1. Siapa yang tidak pernah berhutang? Siapa yang masih mempunyai hutang keliling pinggang? SB percaya setiap daripada kita terikat dengan pelbagai hutang, paling tidak pun hutang PTPTN. Itu belum masuk hutang bank untuk beli rumah, kereta dan bermacam-macam lagi.
2. Adakah Islam melarang kita daripada berhutang? Sejauh manakah kita dibenarkan berhutang? Apa yang akan berlaku sekiranya kita gagal menjelaskan hutang-hutang tersebut?
3. SB tidak berhajat mengulas persoalan-persoalan ini panjang lebar. Namun, seperti yang kita sedia maklum, pihak pembangkang ketika ini sangat hebat memutarbelitkan fakta hutang negara sehingga rakyat digambarkan seolah-olah Malaysia akan muflis seperti Greece akibat belenggu hutang yang melampau.
4. Adakah benar seperti yang didakwa? Sudah tentu tidak. Jadi bagaimana kita nak jelaskan kepada rakyat dengan cara yang mudah dan berkesan bahawa hutang negara belum sampai tahap seperti yang digembar-gemburkan itu?
5. Sebentar tadi SB meninjau beberapa sumber bagi mengutip fakta-fakta dan analisis terbaharu berkenaan isu ini. SB akhirnya menemui sebuah blog informatif yang memakai nama Malaysian Intelligence yang menyediakan fakta-fakta menarik dan mudah difahami berkaitan hutang negara. Justeru SB mengajak rakan-rakan semua menjenguk blog ini. Bersama-samalah kita menjadi manusia yang berpengetahuan.
Klik SINI jika anda bersetuju dibawakan ke blog Malaysian Intelligence.