Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perempuan kalis peluru

Selamat Tinggal Dan Moga Berjumpa Lagi,Awek Chuck Taylor.

Imej
Setelah empat hari aku ghaib dari dunia internet dan berita, aku kembali mengumpul kekuatan untuk menulis tulisan ini. Rasanya aku dah cukup kuat untuk aku menulis, dan empat hari tidak mengadap PC - bagi seorang Nami adalah perkara yang janggal dibuat. Rumah aku dahlah takde TV, takde apa-apa maklumat yang aku terima sepanjang empat hari aku berhiatus ni. Aku hanya mengurungkan diri dan melayan perasaan hiba. Entah ya, sebenarnya tak sangka aku berkenalan dengan kau selama lapan tahun. Bermula di food court underground Lot 10 - gadis muka muncung yang suka gigit straw dan main ais - pertemuan kita pada awalnya tidak menyenangkan. Aku kenal kau dari kawan kau satu pusat tuisyen yang bernama Kasturi di KL. Pada awal perkenalan kita, kau aku anggap sebagai gadis sombong yang bajet cun (walaupun aku akui, kau memang cun). Pada awal perkenalan kita yang tak menyenangkan tu, aku dah berpunya tapi aku tak pasti apakah aku mencintainya atau tak. Mungkin kerana desperado masa tu takut tak ...

Perempuan Dan Tangan Kaki Pukul.

Imej
Harian Metro: Pelakon dipukul suami KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini. Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami. Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3. “Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. “Namun, selepas mengeta...

Be Strong,Ez.I Know You Can Make It.

Imej
Ini adalah kisah ex-girlfriend aku yang nombor tiga - Ezreen Emira - yang sedang bertarung dengan penyakit kanser payudara - just in case - Ez ini adalah Mira dalam novel Awek Chuck Taylor. Bila aku dengar berita yang kau menghidap kanser - hati aku luluh. Walaupun hampir 6 tahun kita dah berpisah - tapi kau adalah ex-girlfriend aku yang masih rapat dengan aku. Macam-macam kita dah lalui - dan kini, aku rasa sebak bila mendapat berita kau menderita sakit. Dan aku tahu sekuat mana pun perempuan itu - berita kanser payudara adalah berita yang agak sukar untuk diterima. Minggu lepas kau baru selesai menjalani pembedahan tapi disebabkan darah kau jenis O- maka kesukaran mengganti darah bertambah rumit. Kadang-kadang aku terfikir mampukah kau terus bertahan - dengan aku dengar kau mengalami pendarahan yang sangat teruk. Darah O- - mengikut kefahaman aku adalah darah yang sukar untuk diganti. Tak ramai orang yang ada darah O-. Ez - yang aku kenal - atau Mira dalam novel Awek C...

Kelab Taat Suami?

Masa sekolah dulu, aku dengar ada banyak persatuan. Persatuan Bulan Sabit Merah. Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Kelab Bola Sepak, Persatuan Kelab Sejarah dan Geografi. Macam-macam. Then aku pernah dengar jugak Persatuan Ayam Serama, Persatuan Kelab Vespa, Persatuan Wau Bulan atau Persatuan Penanam Koko. Macam-macam. Kalau kau bukak Facebook macam-macam Persatuan ada. Persatuan Benci Fixi, Persatuan MLM AC Mizal, Persatuan Benci Adinda Evans, Persatuan Anti Freemason dan sebagainya. Kali ni aku dengar - Persatuan Kelab Taat Suami? First time aku dengar benda ni - aku tergelak kecil. Aku #facepalm melihat kebebalan yang sedang melanda. Apa takde persatuan lain ke? Apakah ini satu projek menjual agama oleh daulah lagi? Persatuan ditubuhkan atas dasar menyatukan manusia atas dasar sesuatu. Contohnya, saya akan ke Persatuan Peminat Liverpool FC kerana saya peminat Liverpool FC. Saya juga peminat Radiohead atau Pink Floyd. Kalau ada yang menubuhkan kelab tersebut saya pasti akan ...

Being Yourself is More Than Enough

Imej
Perasan tak kita sebagai kaum Hawa selalunya beriya - iya nak impress kaum Adam ni haaa.. Segala serba serbi kalau boleh nak mereka teruja. Kalau boleh setiap kali nak date, setiap kali tu lah korang nak beli baju baru. Nak pakai sewangi yang boleh, segala gala nya memang nak bagi perfect lah kalau boleh,. And kalau boleh, mamat ANON dekat dunia maya buat listing pun kau sanggup terikut ikut. Untuk apa? Supaya kau pun turut tersenarai? Supaya kau rasa kau ada harapan? Tak guna jadi diri mereka yang bukannya ada ada diri sendiri. Apa kau dapat? Kepuasan? Pada aku, setiap perempuan adalah special, tak kira apa pun cara kita cuba sampaikan. Peduli apa kalau kau bangun tidur, tiba tiba rasa nak colour rambut warna HIJAU . Peduli apa kalau kau rasa contact lense warna BIRU buat kau lagi nampak COMEL? Peduli apa kalau kau jenis mudah jatuh cinta. Serious shit, PEDULI APA? Kau adalah diri kau dan kau yang decide what is the best for yourself. Bukan datang dari siapa siapa yang bukan d...

Selamat Hari Wanita Sedunia - 8 Mac

Imej
Tadi aku tulis kat TTGB - versi lain . Aku dibesarkan dalam keluarga yang abah aku suka bagi penangan kat aku. Aku juga pernah menyaksikan beberapa kali mak aku ditangan oleh abah aku - and I don't like that. Punca aku mendapat penyakit schizo ini adalah kerana kemurungan yang aku hadapi - bila abah aku buat keputusan untuk hantar aku ke sekolah berdekatan rumah nenek - dimana aku diseksa mental dan fizikal - imagine - kau diam tak buat apa-apa pun kau kena belasah dengan tali pinggang dengan pakcik psiko. Ini kerana keputusan abah aku yang dengar cakap nenek aku untuk aku - yang dah reti membaca since 4 - untuk ajar sepupu aku yang tak reti eja nama sendiri until 8 years old. Aku pernah hidup dalam keluarga setinggan. So - bila bercakap soal kemiskinan - I know what the cock that I'm talking about. Masa aku berusia 4 tahun ketika aku belajar membaca - elektrik padam tepat pukul 8 - kerana kilang yang kami curi cable tutup jam 8 malam. It was 1988 - penghujung di zaman Rona...