Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gua takde makwe lagi ni woi

Nak jumpa mak saya?

Sepanjang gua berkasih sayang atau melalui sesi percintaan, gua tidak begitu cepat memperkenalkan makwe gua pada keluarga. Motifnya, tidak mahu memberikan harapan dan tidak mahu juga menyimpan harapan. Dalam hati gua tanamkan, andai kata hubungan itu benar benar serius seperti lagi dua tiga minggu nak pergi beli cincin tunang barulah gua kenalkan makwe gua pada mak. Gua risau kalau hari ini gua kenalkan pada keluarga tetiba esok putus cinta apa gua nak jawab pada mak. Nak jawab "takde jodoh" mungkin logik kalau sekali dua tapi kalau berulang kali gua kasi alasan yang sama dah tentu mak akan ingat gua mempermainkan jodoh. Raya tahun lepas gua bawak seorang kenalan berjumpa dengan mak. Tujuannya ialah kerana makwe itu ingin datang beraya. Makwe yang juga seorang doktor ini telah lama gua berkawan dengannya. Namun orang tua kadang kadang mudah menyimpan harapan, gua tak salahkan sesiapa. Hati mak manalah yang tak teringin bermenantukan seorang doktor berwajah manis, ber...

Janda/Duda

Pernah bercinta dengan janda atau duda? Tak pernah? Amboi, tak fun nyaaa.. Kali ni gua cuma nak cakap pasal anggapan kita tentang golongan janda/duda ni. Kebanyakkan dari kita kompem akan lagi banyak pikir negatif dari positif pasal diaorang. Macamlah diaorang tu semua spesies hantu. Gua merasakan orang yang selalu berfikiran buruk pasal golongan janda/duda ni adalah orang yang sampai mati pun akan lihat sesuatu benda tu dari sisi hitam, jelik, hodoh, buruk, berdosa, jahat. Cuba pikir secara logik, ada tak orang yang mempunyai impian untuk menjadi duda atau janda? Mesti takde kan, kalau ada jugak gua tak tahu nak cakap apa. Kamon, siapalah yang nak jadi janda/duda ye dak? Lagipun apa bezanya janda/duda dengan kita yang single atau tak kahwin lagi ni? Kalau putus percintaan itu ditakrifkan janda/duda maka kita semua yang pernah putus cinta ni juga tergolong dalam kategori janda/duda. Yang bezanya cuma mereka putus cinta selepas perkahwinan, kita pula putus cinta sebelum per...

Cinta The Flash

Lu orang tahu pasal The Flash tak? Alaa, superhero yang pakai kostum merah yang lari kemain laju tapi tak pernah kena speed trap tu? Kalau tak tahu, mungkin lu orang tergolong orang yang takde tivi kat rumah atau golongan yang sibuk sembang MLM kat kedai mamak. Tahu tak ada orang yang jatuh cinta serupa The Flash ni? Apa orang kabor, cinta kilat? Kemain laju lagi dia jatuh cinta, kemain pantas lagi dia tangkap perasaan, kemain lincah lagi dia dah menyimpan harapan. Amboi, pesen tak menyempat nak jatuh cinta. Kebanyakan orang pesen camni baru kenal sebulan dua seseorang tu dah jatuh cinta. Pesen mudah mengikut drama tivi. Dalam drama tivi tu memang la tak sampai 15 minit dia dah jatuh cinta, kot nak samakan dengan waktu sebenar, berapa tahun pulak dia punya drama. Tu tak masuk lagi dengan iklan serupa cilake lagi ye dak? Gua kasi contoh sikit, ada sorang makwe ni baru kenal sorang lelaki. Lelaki ni budak sekelas kawan dia. Baru melepak sekali dua dah jatuh cinta. Tak salah nak jatuh ...