1 Keputusan Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian wilayah yang melibatkan
Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002 sebenarnya telah mengiktiraf hak
Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah serta pulau di sekitarnya. Ia secara
tidak langsung telah menyebabkan permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah
tidak lagi relevan.
2. Menurut laporan
kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan
mengatakan, di bawah undang-undang antarabangsa yang lama, hak wilayah itu
merupakan hak eksklusif pemerintah Negeri. Tanah adalah harta berdaulat untuk
dipertahankan selaras dengan undang-undang yang relevan.
3. Namun di bawah
undang-undang antarabangsa yang baru, siasatan itu semestinya mencakupi maksud
yang lebih luas, khususnya dalam konteks dekolonisasi. Khususnya, konsep hak
"rakyat", untuk menentukan pilihan sendiri. Sebagai contoh, dalam kes
mengenai Timor Timur (Portugal v Australia), ICJ telah mengiktiraf prinsip
penentuan sendiri yang menjadi "salah satu prinsip penting dalam
undang-undang antarabangsa kontemporari" (ICJ Laporan tahun 1995, p.102,
perenggan 29).