezaan umur perempuan lebih tua dari lelaki bukanlah faktor untuk menghalang sesebuah pasangan untuk terus bercinta. Sebenarnya bagi gua, tak kira apa saja perbezaan antara pasangan itu, jika pasangan itu meletakkan tepi sesuatu perbezaan atau tidaklah ' take too serious ' dengan perbezaan, maka harmonilah hubungan pasangan itu. Cewah, ala.. Macam jugak first love Rasuluallah SAW, ada ke nabi kisah sangat walaupun Siti Khadijah itu lebih tua dari nabi? Tak tak tak. Just keep cool and steady, terima perbezaan, hadapi dengan memanipulasikan perbezaan menjadi kelebihan! Ye dak? Kepada Anna dan Hasnul, semoga berbahagia ke akhir hayat. Juga kepada pasangan-pasangan yang akan melangsungka...

Anak Angkat

Berikut merupakan kiriman penulisan yang di kirim ke email Terfaktab (terfaktab@gmail.com) oleh pemuda yang meminta tidak mahu mendedahkan identitinya. Apatah lagi mahu memberikan link-nya. Katanya, " Aku terlalu hensem untuk di dedahkan ". Marilah kita membaca penulisannya berkaitan Minggu Familyhood. Enjoy! " Saya anak angkat? Oh tidak. Mama mesti menipu. Mama penipu! " Skrip tipikal drama-drama yang berkisar tentang keluarga angkat selalunya berakhir dengan tragis bila mana yang diangkat akan melarikan diri jauh dari yang mengangkat. Lari kerana tidak dapat menerima kenyataan. Bodoh. Sebenarnya drama itu mengajar semua anak angkat supaya tidak lari dari keluarga angkat meski mereka sudah dewasa dan mampu hidup sendiri malah berupaya untuk melupakan jasa ibu dan bapa angkat mereka membesarkan mereka. Adakah anda yang membaca ini anak angkat? Jika ya, usah tundukkan kepala. Usah malu usah takut dengan masyarakat. Adakah masyarakat itu yang membesarkan anda? Ada...

Cinta Yang Agung Ialah Cinta Yang Dirakam Dalam DSLR dan Di Upload Dalam Vimeo

Asyik dengar cerita sedih je. Asyik terfaktab je. Sebagai boss Terfaktab, gua risau dengan perkembangan yang mematikan nafsu aku nak bercinta. Terencat air mani nak produce tau tak? Jadi, untuk happy-kan diri sendiri dan mungkin happy-kan hati korang. Kita berharap-harapan lah sikit yang sebenarnya cinta itu indah kalau kena gaya beb. Mari layan video yang sweet ini. Enjoy! Video Duan dan VV sebelum wedding diorang. (Aku tak kenal depa, tapi aku harap depa tak saman aku dah ler, hehehe) Credit to Radzi Zin Okeh, sekarang memang musim orang rakam love-love dalam video super lawa macam ni eh? Mesti lepas ni jadi trend dan ikutan korang plak kan? Sebagai kenang-kenangan, mana tau time bergaduh, bila pasang video ni boleh terdetik balik nak bersama semula ye dak? Nasib baik video ni makwe nya lawa dan pakwe nya kacak. Keh keh keh! p/s : Gua layan vimeo, apa barang 1tube?

Entri Ini Adalah Entri Sopan Santun Lagi Berhemah.

Imej
haih. hangpa-hangpa semua meh sini. ni cik pah nak tanya ni. apa best sangat hang tengok benda-benda ni ha? rajin benor masuk bilik member lepak sampai nak dekat subuh pastu tengok ramai2 awek jepun mix kena kekah mamat aprika. *************** habaq mai kat kami. berapa banyak hang tengok seblulan? satu dua je? meh kami cek had disk ang. eh folder yang ada password ni apa? kami nak tengok boleh? MASYAALLAH BANYAKNYA! ************** mai sini habaq hang da kawen ke belum? belum? hang ada gelpren ke dak? dak? abih tu yang ang tengok wat pa? hang tau dak makin lama ang duk depan PC ang ni makin banyak ang tengok? makin banyak ang tengok makin kurang ang kuaq bilik? kalau ang tak kuaq bilik camna ang nak cari marka? lagi satu,  ang ingat semua marka kat luaq sana boleh buat cam dalam video tu ka? ******** ka, ********** ka, ang cakap kat ppuan diorg angkat kening ja. "Ape kejadahnya benda tu bang?" ang nak marah diorg kalau diorg tak kasi ang buat camtu. dah diorang taktau...

Cerpen Ringan Ringan: Cinta Susu

Imej
*macam biasa kata ganti diri aku dalam cerpen ni adalah "Pisang". #harapmaklong "Berikan aku segelas susu panas, nescaya aku akan tidur nyenyak" -Anonymous ( Anonymous tu sebenarnya aku. Saja buat nampak macam quote orang- orang terkenal). Aku suka susu. Aku cinta susu. Lebih spesifik, aku cinta susu ibu. Warnanya putih cair, teksturnya tak sepekat warna susu ibu lembu. Cair, tapi manis- manis buah, berlemak. Tiada yang lebih, tiada yang kurang. Aku bercerai susu lebih kurang 2 tahun lebih. Waktu tu adik lelaki aku belum lahir lagi. Disebabkan dia lahir lambat(4 tahun selepas tu), aku agak manja dengan ibu aku. Ibu aku dulu mak andam. Jadi kalau dia dan bapak aku pergi jauh untuk mengandam, aku akan tidur dengan bantal busuk dan gambar ibu tahun 80-an pakai baju purple dengan pad bahu macam askar troy di sebelah aku. Kadang- kadang kalau terlalu rindu(walaupun mak aku hanya keluar untuk beberapa jam), aku akan menangis sambil cium gambar ibu aku. Paranoid kalau- ...

Keluh Kesah Bersama Elena Reeney - Part Budak KL

Imej
Ke hadapan Kak Elena Reeney (nama nak market je, budget nak memancing jantan berkarisma ah kan?) Kaka eh salah, budget pemain bola, Kakak, Ate nya , aye ni memang sayang bebenor le kat pakwe aye tu. Okay okay tukar slang. Kita berbual I, U la baru ah gempak amat kan? Baru ah KL. Okay macam ni ceritanya. I ni memang high taste. Setakat mat mat rempit ni, I memang tak pandang. Apatah lagi mamat jual burger. Apa kes? Nak beli mascara Estee Lauder I pun kalau burger tu harga RM3.00 kena jual 40 bijik. Masakan pula I ni stock mascara sebulan pakai sampai 3 batang. Harus lah kan, I nak lawan Rozita Che Wan. Jadi I memang tutup mata kalau lalu depan mamat mamat ni apatah lagi kalau dieorang tu semua selalu buat suara suara cencorot men'suwet' I. I rasa macam apa kes weyh ingat buat suara tu I teruja tahap gaban sampai rasa nak bogel ah kan? Tu lah, I pun tak paham la kak Elena sayang, apa kes mamat mamat Melayu sekarang mengurat tahap cipan? Damnnn.. Asyik sebut mamat Melayu je...

Benda-benda Yang Couple Perlu Ada.

Imej
Nampak macam geli-mat. Ye, tapi sweet and steady. Kata nak berkasih sayang. Ada makwe, ada pakwe tapi jijik nak jiwang, baik tak payah bercinta. Tu, pergi bercinta dengan beruk. Gasak kau lah. 1. Tshirt couple edition dan baju yang sama. Cuba korang bayangkan bila korang berdua pakai baju Levi's couple tu. Pergh, mesti mata-mata orang lain pandang-memandang. Ye, memang ada pandangan kata " Hek eleh, macam beria sangat nak bercinta ". Eleh, tu ayat-ayat orang jeles sebenarnya. Tapi, korang kena ingat, ada juga mata-mata memandang merasakan " Oh sweetnye couple ni pakai baju sama, baju couple. sehati sejiwa. " Saat korang berdua berjalan seiringan berpegangan tangan dengan gah baju yang sama atau baju couple tu, sekurang-kurangnya korang ada keyakinan dalam bercinta. Ada rasa percaya antara satu sama lain yang dapat memupuk lagi perhubungan korang ke peringkat lebih tinggi. Feewiitt! Beli saja baju yang sama dan rare seperti baju Welcome To Terengganu atau kala...

Jangan Hisap Dada, Dermalah Dara.

Imej
Hai semua! Lama gua menyepi ye dak? Kehkeh. Ok. Gua memang pesen suka perasan orang perasan gua takde. Ciskek betei. Baiklah. Gua sbnanye taktau nak merapu ape pasal minggu kesedaran Hiv/Aids ni. Tapi, yang gua pasti gua memang suka betei tengok header blog ni. Cara gua sembang macam blog ni blog orang lain je kan, maksud gua bukan blog gua la. Jangan nak lampi sangat. 'Janganlah anda menghisap dada . Marilah kita menderma dara .' Penah dengar? Gua taknak komplen banyak pasal ayat ni. Sebab kalau gua komplen, mahu gua bukak kelas tatabahasa bahasa ibunda kat sini pulak tiga hari tiga malam. Dahlah gelap, kang makin terbakar pulak abam samy nanti. Hoho. Lu orang boleh dengar, boleh baca. Jangan dok ikut sangat je. Gua bagi penyekeh barang seframe dua karang. Macam ni jela. Bagi gua, penyebaran penyakit yang setakat ni memang takde cure, (#EhYeke?) bukan saje melalui hubungan kelamin. Lu orang mesti lagi pakar daripada gua kan? Setakat gua guna perkataan kelamin tu, apalah sa...

Minggu Kesedaran HIV : Lu Kongsi Lu Mati

Imej
" Sharing is caring. Bila dah sayang menyayang, kenalah berkongsi ." Ye, memanglah berkongsi sesuatu itu amat indah. Lagi-lagi bila I suap Butterscotch kat mulut U, and U pulak suap I Kinder Bueno kat mulut I. Oh, romantis nye. Bila syaitan dah hasut, kita kongsi makanan dalam mulut bersama. Chup chop chup chop slrupp , air liur sapa pun tibai je, janji kongsi. Kepala hangguk kau. And yeah, tapi itu tak bermakna segalanya boleh di kongsi bila salah seorang antara kita ada HIV. Apa benda HIV tu? HIV adalah singkatan dari Human Immunodeficiency Virus yang dapat menyebabkan AIDS dengan cara menyerang sel darah putih yang bernama sel CD4 sehingga dapat merosak sistem kekebalan tubuh manusia yang pada akhirnya tidak dapat bertahan dari gangguan penyakit walaupun yang sangat ringan sekalipun. AIDS adalah singkatan dari Acquired Immune Deficiency Syndrome yang merupakan impak dari pembiakkan virus HIV dalam tubuh makhluk hidup . Virus HIV memerlukan waktu untuk menyebabk...

Lelaki Lelaki Poyo, Elena Kirim Salam.xx

Imej
Hola semuaa!! Wah syahdu je masing masing post entry. Gua je terkapai kapai kat belakang. Takpe, gua pun layan je entry tetiap hari. Memang syahdu gila setiap masa asyik refresh baca comment, tengok update post baru. Sekali terpikir, eh bukan gua pun kena tulis ke? Demmmmm!! Okay, apa gua nak berbual hari ni eh? Haaaa mari spot jantan jantan kat luar sana. Apa yang lu orang pandang pada luaran lelaki tu? Okay fine. Gua memang memandang luaran. Fine fine. Tapi mari berbalik pada realiti. Sebab gua memang straight to the point sikit. Memang orang berbual ' dont judge a book by its cover ' but weyhhhh, lu orang nak ke bagi no phone kat mamat dress up gothic siap eyeliner ngan gincu super hitam? Gila apa? First sekali gua tak suka betul jenis mamat mamat budget handsome dalam shopping mall pun nak pakai shades hitam. Perghhh.. Menyirap siak. Lu orang buta mata ke buta hati? Kalau shades tu lu orang pakai waktu panas terik time lu orang bersidai kat kolam depan KLCC tu okay la....

Lelaki Ini.. Lelaki Itu..

Imej
Hi, Selamat berjumpa kembali. Mari tinggalkan dunia materialistik yang gua bangkitkan dulu. Sudah sudah la tu troll gua. Tak kira la lu budak law ke hape ke, gua apa ada hal. Pada gua tu semua pandangan masing masing. So gua memang tak dapat lari dari perihal lelaki, wanita, relationSHIT dan sewaktu dengannya. Sebab tu memang agenda utama dalam TERFAKTAB. Kang kalau gua dah berbual pasal apa gua makan, baju apa gua pakai, apa gua beli, taknak macam muntah darah plak lu orang dengar kan? Hari ni gua petik perihal jenis jenis lelaki yang gua rasa agak susah untuk perempuan seperti gua nak menerima dek akal fikiran. Gua taktau la tapi memang dowh gua rasa mual. 1- Lelaki Gebang Kuat Gua memang alah membeli menang memakai betul lah dengan lelaki jenis ni. Gua rasa semua lelaki memang dengan sifat TERPUJI ni. Sama ada penularan virus tersebut sedikit atau banyak tu bergantung pada genetik. Haha. Cerita nak gebang. Semua la lu ada. Semua la lu power. Semua la lu lebih. Semua la lu ...

Lelaki Melayu Sekarang Agak Loser

Imej
Hi. Gua Elena Reeney, penyokong setia Arsenal. Perempuan sedikit comel, perwatakan agak kasar walaupun kereta gua color PINK . Mula menulis pada Jan 2009, tapi sekarang gua dah tak active. So, gua rasa gua dah hilang taring nak menulis. Bila dengar Terfaktab cari bunga nak menulis, tangan gua rasa gatal je tanya criteria. Bab troll troll orang ni sumpah gua tak tau. Gua tak tau apa korang maksudkan dengan troll tu. Gila ketinggalan zaman. Tapi apa yang gua rasa nak tulis, apa yang gua nampak depan mata gua, perjalanan hidup yang berlandaskan realiti dan kezaliman abad ini. Apa yang cuba gua sampaikan nanti dan seterusnya agak panas, agak bingit dan agak membuatkan kebencian. Gua rasa kita masih lagi tak bebas nak tulis apa yang kita nak. Masih tak keluar dari kepompong zon selamat. Apa yang kita cakap masih lagi di tapis dan kita still lagi pikir tanggapan orang luar. Pada gua, selagi lu orang tau siapa diri lu orang, kawan kawan lu orang tau siapa lu orang, family lu orang tau diri...