1. Lim Guan Eng pernah
menjanjikan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang akan menjadi sebuah kerajaan yang
bersifat konsultatif sekiranya berkuasa dan akan mengambil kira setiap
pandangan serta suara rakyat sebelum melaksanakan sesebuah projek di negeri
tersebut.
2. Namun apa yang boleh dilihat
pada hari ini, kerajaan pimpinan beliau lebih banyak engage dengan pemaju-pemaju yang semenangnya diketahui super rich sebelum menjalankan apa-apa
projek berbanding mengambil kira kepentingan rakyat.
3. Terbaru, pengumuman Lim Guan
Eng untuk membina sebuah terowong dasar laut yang berharga RM6.3 bilion yang
kononnya bertujuan mengatasi masalah kesesakan trafik di Pulau Pinang.
4. Pengumunan ini dibuat secara
tergesa-gesa tanpa mengambil kira
implikasi ke atas trafik yang dijangka akan bertambah empat kali ganda lebih
banyak berbanding sekarang termasuk yang akan masuk melalui Jambatan Pulau
Pinang dan Jambatan Kedua yang bakal beroperasi paling awal September 2013 ini.
5. Jika benar Lim Guan Eng dan
kerajaan pimpinan beliau mengamalkan dasar konsultatif dan mengutamakan
pandangan rakyat, projek ini pasti akan dikaji dengan lebih mendalam termasuk
dari segi kos yang dilihat terlalu tinggi. Terdapat pelbagai pihak yang
menyuarakan bantahan tetapi suara mereka seolah-olah tidak berdaya melepasi
bangunan KOMTAR apatah lagi untuk bercakap secara bersemuka dengan Lim Guan Eng
sendiri.
6. Rakyat negeri ini tidak pernah
sekali-kali menolak pembangunan. Kita hanya mahu melihat sesuatu projek
dilaksanakan secara telus dan mengambil kira segala faktor supaya kesan
akhirnya dapat dinikmati bersama.
Klik SINI untuk butiran lanjut.
No comments:
Post a Comment