Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Romantik taik kucing

SUAMIKU NOBURU WATAYA oleh NURUDDEAN

Cerpen ini dipetik dari buku Antologi Suamiku. Untuk pembelian buku ini, sila klik link ke webshop kami ->  https://terfaktab.com/product/suamiku/ Mungkin aku patut namakannya Noboru Wataya. Ianya nama watak kucing yang hilang dalam buku Murakami. Aku mulanya bercadang untuk menamakannya Otsuka atau Kawamura tapi Noboru Wataya agak sesuai memandangkan nama suamiku bermula huruf N. Lagipun, memandangkan suamiku acap kali hilang di waktu siang, mungkin nama itu cocok dengannya. Atau aku patut namakannya Baron Humbert von Gikkigen. Miniatur kucing yang dihidupkan dari animasi Mimi o Sumaseba ke dalam Neko no Ongaeshi. Dia kacak, pakai sut dan topi. Tapi Baron adalah karakter antromorfis dan aku fikir ia tidak sesuai memandangkan suamiku tidak berdiri atau berjalan seperti manusia. Dia berjalan seperti kucing-kucing lainnya. Lagipun aku suka Noboru. Ia mudah disebut dan sedap didengar bukan? Ini bukanlah metafora, jika kau bersangka begitu. Suamiku betul-betul seekor kucing....

Biografi Ringkas : Terfaktab

Imej
Baiklah. Hari yang indah dan ceria di sulami sinaran matahari yang memancar di permukaan merah Marikh. Berterbangan debu-debu pekat berkandungan karbon dioksida. Tipis dan tajam, tidak sesuai untuk berkehidupan melainkan jika ada penanaman pokok secara konvesional. Aku sekarang berada di Marikh sedang tari-menari dengan ilusi yang aku cipta, mungkin selepas ini aku ingin bermandi-manda di gelungan Zuhal sambil menyalutkan diri dengan wap hidrogen. Panas bak sauna. Eh, lupa pula dengan motif penulisan kali ini. Tanpa membuang masa, aku ingin menceritakan satu jawapan yang selalu orang persoalkan mengenai sebuah blog yang menjadi tempat alternatif aku mencurahkan penulisan iaitu Terfaktab. Oh, sebelum itu. Biarlah aku berterus-terang bahawa untuk masa kini dan sehingga kini, terdapat tiga blog/web yang menjadi medan aku mencurahkan penulisan. Pertama, semestinya LensaRosak . Kedua, Terfaktab. Ketiga, sebuah blog deep aku mengenai hal-ehwal keagamaan dan kebencian aku pada politik koto...

Valentine? Apa barang. Baik Maulidur Rasul.

Imej
Assalamualaikum semua. Hait. Kalau sebut hari Valentine, semua tahu bila. 14 Febuari setiap tahun. Tak tengok calendar pun takpe sebab setiap kali berjalan-jalan dekat mall atau tengok iklan di TV, tiba-tiba semua benda jadi jiwang dan banyak love-love. Panggung wayang pun dah takde cerita hantu-hantu atau ganas-ganas. Semua komedi dengan cerita jiwang-jiwang. Akan menggembirakan semua kaum perempuan tetapi menyakitkan hati kaum lelaki sebab kalau tengok movie yang ada time-time ni tak pasal-pasal kena cop gay. Tiba-tiba tersedar tahun ini Valentine bertindih dengan Maulidur Rasul. Ye la, bertindih, sebab ikut kalendar islam, hari baru bermula pada maghrib. Jadi 12 Rabiul Awal adalah pada (malam) 14 Febuari! Jadi pada malam Valentine-eh, malam Maulud Nabi. Mana satu anda nak celebrate. Eh, Valentine? Ok, kalau bukan Islam tak kisahlah.  Bagi yang islam, mengapa? “ Sebab Saint Valentine tu tokoh cinta. Jadi kami ni tengah meraikan cinta. Eh, sebok la kau. Kitorg nak gi Gen...

14th Febuary is Single Appreciation Day.

Imej
Nukilan Khas Kepada Bro yang Celebrate Valentine Mula-mula dulu, punyalah benci Valentine. Kata Dosalah, Maksiatlah, Kapitalisme lah, bazir duitlah Tapi bila dia ada GF/BF dia pulak yang lebih-lebih. Sudahnya kami yang single ni seolah-olah menolak hukum alam dengan terus kekal sendiri. Lepas tu mulalah buat macam-macam teori kenapa kami single. Sebab kami tak friendly sgt lah, gemuk sgt lah, kurus sgt lah, lazer sgt lah, troller sgt lah... Hakikatnya bukan kami tak nak Tapi jodoh kami bukan hari ini. Dan jodoh anda hari ini, belum tentu sampai esok kan? #sarcasm oh ya, selamat datang ke Single Appreciation Day, aka Minggu Anti Valentine. We singles stay cool!

Buat Bodoh?

Imej
Pernahkah kamu sebagai seorang perempuan mengalami masalah sebegini dengan teman lelaki? Begini ceritanya. Ada suatu situation di mana kamu memerlukan pertolongan dan perhatian dari teman lelaki kamu. Contohnya, kamu mahu teman lelaki kamu membelikan sesuatu yang penting seperti tuala wanita ke, alat tulis ke, dan  t-shirt This Is Good yang cun supaya boleh melaram depan member ke.. Dan macam biasa naluri normal kebanyakkan perempuan, kamu akan menunjukkan reaksi malu tapi mahu. Kamu mahu yang tersayang kamu itu membantu kamu, namun kamu bercakap dengan nada berkias trend wanita terkini. Nadanya seperti mahu menjual mahal sedikit dengan konon-nya tak mahu menyusahkan teman lelaki, namun sebenarnya ' dalam hati ', memerlukan sangat. Ia seperti berbunyi begini ; " Abang, ayang nak beli baju This Is Good tu. Adik ayang pesan. Penting. Sayang takpayah lah tolong belikan, nanti ayang pergi beli sendiri ." Kemudian, teman lelaki kamu berkata ; " Oh ok, hati-hat...

Pertama Kali, Kononnya lah!

Imej
Pertama kali. Bila bicara tentang pertama kali, hati kita, atau yang lebih tepat, otak kita kan terus mencari celah-celah lalang dan menjumpai satu nombor yang agak senang di tulis; satu. Mungkin seribu satu kisah mampu kita tulis di dinding sepanjang Sungai Klang atau Sungai Gombak mengenai pertama kali. Imbas kembali zaman kanak-kanak, pertama kali sebut mak, pertama kali berdiri tanpa di pegang, pertama kali menunggang basikal, pertama kali memegang bunga api sendiri di malam raya, pertama kali masuk ke sekolah, pertama kali, pertama kali dan pertama kali. Tak habis. List itu akan terus-menerus. Gua pun macam lu’olls semua. Banyak kisah pertama kali gua. Tapi bukan tu yang gua nak share dengan lu’olls. Apa lu’olls ingat entri yang gua nak tulis ni macam diari gua ke nak kasi lu baca? No wei kata mat saleh. Gua cuma nak salami aktiviti pertama kali antara sang lelaki dan sang perempuan. Macam-macam boleh kita cerita pasal benda ni. Sangat subjektif. Ada yang baik. Ada yang buruk. Kal...

How To Love Somebody : Part - Uno

Imej
Kucing gwa pernah bersabda "cintailah aku seadanya, sebab aku cuma kucing biasa..." Makan dalam. Gwa pernah maki2 kucing gwa bila bila gwa bosan. Sebab gwa tau dia takkan paham dan takkan pernah nak paham. Sebab dia tak reti guna internet. Google pon tak tau apebende. Sebab tu gwa maki je laju laju, apedehal? Tiba2 dia cakap bahasa manusia, barang sebaris dua ayat kat atas. Terus gwa pergi depan laptop, gegel tu ade la sikit sikit, tapi nak takut ape, kucing bercakap, bukan laptop gwa yang bercakap. Gwa pon save buat draft pasal ape yang kucing gwa utarakan sebentar tadi. Bertahun jugaklah draft ni gwa kepam, sampai la ni baru gwa update balik, touch up sane sini, bagi ade umph sikit lu orang nak membaca. Kang mencarut sangat tak sedap pulak gwa nak publish dalam ni. Yela, jadik co author blog ni bukan dapat dua ribu setengah setiap bulan, cukup bulan dapat kepuasan jela, tang puas2 gwa cerita esok malam, kang kelaot pulak cerita harini. Gwa takde definition cinta. T...

Benda-benda Yang Couple Perlu Ada.

Imej
Nampak macam geli-mat. Ye, tapi sweet and steady. Kata nak berkasih sayang. Ada makwe, ada pakwe tapi jijik nak jiwang, baik tak payah bercinta. Tu, pergi bercinta dengan beruk. Gasak kau lah. 1. Tshirt couple edition dan baju yang sama. Cuba korang bayangkan bila korang berdua pakai baju Levi's couple tu. Pergh, mesti mata-mata orang lain pandang-memandang. Ye, memang ada pandangan kata " Hek eleh, macam beria sangat nak bercinta ". Eleh, tu ayat-ayat orang jeles sebenarnya. Tapi, korang kena ingat, ada juga mata-mata memandang merasakan " Oh sweetnye couple ni pakai baju sama, baju couple. sehati sejiwa. " Saat korang berdua berjalan seiringan berpegangan tangan dengan gah baju yang sama atau baju couple tu, sekurang-kurangnya korang ada keyakinan dalam bercinta. Ada rasa percaya antara satu sama lain yang dapat memupuk lagi perhubungan korang ke peringkat lebih tinggi. Feewiitt! Beli saja baju yang sama dan rare seperti baju Welcome To Terengganu atau kala...

First Crush

Hello. Aku Husky n Pusky. 23 tahun, bujang, ada stretch mark di perut, tidak makan ikan, dan gemar mencium kuku kaki(guilty pleasure). Menulis Sejak April 2008 (kurang aktif sejak disember 2009), pernah memenangi Peraduan Blog "Happy Moment" anjuran Happy Prepaid, dan pernah menangis baca entri sendiri. Awesome. Waklu. Aku dah lama tak menulis. Jadi aku nak mulakan karier aku di Terfaktab dengan bacaan ringan tanpa fakta, tak macam penulis- penulis lain. Aku nak bercerita tentang "First Crush" aku. Kalau tak sedap jangan bagi aku "Fist Crush". Aku tak reti bertumbuk. Aku percaya "First Crush" adalah satu benda yang indah, seperti Pony yang berak pelangi. Tak kiralah kita melaluinya pada fasa cinta monyet mahupun fasa after puberty. Kerana itu adalah saat pertama kita merasa cinta terhadap seseorang selain mak, bapak, akak, abang, adik dan saudara- mara. **** Tajuk Karangan: Cinta Tahi Saya. * Kata ganti diri aku dalam cerita ini adalah ...

Bila Cinta Mati Di Tengah Jalan

Imej
Aku bukanlah lelaki yang perfect . Harta tak banyak, bahasa pun kasar, perangai pun kadangkala betul, kadangkala tidak. Cuma aku ada satu saja perkara yang aku rasa setiap orang berkongsi benda yang sama. PERASAAN . Aku kenal dengan Syafiqah Najwa dah lama. Sejak aku dari kolej, waktu tu hari sukan, aku gatal nak tekel dia. Nama manja dia Jua. Dari nama Najwa. Sweet jugak lah namanya macam orang nya. Manis, kulit cerah, tinggi dalam 5kaki 3inci. Bila dia senyum, ada gigi berlapis kat gigi taring dia. Bila dia membuka bicara, seperti comelnya Lenka dalam video clip Wet Dream. Memang aku tak dapat lupa, gila bayang pernah kejap. Member aku sampai membahan aku sebab aku nyanyi lagu Najwa Jane, kononya nak macam Sofea Jane nyanyian Black mentor la. Haha, bila kenang balik. Malu sendiri pun ada. " Awak datang lah nanti eh, saya tunggu awak kat dataran tau " Itulah ungkapan yang aku boleh cakap agak menerima dan manja dari dia pertama kali kepada aku. Kalau tak, memang dia ...

Siri Surat Cinta Pilihan : Surat Untuk Memujuk Gadis

Imej
9.33 malam. 6 Mei 2005 Dome KLCC. Demam. Bismillahirrahmannirahim. Buat yang tersayang Hanis Suraya Sulaiman. I'm really sorry for what happpened yesterday. Maafkan Hafiz juga kalau surat ini menganggu konsentrasi Hanis di saat ini. Bukan bermaksud Hafiz nak lukakan hati Hanis. Tak tedetik pun hati Hafiz nak buat macam tu kat Hanis. Hafiz sayang Hanis, takkanlah nak buat Hanis terluka. Mungkin ini semua salah faham antara kita. Kalau Hanis rasa memang Hafiz ada hubungan istimewa dengan Liyana, Hafiz nak bagitau itu semua fitnah dan prasangka. Tak pernah Hafiz ada hubungan istimewa dengan dia. Liyana cuma kawan sekerja Hafiz dan tak lebih dari itu. Ya, Hafiz akui dalam minggu lepas Hafiz ada makan bersama dengan Liyana, tapi bukan makan berdua, kawan sekerja Hafiz, iaitu Farid pun ada sekali dan kami hanya berbincang pasal hal ehwal kerja serta borak-borak kosong saja. Maafkanlah Hafiz, sayang. Semalam memang Hafiz tak dapat kawal perasaan sangat, tertekan dengan kerja...