Keghairahan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya lebai-lebai cybertroopers PAS menghentam Hari Belia Negara 2012 (HBN2012) kerana mengundang penyanyi K-POP akhirnya memakan diri.
Mereka seolah-olah lupa, di Kelantan, negeri yang ditadbir oleh PAS, juga dihimpit masalah yang sama. K-POP versi Kelantan atau lebih mesra disebut Kelantan POP sebenarnya sama teruk atau mungkin lebih teruk jika dibandingkan dengan K-POP versi Korea Selatan ketika sambutan Hari Belia Negara itu.
Jika anda tak percaya, boleh cari sendiri di You Tube. Pelbagai judul lagu berserta klip video yang memaparkan imej dan aksi seksi akan muncul. Kalau tak percaya juga, mainkan klip video di bawah. Memang serabut menontonnya.
K-POP ini mungkin sukar dibendung kerana dikhabarkan ia adalah bisnes 'segelintir' pihak yang buta hati dan cetek ilmu agamanya. Tapi sebagai penguasa negeri, Kerajaan PAS Kelantan sepatutnya mempunyai kemampuan untuk membendung budaya ini daripada terus menular.
Justeru kepada penyokong-penyokong PAS dan para cybertroopers Pakatan Rakyat, sebelum anda nak lancarkan serangan, kaji dulu supaya peluru yang dilepaskan tidak berpatah balik ke muka sendiri.
SB tidak menghina sesiapa. SB juga sayangkan ulamak. SB juga mahukan sebuah negara yang lebih baik. SB mahu negara ini ditadbir dengan adil dan saksama. Tetapi sebelum semua itu berlaku, kita sendiri perlu bertindak adil dan saksama. Jangan kuman di Korea nampak, tapi gajah di negeri Tok Guru kita buat tak nampak!
Di sebelah sini, Ustaz Fathul Bari sudah pun bersuara. UMNO sama sekali tidak menghalang beliau membuat teguran |SINI|. Begitu juga Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang kononnya didakwa pro-UMNO oleh cybertroopers PAS, turut menegur K-POP semasa HBN 2012 |SINI|. Tapi mana suara ulamak-ulamak PAS dalam isu Kelantan POP ini?
SB sangat berharap isu ini ditangani secara Islamik, sama seperti yang dilaung-laungkan selama ini oleh PAS. Begitu juga dalam isu K-POP PKR Bertam Nite 2012. Apa isunya? Klik SINI.
Kita tidak mahukan fatwa berkenaan isu ini kerana yang haram hukumnya tetap haram. Apa yang kita mahu dengar ialah secebis pandangan yang ikhlas seperti mana yang disuarakan oleh Ustaz Fathul Bari.
Mungkin dengan cara itu sahaja PAS akan lebih dihormati.
Klik juga pautan di bawah :