1.Melayu
perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah
sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan
bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan
.Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan
restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan
sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2.Modal efektif.
Melayu
yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika
mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000
untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah
dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka
bisnes bernilai RM100,000.
3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu
perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam
promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan
datang.
4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu
perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata
"Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak
untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip
mata.
5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu
perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis
masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu
perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada
produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat
akan menyebabkan kegagalan.
7.Manfaatkan teknologi.
Melayu
perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan
sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam
pasaran.
8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu
perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan
sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli
oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.
9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu
perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam
bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan
membantu kita berjaya seperti mereka.
10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu
perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan
kekayaan untuk kebaikan.
11.Menolak mitos.
Ramai
Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina
berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa
dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau
menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"
12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan
Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti
rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan
jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat
sementara dan tidak kekal.
13.Menjauhkan sifat keji.
13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu
perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual
harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan
sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam
bisnes.
14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu
tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah
usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di
pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15.Mempunyai network.
Melayu
perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini
telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...
16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu
perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan
betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang
dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar
hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
"Jangan
jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak
kuasai"