Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerpen

Nobody Ever Cared

              A woman sat forlornly in the train. Nobody sat on her right seat. Neither the left. She took up one and a half seat. Nobody was looking at her anyway. Nobody cared.             She looked like she shed tears before she hopped on the train. Her chubby face turned red. Her eye bags swelled. But nobody saw it. Nobody cared.             She took out her hand phone. She was seen reading a text. Then, she cried again. Her tears dropped on the floor of the train as she covered her face with her hands. The coach she boarded was half full. No one noticed her crying. Nobody cared.             She calmed herself down. She was able to put herself together. The woman looked out of the window. Her mind was running wild. She thought that she could not face it anymore. She had had enough. She was tired of people ignoring her. She was frustrated of people despising her. She hated that no one ever showed concern. Nobody cared.             The train stopped at the fifth station,

(Kispen) Of Megi Goreng And Political Love

Imej
It was silent. Well, the mamak was noisy, as always; but the two of us were silent. It is the aftermath, the day after the election. After staying up late counting votes and waking up even later than usual, this is all they could muster-a silent lunch date in a mamak halfway from both homes. A compromise of sort. “Mau apa cik?” Asked the waitress. “Megi goreng.” Said he. Damn, I wanted that first! “Megi goreng too.” I mimicked. The waitress smiled and repeated the order. “Megi goreng dua. Ok.” And between the long silence of waiting for the food, we started talking. “So they won.” He said. “But lose some hot seats.” I repeated. “How’s your place?” He asked. “The YB I voted won. How’s yours?” “Lost. But, heh...I guess I'm alright." Silent again. The month started normally. Until the election date was announced that is. And slowly, little by little, our talks of movies and dates and future plans began to drown under the jargon of political science. As the days

Kata Satu.

Laman taman pagi itu terisi dengan ramai umat melakukan aktiviti bercucuk tanam. Dengarnya seperti ramai, tetapi yang hadir pada pagi itu hanya lima orang. Yang lain-lain, entah ke mana-mana. Masih membuta, melakukan aktiviti lain seperti membaca, beribadah dan memasak sarapan. Di laman taman itu, seorang gadis awal dewasa mengesat air matanya yang mengalir deras tidak berhenti. Aktiviti menggembur tanah dan mencarik-keluar rumput di sebuah pasu bunga tertanamnya pohon Cili terbantut. Kura tangannya lebih sibuk mengesat air mata berjatuhan di pipi dari menggembur tanah. Seorang wanita empat puluhan umurnya datang mendekati gadis yang menangis tadi. Wanita itu menepuk-nepuk bahu gadis yang lebih muda darinya sebaik meletakkan serampang tangan di dalam pasu bunga pohon Cili.             “Yang sudah tu sudahlah, jangan dibawa kenangan yang lama,” tegur Cik Da. Nama mesra, nama panggilan wanita itu di situ. Nama asalnya Hasmidar, tetapi lebih selesa dipanggil Cik Da. Langsung seperti u

The Checkmate (preview)

Imej
Source Naja memegang kotak berbunga itu. Erat. Pondok bas itu menjadi saksi penungguan selama tiga puluh minit dan setengah. Siapa lagi yang ditunggu kalau bukan dia. Akhirnya tiba susuk tubuh yang didambakan jiwa halus si Naja. Semakin lama semakin jelas kelihatan. Berbaju hitam, bersepatu sama rona. “Maaf, lama menunggu?” tanya si empunya badan. Lelaki, umurnya tidak lebih tidak kurang Naja. “Jadi. Seperti dijanjikan, kita main catur.” Kata Naja. Bidak dan tir catur dikeluarkan daripada kotak berbunga tadi. Kristal putih dan hitam buatan Tanah Besar. Khaider dan Naja serentak menyusunnya di atas papan. Serentak, tanpa suara; Naja menjadi tir putih manakala Khaider, hitam. Catur. Permainan penuh tipu daya dan samaran niat. Di mana pemain diumpan dengan ketamakan memakan tir musuh, yang acap kali terbayar dengan kehilangan tir sendiri. Peluang untuk melangkah satu petak ke hadapan disamarkan dengan ikatan perangkap bidak barisan hadapan. ----------------------------

Entri gaya brader-brader.

Sejuk-sejuk malam ni, dengan demam panas dan tisu tepi kompite ni sedak gak kalau gua pi pekena teh O panas segelas. Sebenarnya gua mengidam jagung panas corn in the cup jugak, tapi apakan daya untuk memecah hegemoni mamak kapitalis gua gagahkan juga duduk rumah. Dalam mengidam makanan persis mak buyung ada jugak gua teringatkan kisah dijaman gua praktikal dulu. Gua praktikal bukan calang-calang, kat kilang kat Melakau wa cakap lu. Duduk pulak kat Paya Datok sebab nak jimat uang. Tapi syoknya duduk Alor Gajah ni, rumah teres dia sedak luas macam rumah teres 200k kat KL, tapi bayar tak sampai RM 200 sebulan. Dengan suasana segar dan panas macamtu, tak hairanlah kalau gua sihat dan kuat mengalahkan Boyan Hodak. Eh gua main petik je nama tu. Apa-apapun nak dijadikan cerita satu malam ni gua dengar bising dekat rumah sebelah. Gua jenguklah luar tingkap, ada satu gerai kecik depan rumah jiran gua si Pak Leman tu. Sebenarnya gua tak ingat pun apa nama pakcik tu tapi gua memang panggil dia

Sarka Valentino

Salma mengerling jamnya. Sudah lapan pagi. Ah, hari selasa. Tak ada kelas. Dia berguling kembali memeluk bolster . Cuba melelapkan mata. Tidak berjaya, lalu bangun dan bergerak ke ruang tamu. Dibukanya sepeket roti yang tertinggal di atas kusyen semalam, sambil TV dibuka menggunakan remote control nya. Beberapa iklan dimainkan, berselang seli. “Raikan Hari Kekasih ini dengan himpunan filem-filem hebat khas untuk anda; sepuluh pagi—filem P.S.I Love You, dua belas tengah hari, filem Five Hundred Days of Summer, sembilan malam filem Sweet....” Salma menutup kembali TV itu, kali ini hanya dengan kaki yang dilunjurkan ke butang Off di TV. Dia pandang ke atas, tarik nafas panjang dan berjalan longlai ke pintu rumah. Oh, ada surat khabar Harian Meat Roll. Tarikh hari ini. “Aku beli tu, jangan nak memandai buat harta,” kata satu suara dari dapur. Farha rupanya. Sedang memasak telur scramble untuk dimakan bersama roti agaknya. Salma senyum. Boleh minta sikit, lapar ni. “Farha, nak sikit..

The one that got away.

“As, betul ke ni tempatnya?” “Ya, sinilah.” “Tu la, dah ingat-ingat lupalah As. Dah lama tak ke sini.” As menunjukkan ke pintu masuk. Kelihatan beberapa orang lelaki remaja keluar seragam. Aku mula kaget apabila ada yang menjeling kami.“Kak! Tu peluang tu! Pagar terbuka luas!” katanya tiba-tiba. “Takpe ke macamni?” “Takpe kak! Masuk, masuk!” Kami meluru pantas. Selaju mungkin. Aku seperti menutup mata tanpa menghiraukan pandangan budak-budak lain—laju selaju lajunya! Akhirnya kami berhenti di suatu kawasan tempat letak kereta. Sunyi.  Aku mengangkat muka, memandang sekeliling. Ada bangunan empat tingkat, ada surau. Ada padang kecil. Aku memandang ke muka As. As pula pandang aku. “As, kakak tak sangka....kita dah masuk asrama lelaki.” >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>&g