Pages

Showing posts with label PMI UM. Show all posts
Showing posts with label PMI UM. Show all posts

Wednesday, 27 November 2013

MEREKA BUAT TAK APA

Aksi dalam foto di bawah bukanlah aksi yang boleh kita saksikan dengan mudah. Jarang sekali aksi begini dipertontonkan kepada umum. Kakak-kakak bertudung labuh dan abang-abang yang luarannya nampak cukup Islamik ini, rupa-rupanya pandai juga bergaul mesra.

Calon-calon dan para penyokong PRO-M UM berkumpul
selepas penat berkempen, katanyalah.

Kalau dulu, ketika zaman Persatuan Mahasiswa Islam cukup dipandang tinggi, budaya campur gaul begini amat ditegah oleh kepimpinan utama. Kalau dulu, nak bercakap atau berbincang pun ada kain pemidang yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita walaupun berada dalam kumpulan. Dulu, adab muslimin dan muslimah amat-amat dijaga oleh naqib-naqib utama. Perjuangan tak menghalalkan cara, pesan mereka. 

Namun, adab-adab begini seolah-olah telah dilonggarkan oleh para pejuang Islam kampus era ini atas pelbagai alasan. Ya, benar.. tidak menjadi masalah malah tidak melanggar hukum syarak lelaki berada dalam kumpulan bersama wanita. Yang tak boleh ialah berdua-duaan. Tetapi kalau nak berhukum tu, janganlah hipokrit. Dulu tak boleh, kenapa sekarang semuanya boleh? 

SB tergelak melihat foto ini, lantas teringat pengakuan salah seorang bekas aktivis PMI UM yang pernah aktif suatu ketika dahulu. Dengarkan pengakuan beliau dalam tiga klip video di bawah. 






Tuesday, 26 November 2013

TERBARU!! LAGI FATWA SONGSANG

Sesiapa yang mengucap dua kalimah Syahadah, maka dia adalah ahli PMI. Itulah fatwa berbaur politik terbaharu keluaran Pro-M Universiti Malaya dalam usaha mereka menarik sokongan para pengundi. Lihat klip video di bawah.

Saudara Bukhairy Suffian, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang juga merupakan aktivis Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM mengeluarkan fatwa tersebut ketika membantu menjawab salah satu soalah berkaitan demonstrasi dalam Islam dalam Debat Presiden antara Pro-M dan Penggerak Mahasiswa UM.

Persoalannya, adakah semua umat Islam yang mengucap dua kalimah Syahadah telah dipakejkan menjadi ahli PMI secara langsung apabila beriman kepada kalimah tersebut? Sejak bila kias ini menjadi pegangan para pendokong gerakan PMI? Bagaiman dengan mahasiswa-mahasiswi yang tidak menjadi ahli PMI secara rasmi, tidak berdaftar dan tidak membayar yuran keahlian? Adakah mereka semua terikat dengan dosa-dosa yang dilakukan oleh PMI UM selama ini khusus ketika pilihan raya kampus (PRK)?

Thursday, 21 November 2013

#PRKUM2013 EKSKLUSIF! OPERASI HITAM PRO-M UM SIRI 2

Insiden : Rosmah Puaka


24 Jun 2009 mencatatkan satu lagi sejarah hitam lagi memalukan buat mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya. Akademik Pengajian Islam (API) UM yang sepatutnya menjadi pusat ilmu untuk mahasiswa telah menjadi mangsa kebiadapan aktivis-aktivisi Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang terlalu taksub dengan politik dan kuasa.

Pada tarikh tersebut, lima orang pelajar dari API telah menconteng dinding dewan kuliah utama dengan lakaran imej Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak kerana dirasuk perasaan benci dan marah terhadap pemimpin Negara.

Mereka yang terlibat dalam kerja khianat laknat ini ialah ;

Shazni Munir Mohd Ithnin
Muhammad Aizat Roslan
Muhammad Saufi Jelani
Mohd Izzudin Hilmi Mohd Zaini
Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli

Adakah ini yang mereka belajar sebagai mahasiswa API UM? Di mana rasa hormat dan tatasusila sebagai pelajar jurusan Pengajian Islam? Insiden ini telah mendapat perhatian besar seluruh negara sekaligus mencemarkan imej Universiti Malaya sebagai universiti terulung di negara ini.  


PRO-M = PRO(SAK) MAHASISWA

Tuesday, 25 September 2012

PENGERUSI PRO-M DIPUKUL ORANG SENDIRI?

SB terkejut selepas membaca entri pagi buta blogger Malaysia Bangkit sebentar tadi. Klik SINI. Pagi-pagi lagi dah spoil mood nak turun mengundi. Apa ni? Tak habis-habis lagi Pro-M ni nak buat kacau?

Kalau di USM, PMI bergelut menafikan penglibatannya dalam Pro-M, yang semua orang pun dah tahu dan sedia maklum pun akan hakikatnya, di UM lain pula cerita. Pro-M di UM kekal dengan budaya Menipu (Pro-M = Pro-Menipu). Cuma kerja menipu tu agak kurang cerdik berbanding di USM yang lebih suka berhujah dan memutar belit kata-kata.

Ceritanya, si Pengerusi Pro-M UM, yang juga Pengerusi Pro-M Nasional (kan SB dah kata, apa-apa yang berlaku di UM akan memberi impak di universiti lain termasuk pengaruh kepimpinan tertinggi dalam Pro-M sendiri), Saudara Edikoup Lakip Sediyanto, mendakwa telah dipukul oleh para Penggerak UM. 


Hebat sangatkah Edikoup ni sampai perlu dipukul? Ini kelakar. Mood nak berblogging SB pun jadi tak keruan sebab bercampur-baur rasa geram dan lucu.

SB kenal para Penggerak di UM termasuk ketuanya, Saudara Marwan. SB amat yakin dengan semangat yang ditonjolkan oleh mereka untuk menawan semula kampus UM daripada terus digerhanai kepimpinan Pro-Mahasiswa. Tapi bukan dengan cara begini. Kenapa? Kerana Penggerak UM sudah mempunyai kekuatan sendiri untuk menang. Tak perlu hingga menyerang Pengerusi Pro-M yang banyak cakap macam Edikoup ni.

Buang masa dan tenaga serta hanya merosakkan kredibiliti Penggerak UM sahaja!

Jadi apa yang berlaku sebenarnya? Kalau Penggerak UM tak perlu sampai memukul dan membelasah hidup-hidup si Edikoup ni, jadi kenapa dia dibelasah juga? Siapa yang belasah?

Mungkin entri ini boleh memberikan gambaran awal tentang perkara ini. Klik SINI. Dalam entri ini, SB telah huraikan corak politik di UM setiap kali tiba pilihan raya kampus. Saban tahun, pasti ada cerita dan insiden yang tak sedap didengar berlaku melibatkan Pro-M. Malangnya, setiap kali itulah, nama Penggerak akan dikaitkan sama seolah-olah kumpulan Penggerak ini terlalu amat jahat. Akhirnya, Pro-M kaut undi popular dan menang mudah.

Ini modus operandi mereka. Lihat gambar di bawah sebagai beban pembuktian yang SB cuba sampaikan. 



Rentetan peristiwa/insiden yang berlaku di UM. Lihat di bawah juga.

16 Januari 2009 - Jam 5.00 pagi lebih kurang beberapa jam sebelum waktu pengundian bermula, UM digemparkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan di atas bendera PAS di dalam Surau Akademik Pengajian Islam. Surau yang juga markas dan kubu kuat PMI UM itu 'diceroboh' oleh pihak tertentu semata-mata untuk mensabotaj Pro-M, dakwa mereka. Betul ke? Macam mana kubu kuat boleh senang-senang dicerobohi? Mereka menampakkan seolah-olah Penggerak yang bertanggungjawab. Wah hebat betul Penggerak UM ni. Ada pasukan khas tindak senyap ke?

29 Januari 2010 - Pro-M berdemonstrasi membantah pengenalan sistem e-undi. Klik SINI untuk menonton aksi dan gelagat dirasuk syaitan mereka diketuai Syazni Munir, pemimpin utama PMI yang telah dibuang universiti.

17 Februari 2011 - Sekumpulan Pro-M UM merempuh Bangungan Perdana Siswa. Motif : Tidak dapat menahan sabar dan rasa marah ketika menunggu keputusan perbicaraan kes melibatkan 7 orang calon mereka yang hilang kelayakan bertanding.

21 Februari 2011 - Calon Pro-M UM, Saudari Masturah Abu Bakar hilang. SB pernah huraikan kes ini sebelum ini. Klik SINI.

Justeru perkembangan terbaru ini membuktikan lagi konspirasi terancang kumpulan Pro-M di UM dalam memenangi setiap kempen pilihan raya kampus. 

Pesoalan tentang "apa selepas ini" yang pernah SB bangkitkan sebelum ini sudah terjawab. Pro-M masih menggunakan modus operandi yang sama. Mereka akan dimangsakan sendiri untuk meraih undi simpati. Pemangsanya pula akan digambarkan sebagai kumpulan Penggerak.

Halal? 

Tidak ada masalah. Atas nama harakah perjuangan menentang musuh Allah, PMI sanggup bersekongkol termasuk menipu dan memfitnah. 

Jadi apa yang berlaku ke atas Edikoup? Sendiri pukul, sendiri buat cerita, sendiri sakit tapi sendiri menang. Menang dengan cara yang amat keji. Nauzubillah.


Monday, 24 September 2012

KENAPA PMI TIDAK MAHU DIKAITKAN DENGAN PRO-MAHASISWA?


Tak putus-putus komen dan emel dikirim ke inbox SB susulan pendedahan Konspirasi Bersih Kampus. Ada yang menuduh SB sengaja mereka-reka cerita. Ada juga yang mencela SB kononnya terdesak menutup lubang busuk yang ditinggalkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung isu Konspirasi Ops 2020.

SB tak gentar. Demi mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia, demi kebenaran dan demi perjuangan yang SB pikul ini, SB akan terus membongkar isu ini. Terlalu banyak kepincangan berlaku dalam kumpulan mahasiswa propembangkang (Pro-Mahasiswa) baik di peringkat Nasional mahupun di kampus-kampus.

SB juga teruk dikecam selepas membongkar perpecahan yang sedang berlaku dalam gerakan Pro-M di Universiti Sains Malayasia (USM). Kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) , Saudari Ummul Aiman Hj. Abd Sani yang disiarkan di blog ini semalam, klik SINI telah diputarbelitkan semula. 


PMI cuba menafikan perkara tersebut (perpecahan) sebaliknya menyokong kenyataan Saudari Ummul Aiman meskipun sudah diketahui umum bahawa Pro-M di mana-mana universiti pun ditunjangi oleh Persatuan Mahasiswa Islam.

Bagi SB, ini satu strategi terdesak PMI untuk mengaburi mata para pengundi terutamanya pelajar-pelajar Tahun 1 dan 2. Bukan hanya di USM, di universiti-universiti lain juga menyaksikan hal yang sama turut berlaku termasuk di UKM, UPM dan UM.

Situasi ini berlaku kerana PMI telah diarahkan oleh GAMIS iaitu gabungan induk bagi kesemua PMI dan lain-lain persatuan mahasiswa seumpanya di seluruh IPT supaya bergerak atas platform sendiri. Sementara platform Pro-Mahasiswa pula akan digunakan ketika berkempen dalam pilihan raya kampus sahaja. Klik SINI.


Justeru ramai yang terkejut dengan perkembangan muktahir ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kepimpinan PMI di semua kampus terlalu mengagungkan Pro-M dan mahu dikenali sebagai penggerak utama Pro-M, berbanding sekarang yang mahu dilihat berkecuali.

Analisa SB mudah. Situasi ini berlaku kerana pimpinan PMI sekarang sudah rimas dengan gelagat keterlaluan Pro-M di peringkat nasional yang lebih gemar berpolitik secara keterlaluan. Antara puncanya termasuklah Demonstrasi Liar Anti-PTPTN pada 14 April 2012 dan penglibatan langsung dalam Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.

Namun begitu, walau apa pun tindakan yang diambil, Persatuan Mahasiswa Islam baik di USM mahupun di kampus-kampus lain tetap tidak dapat melarikan diri daripada imej dan nama buruk Pro-Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa juga sudah sinonim dengan label kumpulan mahasiswa propembangkang, kumpulan mahasiswa kaki demonstrasi dan kumpulan mahasiswa anti-establishment di seluruh IPT di negara kita. Terima sahaja hakikat ini! Anda boleh menipu atas nama harakah perjuangan tetapi kebenaran tidak boleh disembunyikan daripada haknya.


[VIDEO] BUKTI PMI DAN PRO-M ADALAH SAMA!!



Syazni Munir, antara pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang akan dikenang bukan kerana rekod baiknya, tetapi atas kebiadapannya selama memimpin gerakan mahasiswa di universiti tertua negara itu.

Dalam video di atas yang dirakamkan pada 29 Januari 2010 ketika kumpulan Pro-M UM membuat bantahan terhadap sistem e-voting, Syazni telah memimpin gerombolan mahasiswa UM yang lain merempuh pejabat Timbalan Naib Canselor dengan alasan mahu menyerahkan memorandum bantahan tersebut.

Adakah ini lambang sikap terpuji seorang pemimpin gerakan Islami? Adakah ini simbol akhlak berkualiti tinggi penganut-penganut Persatuan Mahasiswa Islam dan penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa di UM?

Takdir Allah penentu segalanya. 

Syazni Munir akhirnya gagal dalam pengajiannya di UM. Anak muda yang pernah mendapat liputan istimewa dalam majalan I Love Islam ini telah dibuang universiti atas pelbagai kesalahan sebelum dipungut oleh Kerajaan PKR Selangor untuk melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Di KUIS, langkah politik Syazni Munir tidak lagi terbatas kerana dia kini mendapat sokongan penuh daripada pihak kolej dan kerajaan negeri untuk bergiat aktif dalam kegiatan politik yang bersifat propembangkang baik di dalam mahu pun di luar kampus.

Untung kan jadi Pro-M? Lembu-lembu Pakatan Rakyat ini sentiasa dibela dengan baik. 

Tuesday, 18 September 2012

SANDIWARA PRO-MAHASISWA


*Entri ini tidak disertakan gambar kerana memberi fokus kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.


SB suka merujuk pelbagai kes yang sering berlaku di Universiti Malaya dalam setiap siri pilihan raya kampus. Ini kerana, apa-apa saja yang berlaku di universiti tertua negara ini akan mencorakkan iklim dan suasana pilihan raya kampus keseluruhannya.

Tumpuan media arus perdana juga lebih terarah kepada universiti ini berbanding IPTA lain justeru memberikan kayu ukur secara tidak langsung tentang perjalanan pilihan raya kampus pada sesi tersebut.

Kenapa Universiti Malaya?

Bagi yang tidak tahu, universiti ini merupakan pusat bagi gerakan mahasiswa pro-pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M di Malaysia. Di sinilah lahirnya pemimpin-pemimpin gerakan ini yang berperanan di peringkat nasional sekali gus menentukan hala tuju perjuangan Pro-M keseluruhannya.

Saban tahun Pro-M akan tampil dengan tuntutan atau manifesto yang khas dan pada kebiasaannya, ia akan menjadi agenda bersama bagi kesemua gerakan Pro-M di IPTA lain dalam mereka menghadapi pilihan raya kampus.

(Jadi tak perlulah hairan kalau di tempat anda, tiba-tiba saja wakil Pro-M mengemukakan manifesto yang langsung tidak ada kaitan dengan keperluan universiti anda. Misalnya, Pro-M USM pernah membawa manifesto mansuh sistem e-voting sedangkan USM tidak pernah menggunakan sistem tersebut!)

Di sini membuktikan, kepimpinan Pro-M Nasional yang berakar umbi di Universiti Malaya sebenarnya mengutamakan kemenangan di universiti tersebut hingga memaksa rakan-rakan di IPT lain memperjuangkan agenda yang senada dengan mereka.

Kenapa jadi begitu? Ia mudah. Kalkulasinya, seperti yang pernah dihujahkan oleh Syazni Munir, bekas YDP Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, menang di Universiti Malaya bermakna menang di kesemua kampus. Ini kerana, Universiti Malaya ialah IPT tertua dan paling disegani (berpengaruh) di negara ini.

Walaupun ia hanya persepsi, tetapi sifat fundamental premis Syazni Munir ini ada benarnya. Justeru Pro-M sentiasa memastikan Universiti Malaya akan kekal menjadi IPT wajib menang setiap kali pilihan raya kampus berlangsung, at all costs.

Trenda Pilihan Raya

Untuk menang, Pro-M memerlukan lebih dari sekadar kempen biasa. Di Universiti Malaya, sama ada kamu lakukan sehabis mungkin, atau hilang ‘deposit’ sebelum pengiraan undi bermula lagi.

Bagi memastikan kemenangan ini, strategis mereka sentiasa berfikir di ‘luar kotak’ – sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh jentera penggerak (bukannya tiada kemampuan, tetapi tidak sampai hati/tidak mampu – teruskan membaca).

Kenapa SB katakan begitu? Mari kita lihat perkembangan dua tiga tahun ke belakang. Apa yang berlaku ini sebenarnya amat menarik dan menakutkan sekali gus. Sebelum itu, siapkan kesimpulan ini dalam minda anda – Untuk Menang, Apa Pun Boleh Dilakukan!

Kepala Babi

Anda pernah baca atau dengar atau lihat sendiri insiden kepala babi dalam surau Akademik Pengajian Islam (API), Universiti Malaya?

Insiden ini sangat menggemparkan negara kita. SB tidak perlu berkonspirasi dengan teori-teori yang telah lama dibincangkan, tetapi yang akan kekal dalam minda kita ialah persoalan ini, bagaimana insiden ini boleh berlaku?

Dalam insiden ini, dua kepala babi yang masih berdarah diletakkan di atas bendera rasmi PAS di dalam surau API sementara dinding surau berkenaan turut diconteng. Berdasarkan penelitian yang dibuat, ia memerlukan masa yang lama dan tenaga yang ramai untuk melakukan propaganda tahap tinggi sebegini. Tetapi yang lebih menarik ialah, lokasi kejadian itu sendiri.

Surau API yang menjadi ‘lokasi’ kedurjanaan politik kampus ini sebenarnya ialah kubu atau markas utama Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya yang juga teras Pro-M di universiti ini. Semua orang tahu, surau berkenaan boleh dikatakan hampir 24 jam beroperasi lebih-lebih lagi ketika kempen pilihan raya kampus sedang berlangsung.

Justeru bagaimana ia boleh berlaku? Abaikan dahulu persoalan siapa yang melakukannya kerana SB akan kemukakan kemudian. Tetapi sebagai orang Islam dan warga yang waras, kita tentu sukar menerima insiden ini. Sangat melampau dan mendukacitakan hati nurani.

Calon Ghaib

Dua tahun kemudian, sekali lagi Universiti Malaya mencatatkan insiden di luar kotak pemikiran umum. Kali ini ia melibatkan ‘kehilangan’ salah seorang calon wanita dari kem Pro-M yang berlaku sehari sebelum pembuangan undi dijalankan.

Calon ini, Masturah Abu Bakar, dilaporkan hilang selepas keluar berkempen bersama rakan-rakannya. Tetapi ibunya berkeras mendakwa Masturah telah diculik. Lalu timbul pelbagai spekulasi liar dan ketika umum mula mencari siapa penculik tersebut, Pro-M sedang mengaut laba simpati yang tidak sedikit.

Seluruh negara tertumpu pada kes ini. Pertama, ia aneh. Kedua, kerana calon ini ialah anak pemimpin atasan PAS di Selangor! (ibunya ialah pemimpin Dewan Muslimah PAS Selangor dan turut berada dalam kepimpinan Majlis Bandaraya Shah Alam).

Justeru anda boleh bayangkan kegemparan yang dicetuskan daripada kes ini. Si ibu tidak putus-putus mengadakan sidang akhbar. Wartawan dijemput dan kenyataan yang pelbagai-bagai dikeluarkan. Nampaknya, mereka lebih sukakan publisiti berbanding mencari orang hilang!

Akibat kes ini, akhirnya, Masturah menang undi popular.

Sekarang anda nampak perkaitannya? Belum nampak? Baik, sila ambil maklum bahawa Masturah telah kembali ke alam nyata selepas ghaib (atau dibebaskan jika benar dia diculik) sehari selepas keputusan undian diumumkan. Dalam keadaan lesu dan blur, Masturah diraikan bagai wirawati srikandi Pro-M Universiti Malaya!

Konspirasi Aspirasi?

Kedua-dua insiden kepala babi dan calon ghaib ini – dua contoh daripada sekian banyak insiden pelik dan aneh yang pernah berlaku di Universiti Malaya – secara tidak langsung telah menjadikan Kumpulan Penggerak (dahulunya dikenali sebagai Aspirasi) di universiti berkenaan sebagai mangsa.

Dalam insiden kepala babi misalnya, ia dilakukan ketika tempoh berkempen sudah tamat iaitu pada awal pagi beberapa jam sebelum proses pembuangan undi dijalankan.

Dalam jangka masa yang amat singkat ini, ia tidak memberikan ruang yang secukupnya kepada Penggerak untuk menepis dakwaan bahawa Pro-M disabotaj atau dikhianati. Walaupun tiada dakwaan secara khusus dibuat, namun oleh kerana insiden ini berlaku ke atas Pro-M, maka cakap-cakap atau tuduhan secara tidak langsung tetap akan menjurus kepada Penggerak Mahasiswa.

Dalam sekelip mata sahaja, kumpulan Penggerak dicop sebagai bermain politik kotor dan dalam sekelip mata sahaja, reputasi baik Penggerak musnah. Akhirnya, hasil pengundian selepas dikira, menghadiahkan kemenangan mudah kepada Pro-M.

Tetapi adakah benar ia konspirasi Aspirasi atau Penggerak untuk mensabotaj Pro-M? Kalau benar, apa untungnya? Dua soalan ini penting. Pertama, jika ia benar, maka jelaslah strategi Penggerak sangat bodoh. Kedua, jika ia tidak benar, maka siapa yang begitu kotor hatinya hingga tergamak melakukan operasi hitam sebegitu?

(Dalam hati SB, siapa lagi kalau bukan ‘mereka’ yang mempunyai akses mudah untuk keluar masuk surau API tersebut!)

Sementara dalam insiden calon ghaib pula, ia turut memalitkan kesan hitam ke atas Penggerak. Sebaik calon tersebut dilaporkan hilang/ghaib/diculik, seluruh mata tertumpu kepada kem Penggerak seolah-olah ia dilakukan oleh kumpulan ini.

Paling melucukan, antara alasan yang diberikan, Penggerak gentar dengan kewibawaan calon tersebut hingga terpaksa menculik bagi memastikan beliau tidak layak bertanding.

Adakah ini jenaka atau serius yang bodoh? Insiden ini berlaku selepas penamaan, justeru mana mungkin calon ini hilang kelayakan semudah itu? Jika benar seperti yang dituduh, maka memang Penggerak Universiti Malaya ada masalah yang besarlah.

Jadi siapa yang buat?

Berdasarkan analisa yang dibuat, kesemua insiden ini menjerumuskan kita kepada satu kesimpulan. Di Universiti Malaya, perancangan isu yang berfungsi sebagai ‘bom’ ke atas lawan diatur berdasarkan sifat alih pandang.

Dalam insiden-insiden ini misalnya, Pro-M menggunakan pelbagai isu kecil lain seperti e-voting, kebajikan, dan sebagainya sepanjang tempoh berkempen tetapi apabila tiba hari kemuncak, mereka mengalihkan keseluruhan tumpuan warga kampus dan orang ramai kepada isu yang lebih besar yang dicipta secara tiba-tiba.

Ibarat sekumpulan peniaga yang susah hati melihat draft keuntungan mereka kian menurun, lalu mereka cipta satu produk yang boom, pasarkan dan akhirnya, ia melonjakkan semula keuntungan syarikat mereka itu. Begitulah strategi yang digunakan oleh Pro-M di Universiti Malaya.

Kebijakan yang dilakukan oleh mereka ternyata berhasil hingga menyebabkan kumpulan lawan tidak mampu bertindak segera atau melancarkan counter attack. Ia dummy strategi yang sangat berkesan di mana mereka telah menyerang musuh tanpa menyentuhnya (memaksa khalayak/pengundi membenci musuh/Penggerak).

Apa selepas ini?

Apa yang akan berlaku dalam pilihan raya kampus kali ini?

Sejujurnya, SB sendiri sukar meramalkan apakah yang akan berlaku dalam kempen PRK di Universiti Malaya pada tahun ini. Melihat kepada trenda lalu, Pro-M UM dijangka akan menggunakan strategi baru yang lebih ‘bersantun’ bagi mengelakkan prasangka umum kepada mereka menjadi lebih besar.

Tetapi ini hanya andaian. Apa pun boleh berlaku kerana Pro-M UM mempunyai kekuatan sumber dan tenaga yang tidak terbatas termasuk menerima sokongan langsung daripada parti-parti pooolitik pembangkang di luar sana.

Mereka mempunyai sumber dana yang tidak terhad dan bantuan sokongan untuk melakukan kerja-kerja black ops juga sentiasa tersedia pada bila-bila masa. Justeru mungkin insiden-insiden luar jangka akan berlaku lagi. Siapa tahu kali ini mereka akan culik Naib Canselor pula, atau ‘menawan’ bangunan HEPA!

Apa-apa pun, inilah Universiti Malaya. Di sinilah tempatnya Pro-M dapat bergerak bebas dan merancang aktiviti mereka sewenang-wenangnya. Markas dan bilik mesyuarat mereka ada di salah sebuah bilik seminar di  Akademik Pengajian Islam (API). Jemputlah datang, kerana banyak kejutan dirancang di sini.
Selamat berkempen!

Nota

* Kes kepala babi ini khabarnya masih dalam siasatan. Belum ada keputusan muktamad diumumkan hingga kini. Adakah ini juga usaha menutup kebenaran?

** Masturah ketika ini ialah isteri kepada bekas Pengerusi Pro-M Nasional, Safwan Anang yang juga aktivis Pro-M UM. Safwan Anang pernah terlibat dalam pelbagai demonstrasi dan rusuhan liar termasuk memanjat pagar kampus UPSI ketika demonstrasi malam Tahun Baru 2012 yang lalu. Selain itu, Safwan Anang turut menyertai Demonstrasi Anti PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka dan Rusuhan BERSIH 28 April 2012 yang menyaksikan Safwan Anang dikenakan hukuman gantung pengajian oleh pihak universiti. Ketika ini, Safwan Anang berkhidmat untuk PKR sementara menjalani tempoh penggantungannya.

Berdasarkan cerita yang disampaikan oleh anggota keluarga terdekatnya, perkahwinan Safwan dan Masturah tidak begitu direstui oleh ibu bapa Safwan Anang kerana perbezaan ideology politik. Menurut sumber tersebut, dalam keluarga mereka, hanya ibu bapa Safwan Anang sahaja menyokong UMNO sementara sanak saudara yang lain ialah penyokong PAS termasuk Safwan Anang sendiri. Masturah sendiri masih dikawal oleh ibunya.

Friday, 22 June 2012

KISAH PERSUNDALAN BILIK SEMINAR 24, UNIVERSITI MALAYA


Ini persundalan tahap paling menjijikkan, kisah jilat-menjilat ludah sendiri yang paling nikmat dalam sebuah kumpulan mahasiswa lelaki dan perempuan yang kononnya suci bersih tetapi sebenarnya amat keji perlakuan mereka.

Tempatnya di Universiti Malaya, universiti tertua dan menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia. Universiti ini juga melahirkan begitu ramai pemimpin negara baik daripada Barisan Nasional mahupun Pembangkang.

Di Bilik Seminar 24 (BS 24), Akademik Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, mereka sering bersundalan dan merancang nikmat haram bagi memuaskan nafsu seekor sesumpah politik bernama Anwar Ibrahim. Jangan lupa , sesumpah politik ini (diberi gelaran sedemikian oleh sebuah akhbar berpengaruh di Israel) juga adalah bekas mahasiswa bermasalah dari Universiti Malaya!

Di bilik ini mereka merancang aktiviti dan menyebarkan ideologi pembangkang dalam kalangan mahasiswa.

Pada malam 14 April 2012, di bilik ini jugalah mereka merencana pergerakan dalam demonstrasi Anti-PTPTN yang berlangsung di Dataran Merdeka. Natijahnya, seperti yang kita lihat, mereka bukan mahu berhimpun semata-mata. Sekumpulan mahasiswa diketuai antaranya oleh Khalid Ismath, Adam Adli dan Safwan Anang mengalungkan bunga malai atau bunga kematian (mengikut agama Hindu) pada potret Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khaled Nordin. Biadap bukan? [SINI]

Hasil perbincangan yang dihoskan oleh Safwan Anang (ketika itu ialah Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam UM) dalam BS 24 ini juga, mereka memutuskan untuk menjalankan ritual pengebumian kedua-dua pemimpin negara itu mengikut adat kebudayaan masyarakat Hindu. Tugas ini kemudiannya diserahkan kepada Mandeep Singh, Pengerusi Kelab Mangsa PTPTN yang baru-baru ini gagal dalam usahanya menyaman perbadanan tabung pendidikan tinggi tersebut [SINI].

Ini hanya mukaddimah bagi yang tak tahu tentang perkembangan muktahir politik kampus di Malaysia. Politik kampus terutamanya di Universiti Malaya sebenarnya sudah teruk dicemari oleh persundalan mahasiswa-mahasiswi pro-pembangkang.

Insiden seperti kepala babi diletakkan dalam surau API misalnya, amat tidak masuk akal tetapi itulah yang berlaku pada Februari 2009 ketika kempen Pilihan Raya Kampus (PRK) di Universiti Malaya. Kepala babi beralaskan bendera PAS itu diletakkan dalam sebuah surau yang didakwa sebagai kubu kuat Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM dan hampir 24 jam beroperasi, jadi bagaimana ia boleh dilakukan? Dalam reaksi serta merta, PMI telah menuduh ia adalah sabotaj daripada jentera Penggerak UM dan UMNO. Sekali lagi, adakah ia masuk akal?

Kepala babi diletakkan dalam surau API di UM pada ketika kempen
PRK UM 2009.

Beralaskan bendera PAS, akhirnya UMNO dan Penggerak yang
dipersalahkan. Adakah UMNO dan Penggerak begitu bodoh?


Natijah daripada insiden ini amat besar. Pro-M UM akhirnya menang besar. Impak isu ini juga turut terpalit pada UMNO dan Barisan Nasional yang akhirnya tewas dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu [SINI].

Berdasarkan maklumat dalaman sendiri, ia sebenarnya telah dirancang dengan rapi bagi menjatuhkan kem Penggerak Mahasiswa UM yang ketika itu juga baru sahaja menjalani proses rebranding. Lebih tepat, ia  sebenarnya adalah fitnah jahat yang sengaja dirancang selepas 'dihalalkan' oleh pimpinan atasan dengan alasan untuk menjatuhkan musuh Islam! Nauzubillah.

Peristiwa tersebut berlaku dalam masa yang amat singkat sehingga pihak Penggerak UM sendiri tidak mampu mengeluarkan sebarangan kenyataan.

Hingga hari ini juga, tidak ada sesiapa pun yang mahu buka mulut secara terbuka dan bercerita tentang insiden yang berlaku ini. Bukan kerana takut, tetapi masing-masing bingung dan hairan. Masing-masing tidak mahu ambil risiko menyebarkan cerita yang tidak benar walaupun kes ini telah disiasat dengan rapi oleh pihak polis. Hanya individu-individu tertentu sahaja tahu kerana merekalah perancang utama insiden ini. SB harap mereka segera bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam.

Percayalah, lebih banyak kisah persundalan Bilik Seminar 24 akan didedahkan selepas ini. SB tidak akan teragak-agak demi menjaga kesucian agama kita daripada terus diperalatkan oleh golongan mahasiswa sebegini. Nauzubillah. Sesungguhnya SB berlindung dengan Allah SWT daripada segala fitnah dunia.

Saturday, 28 April 2012

BS 24 API, UM JADI MARKAS BERSIH??

Gambar fail BERSIH 2.0. Seksi? Biasalah. Campur aduk demi satu matlamat.

Maklumat baru diterima, kumpulan SMM dan PMI UM dilaporkan menggunakan kemudahan Bilik Seminar 24 (BS24) di Akademik Pengajian Islam (API), UM sebagai lokasi mesyuarat dan bilik gerakan mereka untuk demonstrasi BERSIH 3.0 esok.

Selain itu, kira-kira 500 orang mahasiswa dan mahasiswa anak Kelantan juga dilaporkan sudah berkumpul di sebuah hotel di ibu negara sambil menunggu Pengerusi SMM, Safwan Anang menghabiskan sesi taklimat dari "abah" mereka iaitu Anwar Ibrahim sebelum bergerak ke sebuah lagi hotel sebagai tempat penginapan.

Atas sebab-sebab keselamatan, SB tidak dapat mendedahkan lokasi hotel mereka akan menginap. Tetapi percayalah, tanpa peruntukan yang besar, mustahil mereka boleh menginap di hotel-hotel tersebut. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar