Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Siri Tafsiran Jantan

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Twitter

Imej
Sekadar hiasan Perempuan Twitter di sini merujuk kepada perempuan yang menggunakan laman sosial Twitter secara kerap, konsisten dalam kehidupan seharian. A new platform for women to commercial her self in social media medium by using attraction words, beauty and response for certain purpose. Dari tweet jatuh ke hati katanya.  Dunia media sosial telah berkembang dan beralih arah dari Facebook ke Twitter. Perempuan Facebook secara pandangan jujurnya sudah kurang mendapat sambutan berbanding Perempuan Twitter. Perempuan Blogger juga sudah kurang diberi perhatian kerana kehadiran Perempuan Tumblr yang lebih hispter . Berikut adalah contoh streotype Perempuan Twitter; 1. Followers lebih dari 500 orang. Ya, anda adalah Perempuan Twitter kategori junior . Kalau pada range 1000 - 5000 followers , anda adalah kategori  hip . Kalau dah nak cecah 10000 dan ke atas. Anda adalah Tweet Famous. Bawah 500 followers ? Maaf, cuba lagi. 2. Following pul...

Siri Tafsiran Jantan : S.A.I.L.A.N.G

Imej
Anda berani nak sailang? Tak? Bagus. Good boy. Sailang (sebut; sai-lang') merupakan satu perkataan lama yang telah diperbaharui dari perkataan 'si awek hilang' bagi merujuk kepada satu maksud;  Kekasih atau isteri dirampas atau diambil oleh orang lain. Sailang juga digunapakai untuk merujuk kepada mencuri projek saat akhir seperti Projek Nadir Bumi di Kuantan yang telah di sailang saat akhir oleh Lynas dari tangan YTL Corporation. Mungkin. Menurut pakar hal ehwal komunikasi rumah tangga, Dr Hai Wan Kah dari Universiti of Kuching, sailang telah menjadi satu budaya sejak berkurun lagi. Seperti kisah Hang Tuah menyailang bakal isteri Sultan Melaka iaitu Tun Teja lebih kurang empat purnama sebelum menyerahkan kepada sultan. Sebelum itu, Hang Tuah juga telah menyailang Tun Teja dari mak bapak Tun Teja iaitu Raja Inderapura. Nakal rupa-rupanya Hang Tuah. Kini, di abad baru, sailang telah menjadi satu trend. Contoh stereotype 1. Makwe kena sailang dengan p...

Siri Tafsiran Jantan : Mengongkong

Imej
Perhatian : Siri kali ini akan dibuat secara abstrak kerana mahu bertepatan dengan citarasa santai.  Lewat beberapa hari ini aku ditanyakan soalan mengenai kekurangan aku menghasilkan entri di blog Terfaktab. Tiada jawapan yang boleh aku beri melainkan yang aku benar-benar sibuk dan kekurangan output untuk menghasilkan penulisan yang menghentam minda. Apabila kita sibuk, ditambah dengan ketiadaan gadis inspirasi. Maka, input bertambah, tetapi output tidak berjaya dikeluarkan secara baik. Maaf aku ucapkan. Kamu mungkin faham bagaimana payahnya sejak akhir-akhir ini aku hendak menempuh kehidupan. Menonton siri kegemaran Stanza Cinta pun sudah tiada perasaan, rasa nak baling saja kerusi pada televisyen kerana menyampah dengan muka Fizz Fairuz yang mengenakan bingkai cermin mata hitam yang sungguh menjengkelkan. Ok cukup. Tidak perlu untuk aku bercerita panjang. Membazir. Lebih baik kita ke topik kali ini yang mungkin kamu pernah melaluinya. Mengongkong. Maksud Mengongkong dari ist...

Siri Tafsiran Jantan : Mengungkit

Imej
Jika dadah merupakan musuh nombor satu negara, manakala sakit jantung merupakan punca kematian nombor satu rakyat Malaysia. Mengungkit pula merupakan pembunuh nombor satu dalam perhubungan percintaan, bahkan dalam perhubungan manusia. Ia merupakan suatu sifat semula jadi manusia yang mahukan kemenangan dan hak mutlak bagi mempertahankan ruang hidup. An ego system with provide hatred-bound to achieve mission and victory. Tidak kira sama ada sudah berkahwin atau pun belum berkahwin. Perlakuan mengungkit pasti juga akan berlaku dalam perhubungan kerana mengikut prinsip yang diketengahkan oleh Professor Madya Fahmi Che Mat dari Universiti Kebangsaan Kelantan ; "Perlakuan mengungkit sudah menjadi darah daging dalam manusia. Jika betul cara mengawalnya, menjadi sihat. Jika tidak betul, boleh kena kencing manis. Lebih teruk, putus tunang!" Contoh stereotype 1. Duit. Masalah mengungkit bersebabkan duit adalah paling popular dalam perhubungan cinta. Jika meminjam duit dengan pasan...

Siri Tafsiran Seorang Pemerhati.

Imej
Okay. Dah lama sangat gua tak tulis dalam Terfaktab ni. Asik-asik cerpen je. Ni nak buat kelainan sikit. Hampir di buang kerja oleh boss dah. Tapi gua koyak surat kena buang kerja tu. Jadi, gua tak kena buang kerja dah. Buat lah cara ni nanti kat tempat kerja lu’olls. Sumpah lepas tu lu kerja free je tanpa gaji. Bila sembang lebat pasal pakwe – makwe ni, menipu lah kalau gua kata relationship paling best ialah bila relationship tanpa masalah. Betul ke? Pakwe buat salah, makwe beralah. Makwe buat salah, pakwe beralah. Alahai. Walau terasa hati, beralah juga. Best ke macam tu sebenarnya? Kalau boleh di buat graf hubungan lu dan dia, gua dapat analisa hubungan lu’olls mungkin akan menaik secara sekata untuk awal-awal hubungan, tetapi mendatar selepas itu. Jaga-jaga! Boleh juga menurun sebenarnya kalau tak reti nak kawal perasaan yang asyik beralah saja. Ni dah macam graf bandwith dah ni. Haha. Jom bincang masalah yang dari apa aku perhati. Masalah 1 – Keluar dengan kawan lain gender. “Nak...

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Steady

Imej
Perempuan steady boleh di justifikasikan sebagai ' kapten kepada ' perempuan nakal. Ia juga selalu dirujuk kepada separuh dari perempuan show-off dan perempuan low-profile . Dan lagi 30% menyamai perempuan muslimah (akan di review kemudian). Firmly stable in equilibrium which free from change, variation or interruption. Ada persamaan antara perempuan steady dan perempuan nakal . Walaubagaimanapun, setelah di analisis, perempuan steady lebih cool, rileks, tak cepat melatah dan kebarangkalian untuk para jejaka terpikat juga tinggi. Contoh stereotype 1. Seseorang perempuan steady mestilah mempunyai nickname yang educated dan serba cool. Nama memperjelaskan sifat. Mereka takkan menggunakan nama dari buah-buahan, sayur-sayuran mahupun binatang seperti nama Cik Starfruit, LadyKangkung, mahupun Kak Tiger. Jenis nama perempuan steady yang boleh di ambil contoh ialah Elena Reeney, Maria Elena, SueAnnaJoe, Perempuan Jomblo, Rysa The Sheandroid dan sebagainya. Nama yang terlalu Mel...

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Low-Profile.

Imej
Low-profile atau dalam bahasa kampungnya, merendah diri. Sikap merendah diri merupakan sikap tidak menunjuk iaini perempuan low-profile juga bermaksud perempuan yang merendah diri dan tidak terlalu menunjukkan aset, pemilikan dan hak yang ada pada diri. Lawan bagi perempuan show-off ialah perempuan low-profile. More to silent than a give an attention to people. Prominent and quiet impressive. Contoh streotype Perempuan Low-Profile. 1. Dia tidak cantik, gemuk dan mungkin berbau. Namun, dia memandu BMW 7series hasil pendapatan dia sebagai pensyarah muda. 2. Dia seorang yang senyap, tak banyak cakap. Namun dalam senyap, dia ada Iphone 4, Android, Samsung Galaxy. Ya, ada 3 telefon bimbit termahal sekaligus. Bila tanya kenapa tak pakai, jawapan yang selalu kedengaran ; " Tak reti sangat nak pakai. Lagipun handset Sabun ni masih elok ". Rupanya, ibu dia adalah jutawan MLM. 3. Kurang gemar berfesyen, lebih selesa pakai baju kurung labuh, cermin mata tanpa bingkai, bawak b...

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Gedik

Imej
Kewujudan Perempuan Gedik semakin berkurang dengan selarasnya pendedahan tentang golongan perempuan sebegini. Sebenarnya, dalam setiap diri perempuan ada sifat gedik, cuma ia di lampiaskan dengan waktu-waktu tertentu. Namun secara kasar, masih ada perempuan gedik di luar sana. Gedik merujuk kepada sesuatu sifat yang buat rasa menyampah. Dalam Kamus Meleisiana menyebut ; An attitude of over-reacting, over-confident, over-load and 'game over' which causely damage stereotype. Mengenali perempuan gedik di alaf baru semakin sukar kerana ramai perempuan sudah berhati-hati agar tidak terjebak dan di cap perempuan gedik. Namun, berdasarkan kajian intensif oleh pakar School Of Love Maldives, perempuan gedik boleh di kesan dengan melihat gaya percakapan mereka. Contoh stereotype melalui kajian pakar 1. Seorang lelaki berjumpa dengan seorang perempuan yang sudah lama tidak berjumpa. " Hai Fatekah, kau apa khabar? " Jawapan perempuan gedik ; " Hai, aku baik, k...

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Show-Off

Imej
Perhatian : Tafsiran kali ini lebih berat, serius dan bakal mengundang kontroversi. Maka bacalah dengan serius. Pengenalan Show-off (atau kata terjemahannya, menunjuk) dalam pemerhatian adalah merujuk kepada penyerlahan gaya, lifestyle , aset dan fashionitas yang ada pada diri kepada mata umum. Intipati yang ada pada perempuan show-off adalah berbeza dengan perempuan nakal seperti dalam tafsiran lepas. Bahkan, perempuan show-off langsung tiada kena mengena dengan perempuan kekwat dan pontianak harum sundal malam, tetapi separuh dari perempuan show-off boleh bertukar menjadi perempuan liar. Dan subjek tafsiran perempuan show-off ini lebih di tumpukan pada perempuan berbangsa Melayu secara subjektif. Bangsa lain, tidak valid. Defiance, unstoppable, and more demanding in various lifestyle . Lazimnya, lelaki amat tergila-gila mahu menjadikan perempuan show-off sebagai teman wanita kerana tarikan keseksian, namun bila sampai bab perkahwinan, akan ada sedikit keraguan bila m...

Siri Tafsiran Jantan : Perempuan Nakal

Imej
Perempuan nakal boleh di klasifikasikan sebagai separa perempuan liar, separa perempuan muslimah, dan separa perempuan jiwang. Ia berada di posisi tengah-tengah. An average stereotype due to an expression of women's attitude . Berkawan dengan perempuan nakal umpama macam berkawan dengan sesama jantan. Maksud lebih jelas, situasi berkawan antara lelaki dan lelaki lebih kurang sama antara lelaki dan perempuan nakal. Contoh stereotype. 1. Member lelaki adalah kaki jamming . Manakala, sebilangan besar perempuan nakal juga boleh bermain alat muzik. 2. Member lelaki adalah kaki futsal. Dan, ya! perempuan nakal juga boleh menyepak bola dan paling penting, bergiat cergas dalam sukan terutamanya tenis dan bola jaring. 3. Member lelaki adalah kaki menganjing/mengutuk. Perempuan nakal juga sebilangan besarnya kaki troll orang, dan kaki stalker yang super pantas mendapatkan info dan gosip. 4. Member lelaki adalah kaki blue . Hmm, setakat ini dalam pemerhatian, majoriti perempu...