1. 24 Mac 2013, Barisan Nasional Pulau Pinang telah menganjurkan program Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang bertempat di Speaker Corner Padang Kota Lama, Pulau Pinang.
2. Media melaporkan sekitar 10 ribu orang menghadiri program tersebut.
3. Namun, dalam ramai-ramai yang datang tu, rupa-rupanya terselit juga sekumpulan keldai Anwar Ibrahim dari sebuah pertubuhan mahasiswa tidak berdaftar di USM iaitu Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) atau lebih dikenali sebagai Geng Cap Ayam.
4. SB telah menerima beberapa keping gambar dari seorang rakan yang turut hadir dalam himpunan tersebut. Beliau mengirimkan gambar-gambar kumpulan mahasiswa ini yang dikatakan berkeliaran dalam program yang dianjurkan khusus untuk menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional Pulau Pinang. Paling kelakar, mereka ini turut berada di atas pentas utama. Entah apalah yang dibuatnya.
5. Berikut antara aksi mahasiswa Cap Ayam yang dikirimkan kepada SB.
6. Nampak apa yang dipakai di pergelangan tangan dan kepala mereka seperti yang ditandakan dengan bulatan merah dalam gambar-gambar di atas? Ia ialah kain pengikat kepala yang tertera slogan SAYA SOKONG BARISAN NASIONAL.
7. Entah apa mimpi tiba-tiba budak-budak ini sokong Barisan Nasional? SB telah membuat tinjauan singkat ke atas beberapa akaun Facebook (berdasarkan maklumat yang dikirimkan) milik budak-budak ini dan hasilnya, memang didapati mereka ini bukanlah penyokong Barisan Nasional. Salah seorang daripada budak yang terpampang di dalam gambar ini ialah bekas MPP USM dari Pro-Mahasiswa yang pernah aktif bersama Persatuan Mahasiswa Islam USM. Kalau nak tahu, PMI ini ialah cawangan PAS di dalam kampus-kampus di seluruh negara.
8. Mungkin pelajar-pelajar ini sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan. Mungkin mereka sudah terima hidayah untuk melihat kebenaran. Justeru mereka digerakkan hati untuk melangkah ke Padang Kota dan bersama-sama warga Pulau Pinang mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional. Siapa tahu, kan?