Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nasihat-menasihat amalan kita

Hal-Hal Yang Mungkin Perlu Kamu Tahu Mengenai Perkahwinan

Imej
Ada beberapa pembaca yang mahukan aku menulis kembali siri-siri Tafsiran Jantan . Aku ucapkan terima kasih atas perhatian kamu atas penulisan aku. Buat masa ini, itu saja tafsiran mengenai perempuan yang aku mampu nukilankan. Jika ada kesempatan masa dan analitik yang sempurna, akan aku tuliskan. Mungkin. Secara mudahnya, aku kini lebih suka menulis mengenai hal perkahwinan. Walaupun aku belum berkahwin, aku rasa aku cukup minat menulis mengenai hal perkahwinan. Ini kerana, di waktu bujang inilah merupakan masa yang tepat untuk menulis topik sebegitu. Jika aku sudah berkahwin, aku akan ada tanggungjawab dan larangan untuk menulis mengenai hal perkahwinan kerana di takuti membuka rahsia perkahwinan aku kelak. Seperti hal kehebatan aku di ranjang misalnya. Itu perkara rahsia bukan? Lagipun, memang di dalam pemikiran aku kini boleh dikatakan 30% mengenai perkahwinan, 30% mencari rezeki dan 30% mengenai kekayaan dan kuasa. 10% pula aku simpan untuk diri aku sendiri. Ini normal. Usah kamu

pergi tak balik-balik lagi

Imej
kau suruh aku pergi.. dan aku benar-benar pergi.. selamat tinggal, jaga diri.. ihsan google [ link ] kadang-kadang aku tak faham dengan manusia yang bernama lelaki. lelaki selalu tuding jari kepada perempuan, sebab perempuan sering meletakkan emosi di hadapan apabila berhadapan dengan kemelut masalah yang menjerut-jerut. tapi sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kalau dalam hati kita tidak semaikan benih sabar, macam itu lah jadinya. sekejap.. isu ini meluas. tidak semestinya terhad kepada hubungan kekasih-kekasih, malah boleh juga terpakai dalam hubungan kawan-kawan. yang terjadi, bila salah faham timbul, salah satu pihak mahu pergi. salah satu pihak menjauh. salah satu pihak berdiam. salah satu pihak akan suruh pihak yang lagi satu itu pergi dari hidupnya. tinggalkan dia. pehhhh !! emosi tak agak-agak. macam budak-budak baru mumayiz tahu? bila seorang naik minyak, seorang lagi pulak membara-bara macam api sikit pun tak mahu semai sifat sabar dalam d

Baca ni bila mak dan ayah tak ada kat rumah (part 2)

Imej
Hai semua. Sekarang kita kembali ke bahagian dua English Sex Edukesyen dalam Terfaktab. Kenapa ada dua bahagian? Well, satunya sebab saya suka taip panjang-panjang; kedua sebab saya memang rajin menasihat. Kalau orang tanya pasal cinta, pantas saja saya memberikan balasan. Kadangkala tanpa diminta pun saya menyelit sekali member nasihat (kemudian kena marah kawkawkaw sampai nangis-nangis. Hahaha!) OK, jom sambung part Q&A 2.(Siapa yag belum baca part 1, sila lihat Post sebelumnya ) So now pakwe I nak ajak ringan-ringan. Camne? Ada beberapa sebab kenapa seseorang itu minta untuk ringan-ringan. Satu sebab mungkin belum bersedia main betul-betul lagi. Atau dia dah memang tak tahan tetapi tak mahu pula si gadisnya termengandung (ni kes banyak sangat tengok video tu ke?). Betul, bahawa kelau buat ringan-ringan memang kuranglah risiko mengandung . Tapi agak-agak ada ke risiko STD? Ya! STD masih lagi boleh tersebar. Kenapa? Sebab STD ini dibawa oleh mikroorganisma. Microbiology rule

Adinda Evans

Imej
Aku yakin kamu semua sudah tahu mengenai hal ini. Hal AdindaEvans. Cantik nama gelaran yang di beri. Ala-ala Juliana Evans, gadis muka mat-salleh yang di gilai ramai. Tetapi, mengapa mesti Evans ya? Kerana Juliana terlalu bersosial? Haha, mungkin lah. Itu kamu kena tanya Sam Bunkface. Jangan tanya aku. Kerana aku dan Juliana hanya kawan biasa saja. Tak lebih, tak kurang. Cuma aku boleh katakan Juliana baik orangnya. Sama seperti Tizz Zaqyah. Peramah dan murah hati. Terima kasih ya Tizz? Tapi, Adinda Evans. Aku belum kenal lagi. Kecewa dan sedikit terkilan. Andaikata lah aku mempunyai kuasa untuk mengenali semua orang kan bagus? Boleh aku mengambil tahu hal-ehwal orang lain dan memandang berat terhadap masalah yang mereka alami. Berkongsi kegembiraan? Itu pasti. Apatah lagi kalau perkara-perkara yang sedap. Buas. Opss, aku bukan hendak menjadi stalker atau menjaga tepi kain orang ya? Sudah aku beritahu tadi bahawa aku hanya mahu mengambil berat itu sahaja. Walaubagaimanapun, aku tid

Realiti Cinta : Seks Bebas, Pendedahan Dalam Masyarakat

Imej
Aku yakin sebenarnya ramai di antara pembaca-pembaca Terfaktab kurang melibatkan diri dengan kancah percintaan yang terlalu membahayakan. Kerana, pada pendapat aku, mereka-mereka yang melayari Terfaktab selalunya mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang agak baik dalam kehidupan. Aku yakin. Paling tidak pun masalah yang kerap di lalui ialah kurang keyakinan terhadap pasangan. Dan, buat masa ini, polisi kami di Terfaktab adalah untuk membantu pembaca-pembaca membuat pilihan dan memberi ruang memilih pilihan. Tapi, hakikatnya kita kurang di beri pendedahan dengan percintaan yang sebenar-benar realiti, yang terjadi kepada golongan-golongan mempunyai kurang kesedaran atau tiada langsung kesedaran dalam percintaan. Jadi, hari ini aku mahu nukilankan pandangan aku dalam hal ini. Ini bukan sebab aku terlalu banyak membaca Harian Metro, Bacaria mahupun Mastika. Tidak tidak. Ini memang realiti yang aku nampak bila aku ' pandang ke bawah ' dengan lebih mendalam. Suraya (bukan nama sebe

Dari Pejabat Terfaktab 3 : DiGi WWWOW Contest

Imej
Cinta merupakan suatu kapasiti. Apa yang menyebabkan kita bercinta, adalah kerana kita tahu kualiti cinta itu sempurna, seperti yang kita idam-idamkan. Seperti yang kita bayangkan. Cinta itu memadamkan prejudis, cinta itu memaafkan, cinta itu memberi ketenangan seperti ketenangan di pagi syawal, dan cinta itu mengekalkan kewarasan kita bila kita gundah-gulana. Kadang-kala cinta itu mencederakan dan juga mengubati. Malah mencegah. Sudah banyak tangisan yang di dengari kerana cinta. Sudah banyak suara keriangan yang di dengari kerana cinta. Kerana cinta itu memenuhi dan mengurangkan. Ia tidak mengira warna, rupa, kulit, bangsa, agama dan masa depan. Cinta hanya melihat manusia. Cinta bukanlah Tuhan, tetapi ia merupakan kuasa istimewa yang Tuhan berikan kepada manusia. Cinta tak memerlukan pembalasan, apatah lagi penghargaan. Ia hanya memerlukan pengorbanan dan semuanya di berikan secara percuma. Di suatu saat nanti, kita akan lihat kuasa cinta itu mengubah sesuatu. Bukanlah mengubah d

Kau Anak Tunggal? Untunglah

Imej
Minggu Familyhood telah di tamatkan secara rasminya 15 April lepas. Pihak Terfaktab mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penulis dan pembaca yang sudi menjayakan minggu istimewa tersebut. Semoga kita semua mendapat input yang berguna dari minggu tersebut. Sebelum melabuhkan tirai, berikut ialah penulisan dari seorang pengirim bernama Atiqah yang mengirimkan penulisan beliau di e-mail Terfaktab. Selamat membaca dan terima kasih! " Kau anak tunggal, mesti kau selalu dapat apa yang kau nak ". Dari kecil sampai sekarang ni, bila orang dapat tahu yang aku ni anak tunggal, mesti diaorang cakap pasal benda ni. 22 tahun bernafas kat muka bumi ni, aku ada 2 identiti. Hidup sebagai seorang anak tunggal, dan juga hidup sebagai seorang anak yang ketiga dari 4 orang adik beradik. Zaman kanak kanak aku mewah. Mewah dengan kasih sayang dari ibu dan ayah, juga dari sepupu sepupu aku. Jarak umur di antara kami agak rapat, mungkin sebab itu aku lebih menganggap mereka sebagai kakak

Aku dan Konsep Kekeluargaan.

Imej
Biarlah aku berterus-terang bahawa yang aku merupakan anak tunggal. Ya, anak seorang. Anak tunggul. Yang itulah madu, yang itulah racun. Yang itulah sulung, yang itulah bongsu. Itu juga di panggil abang, itu juga yang di panggil adik.  Jadi, aku tidak dapat apa-apa pengalaman mengenai konsep adik-beradik. Tiada pergaduhan merebut kereta Hot Wheels mahupun set permainan doktor dan US Army. Apatah lagi pedang light-saber. Hanya aku seorang saja yang hak milik. Tiada perlawanan olok-olok dengan angah mahupun kak cik.  Mengenai duit saku? Tiada juga. Maksud aku, tiada perlu di-pow oleh abang sulung kalian yang marah-marah tiada duit hendak membeli rokok Winston batang contohnya. Yang aku ada hanya kawan-kawan karib. Kawan-kawan satu pasukan bola. Kawan-kawan pergi mandi di lombong. Mahupun kawan-kawan bermain Dash Yankuro. Juga tak lupa kawan-kawan jalanan. Kalau aku jumpa Nami sewaktu kecil, aku yakin mungkin aku akan berkawan dengan dia dan belanja dia bermain Daytona di amusement cen

I Love You

Sehari ada 24 jam Setia 1 jam ada 60 minit Aku lorekkan 1 per 24 jam setiap hari untuk kau gunakan setiap hari hanya untuk text, skype, chat and whatever medium available to communicate with your so called lovey dovey bf/gf and all. Dalam masa 60 minit perbualan, text and all, i bet u received multiple counts of  i miss you  and  i love you  sentence from your lover. Segala rasa sayang, gersang, ditaburkan. Rasa sensasi yang menusuk kalbu bila dapat tuturkan kata2 so called 'sacred' dekat orang yang tersayang. All the depressed things and all joy n happiness being shared. Aku paham. Memang teruja perasaaaaan tu. Macam makan steak. Lamb chop barang sepam dua. Bila zarah2 steak tu masuk dalam mulut and bercampur saliva dari mulut lalu dikunyah kunyah jadik kecil untuk dimuatkan ddekat kerongkong yang besarnya ditentukan makanan yang masuk. Sedap, enak, sumptuous, u name it.  Don't stray. Aku cuma nak menggambarkan betapa enaknya dapat melafazkan kata2 kat atas. Lagi2 bila

Implikasi Mudah Mengenai Fesyen Terhadap Perempuan Dari Kaca Mata Lelaki

Imej
Perempuan yang memakai seluar jeans memang mengasyikkan. Bentuk pinggang dan punggung mereka akan menceritakan segalanya. Ya, mungkin menjadi point untuk sekumpulan lelaki bercerita apabila ternampak gadis hot yang baru saja lalu di depan mata dengan memakai skinny jeans dengan sexy-heel . Apakah klasiknya antara jeans dengan perempuan? 1. Heel yang seksi hanya elok di padankan dengan skinny jeans . Legging ? Kurang sesuai. Mini-skirt ? Awesome! Memakai heel dengan seluar jeans yang jenis bell-bottom (ukuran bukaan kaki yang besar) akan menjadikan heel yang seksi menjadi penyapu sampah. Straight jeans pun sebenarnya agak kurang sesuai dipadankan dengan heel. Dan jangan lupa juga untuk TIDAK memakai heel dengan seluar track-suit ketat. It's lunatic . 2. Memakai jeans yang ketat seperti skinny jeans or straight ladies jeans memerlukan wanita membawa beg tangan. Perempuan tidak di sepatutnya membawa dompet walaupun dompet nya berjenama Guess sekalipun.  Dompet, bila di m

Malam Ini..

Imej
Sukahati kau orang nak tutup lampu ke tak . Tapi yang paling penting.. Jangan lupa kunci pintu . Nanti kena rogol, samun, pukau baru tau . Sekarang ni macam- macam kes ada beb! *Gambar diambil dari blog lama aku.

Kek Hari Jadi

Imej
Suasana sunyi itu mula terisi di dalam kereta yang sejuk dek penghawa dingin. Hati yang sejuk sukar di tembusi sebenarnya. " Sayang, kek hari jadi itu penting untuk semua orang " Aku mula diam membisu. Kelu memikirkan dan sesekali menjengah ke luar tingkap sambil mata fokus pada pemanduan. " Biarlah tanpa hadiah yang mahal, namun kek hari jadi itu tanda kita ingat pada orang yang kita sayang " Terus membatu, itulah yang aku lakukan. Jika bersuara, mula berperang. Tak bersuara, aku tak dapat memberi pendapat. Kesudahannya, aku statik dalam memilih sama ada hendak membuka mulut ataupun tidak. " Kemanisan pada kek hari jadi itu ialah bukti mengingatkan kemanisan antara kita berdua sayang. Tanpa kek hari jadi, apa lagi kenangan manis yang boleh kita kenangkan? " Oh celaka, air mata dia mula mengalir. Tambah dengan ayat yang menusuk, buat aku bertambah senyap, speechless . " Cibai lah, apasal aku lupa nak belikan kek untuk dia? ", monolog gua d

Perempuan Perhiasan Dunia.

Imej
" Aku jemu Aqram, jemu dah dengan lelaki " " Eh, kau kenapa Siti? Apa yang kau jemunya ? " " Aku bosan lah, kalau mesej, selalu tanya benda yang sama. Hari-hari nak mesej. Aku jemu. Aku kalau boleh mesej-mesej ni biarlah 3-4 hari sekali. Rasa nak cari boyfriend lain lah " " Ishh kau ni, jemu tu bukan masalah besar pun. Kau tu je takde aktiviti yang nak di buat bersama dengan boyfriend kau . " " Masalahnya Aqram, kitaorang jauh. Dia kat KL, aku kat Penang. Nak aktiviti apanya " " Lahh, dah tau tak boleh handle cinta jarak jauh, yang kau pergi layan buat apa? Kau dah declare ke couple dengan dia? " " Tak. Belum lagi " " Ceh, tu bukan boyfriend cik Siti. Tu teman mesra " ...................................................... D ilema . Masalah yang sering berlaku pada setiap perempuan lagi-lagi kalau bab bercinta. Kerana sifat malu yang ada pada perempuan, maka ramai perempuan sering patah hati bila lel

Valentine? Apa barang. Baik Maulidur Rasul.

Imej
Assalamualaikum semua. Hait. Kalau sebut hari Valentine, semua tahu bila. 14 Febuari setiap tahun. Tak tengok calendar pun takpe sebab setiap kali berjalan-jalan dekat mall atau tengok iklan di TV, tiba-tiba semua benda jadi jiwang dan banyak love-love. Panggung wayang pun dah takde cerita hantu-hantu atau ganas-ganas. Semua komedi dengan cerita jiwang-jiwang. Akan menggembirakan semua kaum perempuan tetapi menyakitkan hati kaum lelaki sebab kalau tengok movie yang ada time-time ni tak pasal-pasal kena cop gay. Tiba-tiba tersedar tahun ini Valentine bertindih dengan Maulidur Rasul. Ye la, bertindih, sebab ikut kalendar islam, hari baru bermula pada maghrib. Jadi 12 Rabiul Awal adalah pada (malam) 14 Febuari! Jadi pada malam Valentine-eh, malam Maulud Nabi. Mana satu anda nak celebrate. Eh, Valentine? Ok, kalau bukan Islam tak kisahlah.  Bagi yang islam, mengapa? “ Sebab Saint Valentine tu tokoh cinta. Jadi kami ni tengah meraikan cinta. Eh, sebok la kau. Kitorg nak gi Genting ni.