Irshad Manji (gambar) dikenali bukan sahaja kerana orientasi seksnya yang menggemari kaum sejenis (lesbian) tetapi turut terkenal kerana fahaman pluralisme agamanya yang cukup kuat.
Antara ciri fahaman ini ialah menghalalkan perhubungan sejenis dan perkahwinan antara agama (inter-faith marriage).
Pada tahun 2007, adik Irshad Manji misalnya telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki bukan Islam tanpa melalui proses yang dituntut oleh syarak.
Dalam kenyataannya berhubung perkahwinan ini, Irshad Manji menganggap ia sebagai lambang kebebasan beragama yang sebenar menurut Islam berdasarkan prinsip bahawa tiada paksaan terhadap orang bukan Islam untuk menerima Islam.
Di Malaysia, fahaman ini turut dipopularkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) melalui penyebaran buku berjudul Kahwin Campur |SINI| yang diterjemah secara langsung oleh badan pemikir yang dinaungi oleh Anwar Ibrahim itu untuk edaran di negara ini.
Idea pluralisme agama ini sebenarnya amat berbahaya dan boleh menjerumuskan seseorang ke lembah murtad atau kegelinciran akidah kerana percaya bahawa setiap agama menuju Tuhan atau The One yang sama meskipun berbeza jalan dan konsep akidah.
Fatima, adik Irsad Manji berkahwin dengan seorang doktor bukan Islam dikenali sebagai Eric pada 2007 tanpa melalui proses pertukaran agama. |
Menurut fahaman ini juga, Allah sama sahaja dengan konsep God seperti yang digunakan dalam agama Kristian. Konsep God atau Tuhan ini akan membawa seseorang kepada The One atau Tuhan Yang Esa, sedangkan menurut Islam, hanya Allah SWT sahaja Zat Yang Esa. Bahkan, God juga sepatutnya dieja sebagai god, bukan God (atau tuhan, bukan Tuhan) kerana konsepnya yang terlalu umum.
Sebagai orang Islam, kita sepatutnya tegas dalam mempertahankan hak akidah Islamiah. Jangan sesekali bertolak ansur dengan anasir syaitan begini walau atas nama kebebasan hak asasi manusia sekali pun!