29 Januari 2012, negara kecoh apabila masyarakat Cina mempertikaikan tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) yang dipimpin oleh Dato’ Ibrahim Ali menyerahkan angpow berwarna putih dalam satu majlis sambutan Tahun Baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Angpow putih menjadi isu besar dalam kalangan masyarakat Cina kerana menyentuh soal kematian. |
Isu ini telah digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang termasuk PAS untuk menghentam kerajaan atas alasan PERKASA mempunyai hubungan yang baik dengan UMNO dan kerajaan sendiri.
Angpow putih biasanya digunakan oleh kaum Cina ketika upacara kematian atau pengkebumian berbanding angpow merah untuk meraikan perayaan Tahun Baru. Tindakan itu dibesar-besarkan dengan alasan telah menghina sensitiviti masyarakat Cina walaupun PERKASA meminta maaf dan menjelaskan ia hanya satu kesilapan yang tidak disengajakan.
14 April 2012, negara sekali lagi dikejutkan apabila kumpulan mahasiswa pro-pembangkang bertindak melampau dengan mengusung potret Perdana Menteri DS Najib dan Menteri Pengajian Tinggi DS Khaled Nordin yang dikalungkan dengan bunga kematian dalam demonstrasi anti-PTPTN di ibu negara.
Pemuda Islam mengusung potret 'kematian' pemimpin negara yang masih hidup mengikut adat dan budaya Hindu. Di mana silapnya? |
Lebih mengaibkan, potret kematian mengikut budaya agama Hindu itu ‘dikebumikan’ dalam satu ritual khas menggunakan batu nesan yang biasanya melibatkan pengkebumian orang Islam di negara ini. |SINI|
Potret dikalungkan dan ditabur dengan bunga dalam ritual kematian mengikut agama Hindu sebelum diletakkan batu nesan mengikut amalan pengkebumian orang Islam. Simbolik pluralisme? |
Berbanding isu angpow putih, isu kalungan bunga kematian pada potret kedua-dua pemimpin negara dan ritual pengkebumian mengikut adat Hindu dan Islam itu seolah-olah dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin PAS termasuk Ketua Dewan Ulama’ dan Ketua Dewan Pemudanya.
Adakah kerana yang melakukan itu ialah kader-kader PAS dalam kalangan mahasiswa |SINI| maka ia dipandang tidak penting meskipun menyentuh persoalan akidah Islamiah?
Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pemimpin PAS yang mengulas isu ini dari sudut akidah sehingga menjadi tanda-tanya besar dalam kalangan orang Islam di Malaysia. Adakah akidah boleh diolok-olokkan hanya kerana ia dilihat memberi untung kepada parti tersebut?
Jika dalam isu angpow putih PAS ke hadapan mempertahankan maruah kaum Cina, kenapa dalam soal akidah yang begini besar PAS hanya membisu? Sampai bila PAS mahu bermain dengan sentimen politik sehingga meremehkan sentimen agama? Di mana asas perjuangan PAS, PMI dan GAMIS yang selama ini teguh dengan perjuangan Islamiahnya?
28 April ini, apa pula yang akan berlaku? Bersediakah kita menerima bentuk penghinaan yang lebih dahsyat atas nama perjuangan menguasai Putrajaya?