Hello. Aku Husky n Pusky. 23 tahun, bujang, ada stretch mark di perut, tidak makan ikan, dan gemar mencium kuku kaki(guilty pleasure). Menulis Sejak April 2008 (kurang aktif sejak disember 2009), pernah memenangi Peraduan Blog "Happy Moment" anjuran Happy Prepaid, dan pernah menangis baca entri sendiri. Awesome. Waklu. Aku dah lama tak menulis. Jadi aku nak mulakan karier aku di Terfaktab dengan bacaan ringan tanpa fakta, tak macam penulis- penulis lain. Aku nak bercerita tentang "First Crush" aku. Kalau tak sedap jangan bagi aku "Fist Crush". Aku tak reti bertumbuk. Aku percaya "First Crush" adalah satu benda yang indah, seperti Pony yang berak pelangi. Tak kiralah kita melaluinya pada fasa cinta monyet mahupun fasa after puberty. Kerana itu adalah saat pertama kita merasa cinta terhadap seseorang selain mak, bapak, akak, abang, adik dan saudara- mara. **** Tajuk Karangan: Cinta Tahi Saya. * Kata ganti diri aku dalam cerita ini adalah ...