PRU
13 sudah tamat dan keputusan juga telah diketahui. BN ditentukan oleh ALLAH SWT
untuk menang untuk kekal di Putrajaya.
PR
pula ditentukan oleh ALLAH SWT untuk tidak diizinkan ke Putrajaya.
Kita
perlu kembali kepada kepercayaan "Qada dan Qadar" yang telah tertulis
siapa yang ALLAH SWT telah tentukan.
ALLAH
SWT telah tentukan NAJIB sebagai PM (pemimpin Malaysia). Manakala ANWAR telah
ALLAH SWT tentukan untuk terus menjadi Pemimpin Pembangkang.
Ini
adalah ketentuan yang dibuat oleh ALLAH SWT bukan nya kita sebagai manusia
tentukan.
ANWAR
perlu muasabah dan munajat diri, serta bersyukur kerana ALLAH SWT masih memberi
rezeki kepadanya.
ANWAR
dan PR masih menang dengan pertambahan kerusi dan masih menjadi kerajaan di
beberapa negeri.
Jadilah
seperti NAJIB yang masih bersyukur walaupun BN menang dengan prestasi yang
menurun .
Bersyukurlah
ANWAR, kerana KARPAL dan DAP serta PAS pun sudah iktiraf dan menerima
"verdict" rakyat PRU 13.
Kenapa
perlu kamu (ANWAR) mengajak rakyat untuk
sekali lagi membuat "verdict" secara tak sah .
ANWAR
(kamu) masih perlu bermain "mind games" dan masih perlu bermain
"persepsi" dengan rakyat .
Apa
yang kamu (ANWAR) tak puas hati dengan keputusan PRU 13 ?
Tak
puas hati kerana DAP sekarang menjadi dominan dalam PR kerana menang 38 kerusi
Parlimen?
Ataupun
tak puas hati kamu (ANWAR) tentang prestasi yang menurun undi majoriti di
PERMATANG PAUH kerana diancam oleh Dr Mazlan calon BN di sana?
Ataupun
kamu (ANWAR) malu pada kepimpinan DAP dan PAS dan para peminat kamu (ANWAR)
kerana selama ini kamu (ANWAR) rasa kamulah paling popular dalam politik
Malaysia.
Ataupun
kamu (ANWAR) rasa tercabar dan malu kerana kewibawaan kamu (ANWAR) telah mula
menurun dan ini menyebabkan rakan-rakan luar negara kamu (ANWAR) akan lari
meninggalkan kamu (ANWAR).
Ataupun
kamu (ANWAR) masih mahu untuk bermain strategi untuk terus menjadi relevan dan
mahu kamu (ANWAR) sentiasa berada dalam minda rakyat, walaupun rakyat sudah
membuat "verdict."
Yang
jelas ANWAR, rakyat sudah muak dengan permainan "gila kuasa" kamu
(ANWAR).
Rakyat
dan pengundi sudah matang dan mereka tahu realitinya.
Walaupun
ANWAR mengajak rakyat untuk turun membuat protes atas dakwaanPRU 13 penuh
penipuan, TETAPI :
Rakyat
dan pengundi PRU 13 ( 13 juta ) tidak sebodoh itu.
Rakyat
boleh berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa DAP menang besar dan masih kuat
untuk terus memerintah Pulau Pinang?
Rakyat
boleh berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa PAS menang besar dan masih kuat untuk
terus memerintah Kelantan?
Rakyat
boleh berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa PAKATAN RAKYAT menang besar di dan
kekal kuasa di Selangor?
Rakyat
boleh berfikir - sekirannya ada penipuan kenapa prestasi DAP dan PAS meningkat
di banyak negeri?
Rakyat
boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa KARPAL dan DAP telah menerima
"verdict" rakyat PRU 13?
Rakyat
boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa Mustapa dan PAS juga terima keputusan
"verdict" rakyat PRU 13?
Rakyat
boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa prestasi BN turun merudum
terutama MCA dan Gerakan?
Rakyat
boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa ada para Menteri dan Ketua
Menteri/Menteri Besar serta Timbalan Menteri BN yang tewas?
Rakyat
boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa ramai pemimpin yang menjadi
Ketua komponen BN yang tewas?
Rakyat
boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa DAP menang di bandar-bandar?
Rakyat
boleh berfikir - bahawa persoalan di atas dihasilkan melalui satu sistem
pilihanraya yang sama dan mengikut undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
dan diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya
Malaysia (SPR), bukan dari sistem yang berbeza dan SPR yang sama.
Jadi
rakyat tahu, ANWAR sudah keterlaluan dalam "mind games" yang pada
masa ini emosinya lebih besar daripada rasionalitinya.
Rakyat
tahu - Anwar sudah tidak rasional.
Rakyat
tahu - Anwar sudah amat kecewa kerana tidak dapat menjadi PM.
Rakyat
tahu - Anwar sudah tewas pada Guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Hj Hadi
dari segi wibawa.
Rakyat
tahu - Anwar akan kehilangan "popularitinya.”
Rakyat
tahu - Anwar masih mahu bermain "games" yang sama macam 1997 selepas
Anwar di pecat oleh Dr M.
Rakyat
tahu - Anwar sedang mengunakan dakwaan isu SPR dan isu penipuan sebagai agenda
untuk membawa rakyat untuk "protes."
Rakyat
tahu - Anwar sedang cuba untuk mempergunakan rakyat untuk memenuhi perasaan
kecewanya.
Oleh
itu rakyat pastinya sudah muak dengan cara Anwar ini dan pastinya rakyat pada
kali ini tidak akan bersamanya.
Sekiranya
Anwar betul - kenapa Presiden Obama telah mengiktiraf Najib?
Sekiranya
Anwar betul - kenapa PM Singapura juga telah mengiktiraf Najib?
Sedangkan
semua rakyat tahu Amerika dan Singapura antara rakan-rakan baik diplomatik
Anwar.
OLEH
ITU SEMUA RAKYAT MALAYSIA, KITA PERLU BERFIKIR SECARA RASIONAL BUKAN EMOSIONAL,
KENAPA PERLU KITA DIPERALATKAN LAGI OLEH AGENDA ANWAR? YANG ADA DI DEPAN KITA
TELAH DITENTUKAN OLEH KEPUTUSAN PRU 13 DENGAN LEBIH 80 % YANG MENGUNDI. APA
LAGI YANG TIDAK ADIL? BOLEHKAH LEBIH 80 % PENGUNDI SENANG DI TIPU BEGITU.
CUKUP-CUKUPLAH ANWAR, RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN CARA POLITIK YANG TIDAK DEMOKRATIK.
NAK JUGA MENANG ANWAR PERLU TUNGGU PRU 14. SEMOGA MAJORITI RAKYAT TIDAK TURUN
UNTUK BERPROTES SEPERTI YANG ANWAR MAHU. KITA TERUS BERDOA KEPADA ALLAH SWT
AGAR NEGARA KITA YANG DISAYANGI AKAN TERUS TERPELIHARA KEAMANAN DAN KESTABILANNYA,
AMIN.
Artikel ini ialah hasil tulisan Pak Zad. Kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad untuk mengikuti lebih banyak analisa PRU-13. Klik SINI.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------