Pages

Showing posts with label Pro-M UM. Show all posts
Showing posts with label Pro-M UM. Show all posts

Wednesday, 27 November 2013

EMEL PALSU - MENJAWAB FITNAH PRO-M UM

Kempen pilihan raya kampus (PRK) Universiti Malaya sedikit kecoh sejak petang tadi apabila sebuah blog dikesan menyiarkan satu entri yang mendedahkan konspirasi antara Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dato’ Dr. Rohana Yusof dan jentera Penggerak Mahasiswa diketuai Saudara Aiman Taslim.

Klik imej untuk paparan lebih jelas.


Dalam entri tersebut, admin blog WILDAN –KONSPIRASI PENGGERAK yang menggunakan nama  Nur Aiman Wildan (dipercayai identiti palsu) menyiarkan paparan skrin dalam format perbualan emel antara Prof. Dato’ Dr. Rohana dan Aiman Taslim yang menyentuh perkara-perkara berkaitan bantuan kewangan kepada jentera dan lain-lain hal yang dikepilkan bersama dalam emel tersebut.

Blog ini yang dipercayai baru sahaja dibina bagaimanapun telah dipadam oleh admin sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan. Carian sebentar tadi menggunakan alamat http://konspirasipenggerak.blogspot.com/ gagal menjejak blog tersebut. Selain itu, akaun FB yang turut menggunakan nama Nur Aiman Wildan juga gagal dikesan sejak jam 10.00 malam tadi.


Klik imej untuk paparan lebih jelas.


Berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan, admin kedua-dua akaun ini (dipercayai individu yang sama yang mengaku kawan baik Aiman Taslim) didapati telah membuat kongsian awal berkaitan pendedahan ini di laman portal berita propembangkang, Malaysiakini sebelum tersebar secara meluas di alam maya.

Kronologi pendedahan yang dilakukan oleh admin kedua-dua akaun blog dan Facebook ini sedikit sebanyak telah menimbulkan tanda-tanya yang rumit.

Pertama, adakah benar pendedahan ini wujud? Apakah bukti yang boleh digunakan untuk mengesahkan bahawa perbualan emel antara Prof. Dato’ Dr. Rohana dan Aiman Taslim benar-benar berlaku seperti yang didakwa? Lebih penting, adakah akaun emel tersebut benar-benar wujud? Bagaimana hendak dibuktikan itu adalah akaun emel Prof. Dato’ Dr. Rohana dan Aiman Taslim?

Sehingga kini belum ada apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.

Kedua, apakah tujuan pendedahan tersebut dilakukan? Persoalan ini lebih rumit. Jika dilihat momentum kempen ketika ini, pihak Penggerak Mahasiswa sedang ditekan hebat oleh kumpulan Pro-M yang ketinggalan dari segi gerakerja kempen dan strategi mendekati para pengundi. Pro-M terpaksa menyerang calon-calon Penggerak Mahasiswa yang sedang berkempen di fakulti-fakulti dan memburu tenaga kerja kempen Penggerak yang sedang menjalankan tugasan berkempen di sekitar kampus.

Jika dilihat dari sudut ini, jelas sekali Pro-M cuba mencipta ‘sesuatu’ yang boleh membunuh terus kempen Penggerak Mahasiswa melalui permainan persepsi negatif. Adakah ia mustahil? Perlu diingat dalam politik, segalanya mungkin dan segalanya halal selagi ia boleh mendatangkan keuntungan kepada kem yang bertanding, dan hal ini termasuk dalam strategi minit-minit akhir.

Berdasarkan sejarah pilihan raya kampus di Universiti Malaya, pernah berlaku beberapa isu yang dicetuskan pada minit-minit akhir tempoh berkempen hingga menggegarkan warga kampus dan negara amnya. Kesannya amat besar. Antara isu tersebut ialah :

1. Kepala babi yang diletakkan di dalam Surau Akademik Pengajian Islam (API).
2. Calon Pro-M diculik.
3. Pengerusi Pro-M mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenalinya.

Justeru tidak mustahil sekiranya isu emel ini juga dirancang untuk membunuh kempen kumpulan tertentu. Dalam hal ini, sudah tentulah kumpulan tersebut ialah Penggerak Mahasiswa yang menjadi mangsa.

Berbalik kepada persoalan awal tadi, adakah mustahil emel tersebut adalah rekaan? Adakah mustahil ia sengaja dicipta untuk memusnahkan kempen Penggerak Mahasiswa dan menjatuhkan Prof. Dato’ Dr. Rohana yang sememangnya diketahui amat dimusuhi oleh kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya? 

Adalah tipu sekiranya mana-mana pihak mendakwa pendedahan seperti di dalam emel tersebut tidak boleh direkayasa, dan adalah bohong sekiranya mana-mana pihak boleh menjamin emel dan entri tersebut adalah benar lagi sahih. Jika benar, kenapa admin tidak membuat laporan terus kepada pihak berkuasa seperti SPRM? Dan kenapa admin bertindak memadam kedua-dua akaun beliau selepas isu ini menjadi viral dalam masa yang singkat? 

Lihat bukti-bukti di bawah. Adakah sukar untuk memalsukan emel? 

Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Klik imej untuk paparan lebih jelas.



Persoalan ini sengaja SB biarkan tergantung. Anda boleh nilaikan sendiri.

Di atas semua perkara yang dibangkitkan ini, ada persoalan lain yang perlu diberikan perhatian. Pertama, kenapa Pro-M begitu bersungguh-sungguh memainkan isu ini? Kedua, siapa yang mula-mula membangkitkan isu calon Penggerak Mahasiswa dibayar RM500 untuk berkempen? Jejak kembali permainan atau game ini sedikit ke belakang dan anda akan menemui individu terawal yang membangkitkan hal ini di alam maya. Orangnya ialah Saudara Edikoup, bekas Pengerusi Pro-M Universiti Malaya tahun lepas.

Edikoup tuduh tanpa bukti? 


Dari mana Edikoup dapat maklumat tersebut seperti yang didedahkan di dinding Facebooknya sebelum ini? Kenapa Edikoup tidak memperincikan maklumat tersebut sebaliknya membiarkan isu tersebut dimainkan secara terbuka di alam maya?

Dan persoalan terakhir, ADAKAH ANDA PERCAYA pendedahan tersebut? Jika ya, anda perlu memahami frasa akhir artikel SB ini : SIAPA-SIAPA PUN BOLEH CIPTA EMEL TERSEBUT DAN SIARKAN DI BLOG DAN FACEBOOK DENGAN TUJUAN MEMFITNAH PIHAK LAWANNYA.  

Pesan khas buat warga kampus UM :

Bertenang. Abaikan isu-isu begini. Tak perlu dikisahkan sangat akan perkara-perkara yang tidak sahih hujung pangkalnya. Kita jaga keharmonian kampus. Kita sayangi perpaduan yang sedia terbina. Kita tolak budaya fitnah memfitnah. Sedih rasanya melihat kampus yang kita cintai ini menjadi porak peranda dengan fitnah mehnah sebegini. Bersatulah. Turunlah mengundi dengan tenang dan yakin. Pilihlah kumpulan yang anda yakini boleh memimpin kita semua dengan baik dan cemerlang. 


PRO-M UM DISERU BERTINDAK GANAS

Bekas mahasiswa UM. Ditendang keluar kerana masalah dalam pengajian. Anwar Ibrahim kutip,
lalu ditempatkan KUIS. 

Syukri Razab dulu pernah jadi kepala gerakan Pro-M di UM. Tapi masa depannya gelap. Tak sempat habiskan pengajian pun. Syukri ditendang keluar. Dia tak layak pun nak bercakap tentang pilihan raya kampus di UM kerana status pengajiannya itu. Tapi anehnya, budak-budak Pro-M masih lagi menyanjung lelaki ini.

Rakan-rakan dalam Pro-M tahu Syukri ni macam mana. Masa di UM, masanya dihabiskan dengan berpolitik. Kuliah, tutorial, peperiksaan, tugasan ilmiah, semuanya dilempar jauh. Siang malam dia hanya tahu berpolitik, ke hulu ke hilir pun berpolitik. Kerjanya hanya tahu mencari salah universiti, menghentam kerajaan. Selepas ditendang dari UM, dia dikutip oleh Anwar Ibrahim dan ditawarkan tempat di KUIS tanpa sebarang bayaran. Peranannya di KUIS pun sama, iaitu berpolitik dan menghasut para pelajar supaya membenci kerajaan. 

Sebab tu dia tak kisah membuat gesaan seperti dalam salah satu status yang dikemaskini di Facebooknya malam semalam. Dia seru geng Pro-M UM supaya bertindak ganas ke atas Penggerak Mahasiswa. Inikah adab politik yang menjadi pegangannya selama ini? 

PRO-M UM SEMAKIN KEPANASAN

Kempen kumpulan Penggerak Mahasiswa malam semalam telah dicemari oleh tindakan agresif pihak lawan daripada Pro-Mahasiswa yang menahan salah seorang aktivis Penggerak ketika beliau sedang menjalankan tugas di dalam kampus.

Kejadian tersebut turut dirakam dalam format video dan disebarkan dalam masa yang singkat bertujuan membunuh kredibiliti kumpulan Penggerak Mahasiswa. 


Pro-M cuba mengambil kredit daripada insiden ini walaupun tahu pelajar tersebut tidak membuat apa-apa kesalahan. Hal ini secara tidak langsung telah menunjukkan Pro-M sedang tertekan dengan kempen WHAT'S NEXT yang dilancarkan oleh kumpulan Penggerak Mahasiswa.

Apa itu WHAT'S NEXT? Kenapa Pro-M takut sangat? Pendedahan berkenaan kempen ini telah dibuat secara terperinci melalui sebuah blog yang dibangunkan bertujuan membongkar kebobrokan Pro-M Universiti Malaya setiap kali tiba musim PRK. Blog tersebut boleh diikuti di SINI.


Kepada macai-macai Pro-M UM, tak perlu nak bersorak sangat. Anda menangkap orang yang salah. Sepatutnya anda memburu individu yang bertanggungjawab membawa masuk KEPALA BABI ke dalam Surau API, memburu individu yang MENCULIK MASTURAH, MEMUKUL EDIKOUP, dan menconteng kampus dengan LOGO HIPPIE. 

Pelajar yang anda tahan itu lebih mulia kerana beliau cuba membangkitkan kesedaran warga kampus tentang perbuatan jahat dan tidak bermoral anda selama ini dan memfitnah Penggerak Mahasiswa saban tahun.


Ikuti juga pendedahan kempen WHAT'S NEXT melalui blog dalam siri artikel terdahulu. 

MEREKA BUAT TAK APA

Aksi dalam foto di bawah bukanlah aksi yang boleh kita saksikan dengan mudah. Jarang sekali aksi begini dipertontonkan kepada umum. Kakak-kakak bertudung labuh dan abang-abang yang luarannya nampak cukup Islamik ini, rupa-rupanya pandai juga bergaul mesra.

Calon-calon dan para penyokong PRO-M UM berkumpul
selepas penat berkempen, katanyalah.

Kalau dulu, ketika zaman Persatuan Mahasiswa Islam cukup dipandang tinggi, budaya campur gaul begini amat ditegah oleh kepimpinan utama. Kalau dulu, nak bercakap atau berbincang pun ada kain pemidang yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita walaupun berada dalam kumpulan. Dulu, adab muslimin dan muslimah amat-amat dijaga oleh naqib-naqib utama. Perjuangan tak menghalalkan cara, pesan mereka. 

Namun, adab-adab begini seolah-olah telah dilonggarkan oleh para pejuang Islam kampus era ini atas pelbagai alasan. Ya, benar.. tidak menjadi masalah malah tidak melanggar hukum syarak lelaki berada dalam kumpulan bersama wanita. Yang tak boleh ialah berdua-duaan. Tetapi kalau nak berhukum tu, janganlah hipokrit. Dulu tak boleh, kenapa sekarang semuanya boleh? 

SB tergelak melihat foto ini, lantas teringat pengakuan salah seorang bekas aktivis PMI UM yang pernah aktif suatu ketika dahulu. Dengarkan pengakuan beliau dalam tiga klip video di bawah. 






Tuesday, 26 November 2013

TERBARU!! LAGI FATWA SONGSANG

Sesiapa yang mengucap dua kalimah Syahadah, maka dia adalah ahli PMI. Itulah fatwa berbaur politik terbaharu keluaran Pro-M Universiti Malaya dalam usaha mereka menarik sokongan para pengundi. Lihat klip video di bawah.

Saudara Bukhairy Suffian, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang juga merupakan aktivis Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM mengeluarkan fatwa tersebut ketika membantu menjawab salah satu soalah berkaitan demonstrasi dalam Islam dalam Debat Presiden antara Pro-M dan Penggerak Mahasiswa UM.

Persoalannya, adakah semua umat Islam yang mengucap dua kalimah Syahadah telah dipakejkan menjadi ahli PMI secara langsung apabila beriman kepada kalimah tersebut? Sejak bila kias ini menjadi pegangan para pendokong gerakan PMI? Bagaiman dengan mahasiswa-mahasiswi yang tidak menjadi ahli PMI secara rasmi, tidak berdaftar dan tidak membayar yuran keahlian? Adakah mereka semua terikat dengan dosa-dosa yang dilakukan oleh PMI UM selama ini khusus ketika pilihan raya kampus (PRK)?

KRONOLOGI KEMPEN KOTOR PRO-M BAHAGIAN 2

Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Kronologi awal kempen kotor Pro-M telah SB kongsikan di SINI. Itu bahagian awal. Kali ini SB kongsikan pula tiga lagi peristiwa besar yang boleh disifatkan sebagai kempen kotor kumpulan Pro-M Universiti Malaya dalam usaha mereka menawan kampus melalui pilihan raya yang diadakan. 

1. PRK Sidang 2011/2012

Selepas game kepala babi berjaya membawa Pro-M memenangi PRK Sidang 2009/2010, kumpulan tersebut sekali lagi berusaha mencipta game yang boleh meletupkan seluruh kampus dan membuatkan para pelajar tertanya-tanya siapa yang melakukannya dalam PRK Sidang 2011/2012.

Skrip dicipta. Seseorang perlu dipilih menggalas tugasan kotor ini. Kotor tak apa asalkan ada untung. Tak cuba tak tahu. Akhirnya, salah seorang calon wanita mereka diamanahkan menjadi mangsa dalam game ini. Game apa? Klik SINI.

2. PRK Sidang 2012/2013

PRK sidang ini dianggap sebagai PRK paling mencabar, getir dan penting. Semua pihak ternanti-nanti apakah yang akan berlaku dalam PRK UM sehingga istilah What's Next menjadi popular dan trending dalam tempoh masa yang amat singkat.  Kisahnya? Klik SINI.

3. PRK Sidang 2013/2014

PRK sidang ini juga dimulakan secara kotor. Awal-awal lagi kumpulan Pro-M cuba mencipta kontroversi bagi menaikkan nama dan imej mereka di mata mahasiswa Universiti Malaya. Kali ini mereka menjemput aktivis Hippie sosialis, Saudara Fahmi Reza untuk membuka gelanggang kempen Pro-M dengan berkongsi sejarah perjuangan mahasiswa. Apa yang mengejutkan, Fahmi turut membawa gelombang Hippie ke dalam kampus UM. Para penyokong Fahmi telah mencemarkan kawasan kampus dengan menconteng logo Hippie sebelum membuat perang psikologi ke atas Penggerak Mahasiswa. Klik SINI untuk mengetahui kisah lanjut.

Kurang 48 jam sahaja lagi hari pembuangan undi akan berlangsung. Setakat ini, Pro-M belum mengeluarkan bom mereka yang boleh menggegarkan seluruh kampus. Tapi jangan lupa. Semua bom mereka sebelum ini dilakukan pada saat-saat terakhir hingga sukar disanggah oleh kumpulan lawan. 

Jadi apa pula kali ni? 

KRONOLOGI KEMPEN KOTOR PRO-M UM BAHAGIAN 1

Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Sudah menjadi tradisi dalam pilihan raya kampus (PRK) di Universiti Malaya barangkali. Saban tahun pasti akan meletus insiden-insiden tertentu yang selalunya akan menggemparkan warga kampus bahkan hingga mengejutkan masyarakat luar dan negara amnya.

Berikut merupakan antara catatan ringkas insiden yang pernah berlaku sepanjang sejarah PRK di UM dalam tempoh lima tahun belakangan ini :

1. PRK Sidang 2009/2010

Insiden ini paling rare dalam sejarah politik kampus negara. Dua kepala babi yang masih berdarah diletakkan dalam surau Akademik Pengajian Islam (API) beralaskan bendera PAS. Berdasarkan siasatan yang dibuat, pihak polis percaya ia dilakukan oleh orang dalam. Siapa orang dalam? Ikuti kisahnya di SINI.



2. PRK Sidang 2009/2010


Pro-M UM adalah cerminan pembangkang di dalam kampus. Kalau lihat gerombolan pembangkang di luar kampus, kita boleh nampak imej Pro-M di dalam kampus. Sama saja kedua-duanya. Dan antara ciri persamaan itu ialah, mereka membenci para pemimpin negara termasuk Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak. Kebencian mereka hingga sampai ke tahap menconteng dinding dewan kuliah dengan lakaran karikatur Rosmah Mansor dan menyimbah minyak ketika beliau datang ke UM atas urusan rasmi. Lebih lanjut, klik SINI.



3. PRK 2010/2011


Sistem e-Undi ibarat madu dan racun kepada Pro-M. Oh, silap. Ini berkaitan sikap hipokrasi. Madunya, bila sedap. Racun, bila tidak menguntungkan. Pro-M UM amat suka memainkan isu e-Undi setiap kali tiba PRK. Mereka akan membantah jika berasakan tidak mampu menandingi Penggerak Mahasiswa. Bila rasa tak kuat dan akan kalah, mereka akan gunakan sistem e-Undi sebagai alasan untuk mencipta tension dan isu. Bila kecoh, mereka berpeluang meraih simpati politik dengan mudah. Tak percaya? Klik SINI.



Ini baru tiga peristiwa. Ada lagi yang akan SB kongsikan selepas ini. Kita sebagai warga yang prihatin perlu memberitahu kepada semua orang siapa mereka yang sebenar. Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS bahkan menasihatkan kita agar mendedahkan keburukan calon-calon yang hendak diangkat menjadi pemimpin. Ini fatwa beliau yang absah dan sering digunapakai oleh para penyokong PAS. Kita pun boleh guna jugalah, kan? 


#PRKUM2013 CALON PROGRESIF TIPU IDENTITI??


Apa sudah jadi??? Pro-M UM kelihatan amat terdesak untuk memenangi kerusi Fakulti Perundangan sehingga terpaksa mencipta platform berasingan bagi meletakkan calon mereka menentang calon Penggerak Mahasiswa.

Ketika berdebat dengan Saudara Aiman Taslim baru-baru ini, Pengerusi Pro-M UM Saudara Muqit dengan angkuhnya mendakwa Pro-M mempunyai kekuatan untuk menang dalam PRK kali ini.  Kalau dah kuat sangat kenapa mesti cipta platform baharu sedangkan semua tahu calon-calon yang dibariskan itu beridentitikan Pro-M? Adakah ideologi sedia ada Pro-M tidak cukup progresif hingga terpaksa menggunakan label Progresif di Fakulti Perundangan?

Adakah Pro-M bimbang perjuangan mereka ditolak lagi di Fakulti Perundangan seperti yang dialami sidang lepas? Dalam pilihan raya kampus (PRK) sebelum ini kesemua calon Pro-M di Fakulti Perundangan telah ditolak hingga menjejaskan peluang mereka membentuk majoriti mudah dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).

Atas sebab itu jugalah Pro-M memutuskan untuk mencipta platform baharu dengan tujuan mengaburi identiti sebenar calon-calon yang diketengahkan sekaligus mengurangkan serangan persepsi oleh pihak lawan ke atas mereka.

Inilah yang dikatakan matlamat menghalalkan cara. Seandainya menang kelak, sudah pasti calon-calon Progresif ini akan declare mereka menyokong Pro-M. Jadi apa bezanya antara Pro-M dan Progresif?? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar