Pages

Showing posts with label Chegu Bard. Show all posts
Showing posts with label Chegu Bard. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

PANAS!!!! CHEGU BARD KENA PENAMPAR LAGI DI SUNGAI ACHEH!!

Muslimah PAS dikesan berkempen di sekitar Kg. Chenaam.
Calon PKR DUN Sg. Acheh, Pulau Pinang, Chegu Bard sekali lagi menerima tamparan paling pedas selepas ditampar oleh seorang penyokong PAS pada hari penamaan calon pada 20hb April 2013 yang lalu.

Tamparan kali ini ternyata sangat memedihkan kerana ia lebih berbentuk pengkhianatan secara terang-terangan oleh jentera PAS yang sebelum bersetuju menarik diri daripada kempen PRU ke-13 di DUN tersebut.

Pada 27 April yang lalu, sekumpulan muslimah PAS dikesan telah bergerak di Kampung Chenaam untuk berkempen bagi calon PAS. Perkara ini sangat mengecewakan kem PKR kerana mereka didakwa telah melanggar persetujuan yang dicapai sebelum ini untuk memberikan laluan kepada Chegu Bard bertanding di situ. Lebih malang, berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh anggota muslimah itu sendiri, mereka tidak rela berkempen untuk Chegu Bard yang dilihat bukan calon yang terbaik untuk mewakili penduduk Sg. Acheh.

Kisah ini turut dicatatkan oleh blogger Penang Most Wanted dalam dua entrinya sebelum ini. Klik SINI dan SINI.

Insiden ini yang sedang berlaku di DUN Sg. Acheh ini benar-benar menyerlahkan kepincangan yang melanda Pakatan Rakyat menjelang hari pembuangan undi pada 5hb Mei 2013 ini. Tikam menikam sesama sendiri, fitnah dan cacian antara satu sama lain bukan lagi perkara yang mampu disorokkan oleh pimpinan utama mereka.

Apakah nasib Chegu Bard di Sg. Acheh? Tidak cukupkah lagi PKR dikhianati pengikut PAS di Permatang Pauh hingga merebak ke Sg. Acheh pula? Adakah ini akhlak dan pendirian politik PAS yang sebenar? 

Wednesday, 10 April 2013

CHEGU BARD CARI PASAL DI PULAU PINANG?


KEWUJUDAN kem-kem tertentu dalam PKR bukan cerita baru, tapi cerita lama.  Semua orang tahu Wan Azizah dan Azmin sedang bersilang lengan untuk memastikan orang pilihan masing-masing sahaja yang dicalonkan dalam pilihanraya.

Tapi hebat macam mana, setia macam mana pun Wan Azizah kepada Anwar, masih lagi tak boleh lawan Shamsidar Taharin, bininya Azmin yang jauh lebih muda, jambu dan bergetah.  Sebab itulah sekarang Wan Azizah sedang mengalami ‘kekalahan’, dengan orang pilihannya satu-satu gugur sebelum ke medan perjuangan dicantas Azmin.

Dia sendiri pun dinafikan Azmin, hak untuk bertanding kerusi DUN di Selangor.

Termasuk dalam senarai orang-orang Wan Azizah yang sedang gugur dan diketepikan ini ialah Badrul Hisham Shahrin atau lebih terkenal dengan nama Chegu Bard.  Asal dia ni di Negeri Sembilan, Rembau tapi setelah diketepikan Azmin di negeri tersebut, dia dicampakkan ke kerusi DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang.
Jauh tu, 5 ke 6 jam naik kereta dari Seremban.

Dia bukan orang kawasan itu pun, cakap pekat Negeri Sembilan pulak tu, harap nama PKR sajalah.  Bagaimanapun, penulis tak rasa CheguBard dihantar ke situ untuk berkhidmat pun kalau menang, pasal polisi PKR bertanding pilihanraya  hanya untuk kekalkan kuasa saja, dalam kes ini DAP.

Sudahlah Pulau Pinang, kawasan itu (Sg Acheh) adalah kerusi UMNO sekarang.  Betullah 2008 dulu calon kawasan tersebut Datuk Mahmud Zakaria hanya menang dengan majoriti kecil (250 undi), tapi itu sebelum DAP memerintah dan menunjukkan kuku rasis mereka dan menindas orang Melayu.

Sekarang ni bertanding disitu, macam menyerah nyawalah.  Nampak sangat Azmin nak tanam dia hidup-hidup.

Anyway, semua orang tau bukan taraf CheguBard nak bertanding di kerusi DUN.  Mamat ni mana tau cakap hal-hal politik kawasan yang kecil-kecil ni.  ’Padang’ permainan dia jauh lebih besar, di peringkat nasional.  Buktinya, tengok sajalah isu apa yang CheguBard ni jadi jaguh?  Altantunya, PTPTN, anak muda, mendiang Bala dan sebagainya, mana ada isu kecil?

Tapi bila Azmin letak dia untuk bertanding di DUN, itu faham-faham sudahlah.  Tambah pulak lagi dengan hakikat yang dia masuk dalam group Wan Azizah, menunjukkan betapa lebarnya perpecahan dalam PKR dek perbalahan antara Azmin dan Wan Azizah ini.

Natijah dari perkara ini ialah, satu perkara orang perlu faham tentang PKR – bila Azmin dah nak, not even Anwar pun boleh kata tidak.  Alangkah kehendak bini dan anak dia pun boleh buat tak tau saja demi Azmin, apa sangat CheguBard.


Sumber : MyKMU

Tuesday, 26 March 2013

UMNO AKAN DIHARAMKAN - CHEGU BARD




1. Kempen Solidariti Anak Muda Malaysia untuk mengharamkan UMNO dilihat sekadar usaha terdesak yang bersifat populis semata-mata bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap  pelbagai isu membabitkan Pakatan Rakyat ketika ini.

2. Isu utama sudah tentulah berkait dengan dakwaan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. Semakin hari semakin banyak bukti didedahkan. Anwar, Tian Chua, Sivarasah dan SUARAM ialah antara nama yang dikaitkan berserta pelbagai bukti yang sukar disanggah oleh blogger Pakatan Rakyat sejak insiden ini mula meletus.

3. Selain itu, Pakatan Rakyat juga kelihatan terdesak kerana kemungkinan DAP akan diharamkan menjelang PRU 13 atas dakwaan penyelewengan undi dalam CEC yang diadakan baru-baru ini. Pendaftar Pertubuhan (ROS) dijangka akan memuktamadkan siasatan dalam masa terdekat sekaligus memberikan tekanan kepada parti tersebut.

4. Jika SAMM serius sangat, apa kata gegarkan dulu Pakatan Rakyat yang hingga kini masih belum ditubuhkan secara sah, atau lebih tepat PAKATAN HARAM.

5. SAMM juga perlu maklum bahawa terdapat ratusan NGO haram yang ditubuhkan semata-mata mahu menguatkan Pakatan Rakyat termasuk BERSIH yang diagung-agungkan oleh kaum PAS itu.

6. Dan paling wajib didedahkan ialah penyelewengan dalam pemilihan jawatan tertinggi PKR sendiri yang hingga ke hari ini masih belum diselesaikan. Chegu Bard sebagai Pengerusi SAMM yang dicalonkan bertanding jawatan Ketua AMK juga disingkirkan akibat penyelewengan yang berlaku di peringkat dalaman parti tersebut.

7. Jika SAMM ada pasukan blogger yang dibayar untuk kempen ini, kami ada ribuan blogger yang sedia menggempur Pakatan Rakyat dari bulu kaki sampai hujung rambut. Lawan tetap lawan!!



SB : Ada dua jenis samdol. Pertama badigol, kedua Chegu Bard. 

Monday, 24 December 2012

LAKONAN TERBARU SAFWAN ANANG!!!

Setelah lama SB tidak menulis. Tetapi hari ini SB digerakkan hati untuk mendedahkan pembohongan Safwan Anang yang tidak habis-habis dengan lakonan gagalnya. Ikuti apa yang SB ingin dedahkan ini.


1. Apa sudah jadi dengan SMM pimpinan Safwan Anang? SMM yang merujuk kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia didakwa oleh Safwan sebagai BUKAN PEMBANGKANG. Dakwaan ini dibuat oleh beliau dalam satu wawancara panjang lebar dengan wartawan Sinar Harian edisi 23 Disember 2012. Boleh lihat link di gambar yang SB sertakan.

2. Ironinya, kenyataan terbaru ini hanya menyerlahkan sikap muka tembok kumpulan pelampau mahasiswa abad 21 di Malaysia ini kerana rakyat negara ini sama sekali tidak akan melupakan kedurjanaan yg pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini termasuk tragedi memalukan dlm Demonstrasi Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka.

3. Justeru apakah muslihat sebenar Safwan mengeluarkan kenyataan sedemikian?

4. Safwan tidak boleh menyembunyikan hakikat penglibatan secara terbuka gerakan tersebut dgn pihak pembangkang terutamanya PKR.

5. Sejak 'berjaya' menurunkan bendera DS Najib di PWTC oleh Adam Adli dan rakan-rakannya pada penghujung tahun 2011, SMM terus mendapat sokongan oleh PKR hingga kumpulan pelampau mahasiswa ini semakin berani mencabar undang-undang negara dan kesabaran orang ramai dlm beberapa siri demonstrasi jalanan.

6. Safwan juga tidak boleh menyembunyikan peranan yang dimainkan oleh beliau dan SMM ketika menganjurkan perkhemahan Occupy Dataran bersama kumpulan pro-sosialis pimpinan Fahmi Reza rentetan Demonstrasi Anti-PTPTN tersebut.

7. Perkhemahan itu jugalah yg membawa kpd penahanan aktivis mahasiswa, Umar Muhammad, yg ketika ini ditahan di Penjara Kajang atas kesalahan menghalang tugas penguatkuasa DBKL.


8. Ironinya juga, kenyataan oleh Safwan ini dibuat ketika SMM semakin lantang berkempen membantah penahanan Umar. Dua hari lepas mereka berkhemah di luar Penjara Kajang dan terkini, perkhemahan dianjurkan sekali lagi di Dataran Merdeka.

9. Pimpinan pembangkang juga turut menyokong bantahan yang dibuat oleh SMM itu. Peguam yg juga aktivis Suaram dari PKR, Latheefa Koya dlm beberapa keyataan di twitternya turut menyokong usaha SMM dan mempertahankan Umar Muhammad. Begitu juga, pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Chegu Bard, turut menyokong kempen Solidariti Untuk Umar ini.

10. Sekiranya benar SMM bukan pembangkang, sudah pasti kumpulan ini tidak akan didekati pemimpin pembangkang kerana adalah diketahui, pembangkang sama sekali tidak akan menyokong mana-mana kumpulan, Ngo ataupun gerakan yg tidak membangkang kerajaan!

11. Adakah Safwan cuba bermain tarik tali dgn media arus perdana sedangkan pada masa yg sama, mereka jugalah yg menggerakkan aktiviti 'bawah tanah' dlm menyemai kebencian mahasiswa terhadap kerajaan?


12. Pendedahan ini hanya permulaan. Kami akan menghuraikan lebih banyak puzzle yg dibina oleh Safwan Anang dlm masa terdekat. Ketua pelampau mahasiswa ini wajar ditelanjangkan termasuk kaum keluarganya juga.


Nantikan episod seterusnya siapa keluarga Safwan.

Monday, 7 May 2012

CHEGU BARD GAGAL CEROBOHI BUKIT AMAN

Cubaan kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengadakan demonstrasi besar-besaran di hadapan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman hari ini sekali lagi menemui kegagalan.

Sudahlah kehadiran tidak mendapat sambutan, hasrat mereka untuk menyerahkan memorandum menuntut pihak polis menggugurkan kes terhadap Khalid Ismath Syiah, pelajar Tahun 1 UiTM Shah Alam yang mengeluarkan ugutan bunuh baru-baru ini juga tidak berjaya.

Chegu Bard buat sidang media mengutuk pihak polis.

Seperti biasa, mereka juga akan membawa bersama kumpulan media dan akan membuat kenyataan di mana-mana saja bagi menunjukkan kepada masyarakat 'betapa serius dan beratntya' masalah yang sedang dihadapi. Hakikatnya, rakyat semakin menyampah dan meluat melihat tindak-tanduk mereka yang seolah-olah tidak ada kerja lain nak dibuat.

Safwan Anang, Pengerusi SMM pun tak mahu kalah.

Safwan Anang, pelajar UM yang telah dikenakan hukuman gantung pengajian selama satu semester turut hadir. Kononnya nak bela rakannya, tapi dia sendiri tak terbela. Semakin hari semakin biadaP kumpulan mahasiswa ini. Fikir hanya mereka saja betul dan berhak menuntut keadilan.

Monday, 30 April 2012

Anwar Mengaku Arahkan Demonstran Mengganas


Seandainya ada tangkapan terhadap dalang keganasan sewaktu demonstrasi BERSIH 3.0 Sabtu lepas (28/04/2012), maka individu pertama yang perlu ditangkap bukan Ambiga  tetapi Brader Anwar Bin Ibrahim. Kedua, Chegu Bard dan ketiga, Azmin Ali.

Footage di atas dengan jelas memaparkan arahan daripada Anwar melalui isyarat yang jelas supaya demonstran meneruskan kemaraan. Azmin Ali yang berdiri tidak jauh dari Anwar kemudian mengarahkan demonstran merempuh halangan pagar yang disediakan oleh pihak berkuasa.

Itu rakaman di lokasi di mana Anwar berada. Bagaimana rakaman-rakaman lain yang menunjukkan dengan jelas Unit Amal PAS melakukan rempuhan ganas terhadap pihak polis yang berkawal? 

Dakwaan bahawa Polis sendiri yang membuka halangan juga tidak benar. Dalam situasi yang genting itu, pihak Polis dengan kekuatan yang terhad tidak dapat lagi menahan asakan melainkan terpaksa membiarkan demonstran terus meluru masuk. 

Anda fikirkan sendiri, siapa yang ganas? Jangan tunggu Anwar mengaku mengarahkan demonstran mengganas kerana dia tetap akan menyalahkan pihak polis, media arus perdana dan sesiapa sahaja yang dirasakan perlu demi menyelamatkan diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar