Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerita bersiri

Umar (3)

Cuaca petang itu sungguh baik. Kanak-kanak berlari berkejar-kejaran, tupai-tupai melompat keriangan, burung-burung terbang di awanan, pemuda-pemudi duduk kegersangan. Suhu pada waktu itu sekitar 23 darjah celcius iaitu lebih kurang menyamai suhu bilik. Suhu badan normal pula sekitar 37 darjah celcius. Jika melebihi dari itu, bolehlah dianggap manusia itu sedang demam. Suhu badan Umar pula adalah lebih kurang 41 darjah celcius, ini bukan kerana dia sedang demam tapi ini kerana Umar sedang marah. Seperti biasa. Ibunya sedang ralit mesin kelapa. Telatah anak bujangnya yang sedang menterbalikkan almari itu tidak diendahkan oleh wanita tua berumur awal 50an itu. Kerja mesin kelapa memerlukan fokus. Jika hilang fokus buruk padahnya pada jari-jemari. Apabila dia menjeling sekali lagi, kelibatnya anak bujangnya itu telah hilang. "Oh Tuhan, berikanlah hidayah pada anakku, Umar", katanya sambil memegang erat kelapa. Umar menuju ke arah rumah Tok Ketua. Dia harus bertanya menge

Umar (2)

Umar berlari ke pantai yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hanya berada dalam anggaran 5 batang pokok kayu jati yang tumbang. Pergi ke pantai pada waktu golongan hantu sedang tekun bekerja memang kerja gila tapi bagi seorang Umar, dia memang handal melakukan pelbagai kerja gila. Sampainya di pantai, Umar menjerit. Untuk menghilangkan stress konon-kononnya. Perangai ini dicedok Umar dari filem-filem yang banyak menunjukkan scene kalau tengah stress, pergi mana-mana lepas tu jerit kuat-kuat sorang-sorang. Bangang. Dia masih memikirkan tentang suara yang menyuruhnya mencari cinta jika ingin megubah sikap pemarahnya. Sebenarnya takde sebab pun dia nak stress tapi anggap je la untuk menyedapkan cerita. Umar melihat jam di tangannya. 4.32 pagi. Oleh kerana suara itulah, lenanya terganggu. Umar tiba-tiba jadi marah. "Kau menaikkan amarahku!", jerit Umar sambil berlari ke arah laut. Sampai di tengah laut, barulah Umar teringat yang dia tidak pandai berenang. Ombak besar

Umar

"Kau menaikkan amarahku!", jerit Umar sambil menendang televisyen. Hanya kerana satu iklan bangang mengenai amalan sopan santun dalam masyarakat, Umar gagal menahan perasaan. Televisyennya berasap. Ibunya hanya menggelengkan kepala. Anak tunggalnya itu mempunyai sikap yang amat teruk, dia pemarah dan tidak sabar. Sudah berkali-kali ibunya menasihati, sudah berbotol-botol air yassin diminumnya, sudah dua tiga puluh orang pawang serta jurulatih motivasi dipanggil, sudah cukup sudah, Umar masih lekas marah. Sambil melompat keluar dari tingkap yang terbuka, Umar menjerit, "Keluar kejap mak!". Ibunya terus berlari ke muka pintu. "Umar, apa gunanya rumah kita ada pintu kalau engko masih menggunakan tingkap?", ibunya bertanya lembut. "Pintu dicipta untuk membuang masa, mak!", Umar menjawab sambil membawak keluar basikalnya dari bawah rumah. Ibunya hanya mampu menggelengkan kepala. Baru sahaja Umar hendak mengayuh, rantai basikalnya tercabut. Um