Pages

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Wednesday, 18 March 2015

HUDUD BAKAL PECAH BELAHKAN PAKATAN RAKYAT

Hari ini sejarah bakal tercipta di bumi Kelantan. Dengan izin Allah SWT, Kerajaan Negeri akan membentangkan usul pelaksanaan Hudud di negeri tersebut selepas tertangguh akibat banjir hujung tahun lepas, juga di sebalik polemik berpanjangan dalam kalangan Pakatan Rakyat yang menentang usaha PAS ini. 

Perkembangan ini juga seharusnya membuka mata para penyokong PAS untuk melihat siapakah sebenarnya yang memusuhi Hudud. Sejak sekian lama mereka dimomokkan kononnya UMNO menentang undang-undang Allah ini sehingga dikafirkan parti terbesar orang Melayu itu. 

Ironinya, seperti dalam gambar di atas, Menteri Besar Kelantan sendiri telah bertemu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekaligus memungkinkan pembentangan hari ini berjalan seperti yang dimahukan oleh PAS.

Dalam pertemuan ini, TPM telah berjanji untuk menyokong pembentangan usul tersebut melalui undi yang akan diberikan oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada UMNO di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Dan PAS, boleh teruskan usaha mereka tanpa atau dengan sokongan rakan pembangkang kerana jumlah ADUN UMNO dan PAS sendiri sudah mencukupi. 

Tahniah diucapkan kepada UMNO dan PAS kerana berjaya mencapai persefahaman dalam perkara ini. 

Wednesday, 8 May 2013

SULTAN KELANTAN REJEK HUSAM MUSA?




Nama Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dikatakan tidak mendapat restu daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk berada dalam barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan menyebabkan beliau terpaksa disingkirkan di saat-saat akhir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, nama Husam sudah dimasukkan di tempat yang paling atas di antara barisan pimpinan terpilih namun ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah diteruskan kelmarin.

Menurutnya, selain Husam, nama Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya exco lain termasuk Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan ustaz Latiff (Abdul Latiff). Ini nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan tuanku bagi pelantikan exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan saya bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut, tidak boleh angkat sumpah jadi angkatlah saya sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya kepada media semalam.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan Dun  Salor, Mohd Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan mengenai penyingkiran nama Husam.

Sementara itu, sebelum itu Mohd Nuri mengadakan sidang media untuk mendesak penjelasan daripada Ahmad  kerana berpendapat Husam layak dilantik semula sebagai exco.

Dalam masa sama, Ahmad mengakui Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan selama 14 tahun untuk tempoh tiga penggal pemerintahan Kerajaan Pas Kelantan adalah antara exco yang banyak memberikan sumbangan.

Selain itu, Ahmad berkata, penyingkiran itu tiada kaitan dengan masalah peribadi atau atas hasutan mana-mana kumpulan sebaliknya ia bersandar sepenuhnya kepada keputusan sultan.

“Jadi kita angkatlah nama-nama ganti apabila potong yang dua orang itu, dan saya rasa memang ini sangat berat, seolah-olah mahu jejak pun rasa berat masa nak angkat sumpah.

"Itulah keadaan sebenarnya, tidak ada mana-mana kumpulan nak menidakkan. Saya pun tidak ada kumpulan, tiada. Kita memerintah ini ada termasuk sultan, itu yang termaktub dalam Perlembagaan, mesti mendapat keizinan baginda. Kalau tidak izin, kita tidak boleh angkat sumpah,” katanya.

BILA HUSAM MUSA DAH MERAJUK...

Bekas calon PAS yang tewas di Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa hari ini memaklumkan bahawa beliau tidak berdukacita kerana tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri PAS Kelantan walaupun masih kekal menjadi Adun selepas menang di Dun Salor.

Walau bagaimanapun, Husam ada sikit rasa terguris jugalah sebenarnya sebab tidak dimaklumkan lebih awal akan hal tersebut, demikian laporan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, pagi ini.

Husam sebelum ini sering disebut-sebut sebagai bakal pengganti Nik Aziz sebagai Menteri Besar lantaran 'sumbangan besarnya' kepada pembangunan ekonomi Kelantan.

Antara kejayaan besar itu termasuklah melancarkan lebuh raya rakyat pertama seumpamanya di dunia yang tidak mengenakan tol selepas ia disiapkan (tapi tol dikenakan sebelum dibina lagi melalui kutipan derma) serta pembinaan stadium baharu untuk rakyat Kelantan khususnya para peminat The Red Warriors.

Selepas ketiadaan Husam Musa ini, adakah projek-projek ini akan diteruskan? Atau terhenti setakat majlis pelancarannya sahaja? Husam pasti ada jawapannya.

Rakyat Kelantan perlu menangisi 'pemergian' Husam Musa ini dari arena pemerintahan PAS negeri. Sebenarnya, Husam Musalah yang paling banyak menabur bakti kepada orang-orang Kelantan berbanding Tuan Guru Nik Aziz.

Mungkin Husam boleh fokus lebih banyak kepada projek ternakan kambingnya selepas ini.

Thursday, 11 April 2013

ENTITI MAKHLUK DALAM KAIN NIK AZIZ DIKENAL PASTI

Semalam, sekeping gambar kontroversi membabitkan Mursyidul Am PAS yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat berlegar riuh di alam maya. Gambar yang didakwa diambil oleh seorang penyokong totok PAS itu telah menimbulkan tanda-tanya kerana terdapat imej 'makhuk dalam kain' Tok Guru yang tidak begitu jelas ketika Tok Guru menyelak kainnya.


Namun begitu, imej tersebut akhirnya diperjelaskan oleh Dr. Novandri melalui blognya, Minda Intelek Melayu yang menjangkakan ia sebagai urine bag atau beg urin. Kebiasaannya beg urin dipakai oleh golongan warga emas yang mempunyai masalah mengawal air kencing. 

Penjelasan dari sudut perubatan ini diharapkan dapat menjawab segala persoalan 'nakal' tentang 'makhluk dalam kain' Tok Guru itu. Hentikanlah sebarang usaha mengaibkan keperibadiannya.

Thursday, 28 March 2013

HEBAT!!! LAGI STADIUM BAHARU DIBINA UNTUK RED WARRIORS!!!

1. Seronok baca Harakah edisi 28 Mac 2013. Kalau SB ni orang Kelantan, memang seronok tak terkatalah agaknya. Mana tidaknya, Kerajaan Negeri umumkan akan bina stadium baharu yang serba lengkap di tapak Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan kos bernilai RM320 juta!


2. Dua tahun lepas iaitu pada 11 Mei 2011, Kerajaan Negeri dah umumkan projek ini. Kiranya ini pengumuman kali kedualah. Walaupun bayang-bayang pun tak nampak lagi, tapi sebagai orang Islam, kita percaya cakap ulamak. Dulu Tok Guru janji nak bina dua buah stadium dengan salah satu daripadanya khusus kepada wanita sahaja. 

Sudah dua kali Mac bertemu, bayang-bayang stadium pun tak nampak!

3. Kerja-kerja pembinaan bagi projek yang pertama itu dikatakan akan bermula pada Mac 2012. Selepas setahun, masih tak ada apa-apa. Tapi kita sebagai orang Islam, jangan pertikaikan cakap ulamak. Mungkin ada masalah hingga projek ini masih tidak berjalan. Kita kena bersangka baik sesama saudara, lebih-lebih lagi terhadap ulamak.

4. Tapi kali ini, SB fikir dah merapu banyak sangat Kerajaan Negeri Kelantan ni. Projek yang diumumkan pada 11 Mei 2011 pun belum siap, tup-tup Kerajaan Negeri umumkan projek baharu di tapak yang sama. Apa sudah jadi dengan projek pertama dahulu?

5. Adakah kelulusan tender sudah dikeluarkan bagi projek pertama? Siapa yang dapat anugerah tender tu? Kenapa mesti ada dua projek di satu tapak yang sama sekali gus?? Malah lebih memeranjatkan, kedua-dua projek mempunyai reka bentuk yang berlainan sama sekali!!

6. Dari segi politik, kita boleh nampak bahawa Kerajaan Negeri tak senang duduk dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri baru-baru ini bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan membina sebuah stadium baharu sekiranya diberikan mandat memerintah Kelantan.

7. Walaupun Perdana Menteri bukan ulamak, tapi Tok Guru tahu Najib bukan tabur janji munafik. Najib tak tabur janji dicapati tapi Najib tawarkan janji yang boleh ditepati. Sebab tu Tok Guru gelabah sangat sampai terpaksa buat pengumuman kali kedua. 

8. Yang jadi persoalan, kenapa sekarang baru diumumkan projek tersebut? Dan kenapa mesti ada pengumuman kedua selepas pengumuman pada 11 Mei 2011? Ini janji ditepati, dicapati atau janji munafik?


SB : Ulamak mungkin tak buat dosa, tapi dia tak terlepas dari dosa syubahat!

Wednesday, 20 March 2013

KISAH TOK GURU YANG DISAYANGI RAKYAT

1.  Sebuah kisah menyayat hati dan menyentuh perasaan sesiapa saja yang membaca. Inilah kisahnya, tentang seorang lelaki yang kononnya zuhud apabila ditawarkan jawatan besar. Tapi itu kira-kira 20 tahun yang lalu. Ikuti kisahnya seperti di bawah: 


Rombongan Yang Gagal

Malam itu juga satu rombongan dari Dewan Zulkifli berangkat ke rumah Pesuruhjaya di Kg Pulau Melaka. Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz keluar dalam keadaan gementar yang jelas dalam pandangan mereka. Mereka memujuk Tuan Guru supaya bersetuju dengan keputusan parti untuk memilihnya sebagai Menteri Besar. Rombongan pertama ini gagal. Alasannya, beliau takut tidak dapat menjalankan tugas dan memikul amanah dengan baik.

Kemudian menyusul pula beberapa rombongan lain dari kalangan pimpinan PAS Kelantan.

Berusaha memujuk beliau untuk bersiap sedia mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Besar keesokan harinya. Rombongan ini juga gagal. Sehinggalah apabila keputusan muktamad dibuat oleh PAS Pusat, bahawa Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz mesti mengangkat sumpah esok hari.

Ulama Pertama Sebagai Menteri Besar

Maka mahu tidak mahu terpaksalah dengan berat hati keputusan itu diterima. Sami'na wa atho'na. Lalu keesokan harinya berangkatlah rombongan kepimpinan PAS, Berjasa, Hamim dan S46 diketuai oleh Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim untuk majlis mengangkat sumpah sekaligus membentuk kerajaan APU di Kelantan. Untuk kali pertama dalam sejarah tanahair selepas merdeka, seorang ulama diamanahkan tugas berat untuk mentadbir sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia. Umat Islam melalui gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia menyampai ucapan tahniah tidak putus-putus.


 2. Pada SB, ini usaha pemurnian tahap dewata ke atas sosok Bentara Guru yang diagung-agungkan oleh ahli PAS   yang dikhabarkan akan terus bertanding dalam pilihan raya selagi mampu.

3. SB teringat satu lagi kisah di mana Bentara Guru ini pernah mencabar Tun Dr. Mahathir supaya meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Tun Dr. Mahathir berbuat demikian, dia juga akan turut serta meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

4. Kini sudah lebih 10 tahun berlalu. Tun Dr. Mahathir telah lama bersara. Tapi apa jadi dengan Bentara Guru kita ni? Kelihatan seolah-olah semakin enak bersemayam di takhta pemerintahannya. Adakah Kelantan begitu ketandusan pemimpin yang boleh diangkat menjadi Menteri Besar?

5. Adakah Bentara Guru masih relevan atau perlu diganti dengan yang baru? Hanya orang Kelantan yang boleh jawab persoalan ini. Satu undi kepada Pakatan Rakyat bermakna anda masih mahukan beliau sebagai Menteri Besar, atau anda mahu TUKAR dengan mengundi Barisan Nasional?





Wednesday, 13 March 2013

PAS MUNAFIK ATAU PEMODIFIKASI HUKUM?

"Wahai orang-orang yang beriman, tunaikanlah janji-janji." - (Surah Al Maidah, 5:1)

1. Janji bererti ucapan yang menyatakan kesanggupan dan kesediaan untuk membuat sesuatu perkara. 

2. Dalam Islam, hukum menepati janji ialah wajib. Pun begitu, Rasulullah SAW berhati-hati dalam Baginda menghukum seseorang yang tidak menepati janjinya. Baginda tidak terus menghukum sebagai munafik, sebaliknya memberi gambaran perlakuan tersebut memiliki ciri-ciri munafik.

3. Munafik bermaksud menyembunyikan kekafiran dan menzahirkan keimanan di hadapan orang lain. Maka dengan itu, hukum munfiq itu sendiri sudah jatuh kafir. 

4. Justeru kita perlu lebih berhati-hati apabila menjatuhkan sesuatu hukuman dari segi syarak ke atas mana-mana individu atau pihak yang tidak menunaikan janji.

5. Soalnya, bagaimana pula dengan sikap pemimpin Pakatan Rakyat yang mendakwa janji tidak wajib ditunaikan seperti mana yang terkandung dalam manifesto-manifesto mereka?

6. Bagaimana pula dengan janji-janji Kerajaan PAS Kelantan yang jelas mempunyai rekod buruk dalam menunaikan janji-janji manifesto mereka? Ini buktinya : 


7. Terlalu banyak janji yang ditabur kepada rakyat. Bila ditanya kenapa tak tunaikan, mereka bijak pusing 180 darjah dengan berkata "manifesto bukan janji!" Jadi apa hukumnya?

Monday, 27 August 2012

#AntiProM KELAB TANPA DARA DI SERAMBI MEKAH

Gejala seks bebas nampaknya semakin parah menular dalam kalangan penuntut IPTA di negara kita. Ia berlaku di mana-mana saja termasuk di negeri Kelantan, sebuah negeri yang digelar Serambi Mekah dan ditadbir oleh so-called golongan Ulamak.

KELAB TANPA DARA DI KELANTAN


KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini juga media menyiarkan berita tentang kegiatan segelintir penuntut wanita yang menjual diri untuk menambahkan pendapatan.

Jual diri tambah pendapatan.

Bila timbul perkara-perkara macam ni, maka lajulah kita menunding jari kepada pihak-pihak yang dirasakan perlu dipersalahkan. Tapi bagaimana pula dengan tanggungjawab kita sendiri?

Paling lucu, ada yang fikir dengan menukar kerajaan hari ini maka semua masalah ini akan selesai.

Saksikan video di bawah, fikirkan seketika.



Adakah pemerintahan Ulamak di Kelantan juga perlu ditukar sebab masalah macam ni pun berlaku di sana?

Wednesday, 6 June 2012

K-POP / KELANTAN POP - KENAPA DIBIARKAN?

Keghairahan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya lebai-lebai cybertroopers PAS menghentam Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) kerana mengundang penyanyi K-POP akhirnya memakan diri. 

Mereka seolah-olah lupa, di Kelantan, negeri yang ditadbir oleh PAS, juga dihimpit masalah yang sama. K-POP versi Kelantan atau lebih mesra disebut Kelantan POP sebenarnya sama teruk atau mungkin lebih teruk jika dibandingkan dengan K-POP versi Korea Selatan ketika sambutan Hari Belia Negara itu. 


Jika anda tak percaya, boleh cari sendiri di You Tube. Pelbagai judul lagu berserta klip video yang memaparkan imej dan aksi seksi akan muncul. Kalau tak percaya juga, mainkan klip video di bawah. Memang serabut menontonnya.


K-POP ini mungkin sukar dibendung kerana dikhabarkan ia adalah bisnes 'segelintir' pihak yang buta hati dan cetek ilmu agamanya. Tapi sebagai penguasa negeri, Kerajaan PAS Kelantan sepatutnya mempunyai kemampuan untuk membendung budaya ini daripada terus menular.

Justeru kepada penyokong-penyokong PAS dan para cybertroopers Pakatan Rakyat, sebelum anda nak lancarkan serangan, kaji dulu supaya peluru yang dilepaskan tidak berpatah balik ke muka sendiri.

SB tidak menghina sesiapa. SB juga sayangkan ulamak. SB juga mahukan sebuah negara yang lebih baik. SB mahu negara ini ditadbir dengan adil dan saksama. Tetapi sebelum semua itu berlaku, kita sendiri perlu bertindak adil dan saksama. Jangan kuman di Korea nampak, tapi gajah di negeri Tok Guru kita buat tak nampak!

Di sebelah sini, Ustaz Fathul Bari sudah pun bersuara. UMNO sama sekali tidak menghalang beliau membuat teguran |SINI|. Begitu juga Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang kononnya didakwa pro-UMNO oleh cybertroopers PAS, turut menegur K-POP semasa HBN 2012 |SINI|. Tapi mana suara ulamak-ulamak PAS dalam isu Kelantan POP ini?

SB sangat berharap isu ini ditangani secara Islamik, sama seperti yang dilaung-laungkan selama ini oleh PAS. Begitu juga dalam isu K-POP PKR Bertam Nite 2012. Apa isunya? Klik SINI.

Kita tidak mahukan fatwa berkenaan isu ini kerana yang haram hukumnya tetap haram. Apa yang kita mahu dengar ialah secebis pandangan yang ikhlas seperti mana yang disuarakan oleh Ustaz Fathul Bari.

Mungkin dengan cara itu sahaja PAS akan lebih dihormati.

Klik juga pautan di bawah :


Tuesday, 5 June 2012

VIDEO AKSI RINGAN-RINGAN SIAPA??

Tanpa menunding jari kepada sesiapa, mari kita lewati video di bawah dan fikirkan sejenak. Video ini dirakamkan di Pantai Batu Berair, Bachok, Kelantan.



Kelantan yang kita kenal sinonim dengan identiti Islamiknya. Kalau tidak pun, itulah yang dipasarkan sebagai jenama oleh pemerintah negeri. Tidak sedikit juga yang akan bangkit mempertahankan wibawa pemerintah negeri kalau Kelantan diperlekehkan dalam soal identiti Islamik yang dibawa.

Tak lama dahulu juga, kita dipasarkan dengan keterujaan seorang selebriti dari Indonesia yang dijemput khas ke Kelantan. Selebriti wanita yang pernah membintangi sebuah filem Islami, Ketika Cinta Bertasbih, sampai membacakan puisi yang cukup indah bagi menggambarkan betapa Islamiknya negeri tersebut.

Kemudian, kita dipasarkan pula dengan paparan-paparan lain dalam satu video yang khas, menunjukkan selebriti tersebut dibawa mengunjungi satu dua destinasi di Kelantan. Destinasi-destinasi tersebut tentulah yang menonjolkan imej Islamik.

Ketika itu, SB hanya fikir satu sahaja, barangkali selebriti berkenaan mendapat gambaran suku-suku sahaja tentang negeri Serambi Mekah itu.

Agak-agak, apakah pula puisi yang akan dibacakannya jika dia menonton video di atas?

Benar masalah sosial berlaku di mana-mana sahaja, tapi adakah kerana ia Kelantan, maka isu sebegini tidak harus ditimbulkan? Tepuk dada tanyalah iman.

Saturday, 19 May 2012

TAHNIAH THE RED WARRIORS

Team Kelantan.

Tahniah diucapkan kepada team bola sepak Kelantan yang menjuarai Piala FA sebentar tadi. Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya piala No.2 berprestij selepas Piala Malaysia itu kini sah milik Kelantan untuk musim 2012.

Persembahan Kelantan malam ini juga wajar dipuji. Mereka bermain bersungguh-sungguh  di hadapan lebih 70 ribu penyokong setia The Red Warriors. Meskipun bersaing dengan pasukan Sime Darby yang hanya diberikan harapan 5 % sahaja sejak dari awal perlawanan, namun Kelantan tetap mempamerkan aksi bola sepak yang berkualiti tanpa memandang rendah lawan mereka itu

Apa pun, satu hal yang menarik dalam perlawanan sebentar tadi ialah kebanyakan pemain Sime Darby lebih menjaga aurat berbanding pemain Kelantan. Ini cuma pemerhatian umum saja. Jadi jangan melatah ye.. Peace!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar