Empat negeri dominasi Pakatan Rakyat sepakat mengharamkan AES. Atas alasan perlaksanaan sistem keselamatan jalan raya terbaharu itu menguntungkan kroni BN, para pemimpin di setiap negeri berkenaan sanggup mengenepikan nyawa rakyat hanya kerana dendam politik. Paling lantang tentu sekali Lim Guan Eng, CM P.Pinang. Beliau antara individu yang keras menolak sistem ini.
Di P.Pinang, terutamanya di sebelah pulau, para pemandu sebenarnya tidak perlu memandu laju kerana jarang ada ruang untuk memecut. Di sana sini jalan sesak. Anehnya, kerajaan P.Pinang dan kerajaan negeri yang lain tak pula berusaha meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya di negeri masing-masing terutamanya di jalan-jalan negeri.
Bahkan P.Pinang dan Selangor turut mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi saban tahun.
Sepatutnya pimpinan pembangkang melontarkan idea yang lebih bernas bukan hanya membangkang semata-mata.
Penangguhan pelaksanaan AES atas desakan pembangkang mungkin akan menyebabkan rakyat menjadi lebih keras kepala selepas ini. Diharapkan pihak kerajaan dapat mencari kaedah terbaik dalam memastikan penguatkuasa undang-undang dapat dijalankan tanpa dipengaruhi sesiapa khususnya pihak pembangkang.
TERBARU...KONSPIRASI PEMBANGKANG DIDEDAHKAN DISINI.