"Semakin hari cinta sy kt datin rosmah semakin meningkat...saya juga mula menabung utk membeli cincin rm24juta..inspirasi dari wanita pertama malaysia..tiap2 hri saya juga akan cuba amalkan pembacaan utusan malaysia keran semua berita yg dipaparkan telus dan jujur walaupun dah kalah saman fitnah berkali2...begitu juga buletin utama yg hanya menyiarkan kedah,penang,selangor dan kelantan..."
1. Inilah contoh kejayaan permainan persepsi yang digerakkan oleh pihak pembangkang di Malaysia. Dengan hanya mereka-reka sesuatu cerita, pasti akhirnya akan ada yang percaya dan melekat dalam kepala otak sebagai persepsi, kekal.
2. Kepala otak. Itulah tempatnya persepsi-persepsi jahat pembangkang bersarang. Mungkin juga kita sendiri pernah percaya dengan persepsi yang ditanam tersebut.
3. Kepala otak. Tak kira orang, hatta mahasiswa seperti perempuan dalam imej di atas juga boleh jadi mangsanya. Persepsi tersebut akhirnya melekat dalam kepala otak perempuan mahasiswa dari USM ini. Jahat? Tidak. Dia ini perempuan mahasiswa yang tidak tahu apa-apa. Dia hanya tahu menerbitkan kembali apa yang telah melekat dalam kepala otaknya sebagai persepsi.
4. Tahniah kepada perempuan mahasiswa ini kerana membenarkan kepala otak anda ditanam dengan persepsi jahat lagi keji pembangkang.
ALLAH MERAHMATI MALAYSIA