1. Barangkali tak ramai yang tahu bahawa rumah tangga yang
dibina oleh Khalid Ismath bersama isterinya, Nurul Jannah binti Aziz sudah
berakhir. Hal ini didedahkan sendiri oleh Khalid Ismath dalam beberapa
kenyataan di ruangan Facebook dan twitternya.
2. SB tidak berniat mengaibkan sesiapa. Setiap penceraian
yang berlaku dikatakan akan menggoncangkan Arrasy sekaligus menunjukkan betapa
seriusnya urusan tersebut di sisi Islam.
3. Khalid Ismath bernikah dengan Nurul Jannah pada 21 April 2012
iaitu seminggu sebelum Rusuhan 28 April berlangsung di ibu kota yang turut
melibatkan kaum keluarga Khalid sendiri.
4. Beberapa orang ilmuan telah mengulas perkahwinan mereka
dari segi syarak memandangkan Khalid Ismath diketahui seorang penganut Syiah
manakala isterinya pula penganut Islam mazhab Syafie. Antara yang lantang bersuara
ialah Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman yang
menyifatkan perkahwinan tersebut sebagai tidak digalakkan dari segi syarak.
5. Baru-baru ini, Khalid membuat pengakuan di Facebooknya
bahawa isterinya itu telah memfailkan fasakh yang tidak boleh dirujuk. Rujuk kenyataan
tersebut seperti di bawah.
6. Berdasarkan hukum syarak, seseorang isteri atau suami
boleh memfailkan fasakh (permohonan membatalkan nikah) sekiranya berlaku
situasi-situasi seperti berikut:
- Suami tidak memberikan nafkah, tempat tinggal atau mas kahwin.
- Isteri tidak mengetahui kedudukan suami yakni samada suami hilang lebih daripada 6 bulan, atau tidak pulang ke rumah dan tidak memberikan nafkah zahir dan batin.
- Suami berpenyakit yang tidak boleh diubati.
- Salah seorang daripada suami atau isteri itu berpenyakit.
- Salah seorang daripada suami atau isteri itu murtad.
- Berlaku persetubuhan syubahat (terlarang).
- Kecatatan.
- Tidak bernafsu dengan lelaki.
- Suami yang zalim.
Nota : Fasakh ialah kuasa kadi dan hukumnya harus jika
berlaku sebarang sebab seperti yang dinyatakan.
7. Jika diambil kira kesemua sebab atau alasan yang
dikemukakan ini, di manakah agaknya kedudukan kes antara Khalid dan Jannah?
8. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Khalid Ismath sebelum
ini, beliau mendakwa isterinya tidak memahami perjuangannya. Dalam satu
kenyataan yang lain pula, Khalid mendakwa Jannah berbeza pegangan. Apakah yang dimaksudkan dengan berbeza
pegangan tersebut?
9. Adakah Jannah baru sedar Khalid Ismath seorang Syiah
tegar? Atau Khalid membohongi isterinya sejak dari awal?
10. SB juga pelik kerana dalam kenyataan terbaru yang dibuat
Khalid Ismath pada pagi tadi ketika menjawab soalan yang diajukan di
twitternya, beliau memberitahu bahawa Jannah tidak menuntut fasakh, berbeza
dengan kenyataan asalnya sebelum ini. Rujuk screenshot di bawah.
11. Jadi apakah sebenarnya yang berlaku di antara mereka?
12. Adakah Jannah mengambil keputusan menuntut fasakh
(berdasarkan kenyataan awal Khalid Ismath) dengan menggunapakai alasan
nombor 5? Ini kerana, jumhur ulamak ASWJ
mengklafikasikan Syiah sebagai agama baru yang bertentangan sama sekali dengan
ajaran Islam, atau lebih tepat, ia bukan mazhab seperti yang dipegang oleh
kelompok tersebut.
13. Apa-apa pun, marilah kita mendoakan semoga ada sinar
buat Jannah yang telah dianiayai oleh Khalid Ismath itu.
6 comments:
Pasal syiah..satu pun tak betul korang tulis. Aku buat bidang perbezaan mazhab, aku pun x suka syiah ni.tapi atas konsep perpaduan islam dan mngetahui musuh utama adlh zionist.aku lyn kan je la syiah ni.syiah bukan bertentngan dgn islam, tapi bertentangn dgn aswj.rujuk lmn web jakim. Syiah agama ortodoks tht mean lbh lama dari aswj.sbb syiah muncul pada zaman saidina ali ra.walhal aswj muncul ratus tahun selepas itu. So dia bukan agama baru. Ulama aswj yg ckp.ingt kita bukan tuhan mahupun separa tuhan.
Anonymous kat atas adalah syiah terang-terangan. Dia cuma menyamar. Syiah adalah agama baru yang mnghina para sahabat dan mencaci maki isteri rasulullah. Syiah adalah agama yg terbit dari hasutan abdullah bin saba. Manakala ASWJ@sunnah adalah agama para salaf-awal sebelum keluarnya syiah kerana sunni adalah mengikut petunjuk para sahabat salaf dari ajaran Nabi sendiri.
Betul, syiah bertakiyyah. Aku pun kenal sorang dari Iraq dekat UM. Majoriti Iraq yang aku kenal sunni, tapi dia ni syiah. Aku baru tahu dari kawan, siap pergi sembahyang jumaat dgn aku. Tapi syiah mana sembahyang jumaat. Mereka adalh musuh Islam no. 1 bersama zionist.
Adik saya, nurul jannah aziz telah bercerai dengan khalid ismath, junior saya disekolah dulu. Mereka cerai cara baik sek.47. Sila rujuk enakmen undang2 keluarga islam negeri selangor. Terima kasih. Mohon Allah lindungi keluarga kami daripada sebarang fitnah.
100% betul dan setuju.
Kamu adalah syiah terang-terangan dan cuma menyamar. Syiah adalah agama baru yang mnghina para sahabat dan mencaci maki isteri rasulullah. Syiah adalah agama yg terbit dari hasutan abdullah bin saba. Manakala ASWJ@sunnah adalah agama para salaf-awal sebelum keluarnya syiah kerana sunni adalah mengikut petunjuk para sahabat salaf dari ajaran Nabi sendiri.
Post a Comment