17 Dis 2011, bendera yang tertera gambar DS Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia diturunkan oleh Adam Adli dan digantikan dengan bendera SMM di hadapan bangunan PWTC di Kuala Lumpur. Susulan insiden terebut, pelbagai kecaman dihamburkan dan tak kurang juga reaksi balas yang mempertahankan DS Najib daripada mahasiswa sendiri.
14 April 2012, gambar DS Najib sekali lagi dihina bersama salah seorang menteri kabinetnya iaitu DS Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Gambar mereka berdua dikalungkan bunga kematian mengikut adat agama Hindu dan diarak dari Sogo ke Dataran Merdeka di ibu negara.
Gambar kedua-dua pemimpin negara itu bukan sahaja diarak, bahkan disemadikan dan dikebumikan secara cacamerba mengikut adat agama Islam dan Hindu sekaligus apabila batu nesan dan kalungan bunga diletakkan pada kedua-duanya.
Jika dinilai, antara menurunkan bendera dan mengebumikan gambar pemimpin negara ini mengikut adat agama Hindu, yang mana lebih hina lagi menghinakan?
Apakah akan ada reaksi balas daripada mahasiswa yang sayangkan PM dan rakyat Malaysia amnya, selepas ini? Masa masih panjang. 28hb ini pemimpin negara akan dihina lebih teruk. Malaysia bakal mengalami renjatan baru dalam arus politik nasional, dan mahasiswa pula semakin seronok berdemonstrasi.
Kalau nak lihat muka-muka mahasiswa biadap ini, datanglah ke Dataran. Kalau berani, bawa ayahanda sekali turun. Setakat berkokok depan kamera TV, tak payahlah.