Seorang teman di kawasan Parlimen di
Bukit Katil, menghantar satu gambar yang diambil kamera murah mengenai perkara
yang akan dilakukan oleh jentera PKR di dalam PRU yang akan datang. Kalau
membaca secara keseluruhan dokumen tersebut – kita boleh pastikan bahawa PRU
yang akan datang adalah yang paling kecoh dan kotor dalam sejarah Malaysia.
Kekecohan yang dirancang akan bermula
sejak awal pagi lagi. Beberapa orang peguam muda sudah dikenalpasti untuk
bertindak sebagai EJEN PILIHANRAYA, tetapi sebenarnya mereka akan melakukan
protes awal kepada SPR sejak pusat pengundian dibuka. Seramai 50 orang peguam
muda sudah diberikan tanggungjawab untuk merosakkan imej SPR di hari pertama
tersebut.
Kawasan nukleus panas PRU13:-
- Gombak
- Lembah Pantai
- Permatang Pauh
- Setiawangsa
- Wangsa Maju
- Bagan Serai
- Bukit Katil
- Muar
- Pandan
- Sabak Bernam
Kekecohan akan bermula cukup awal. Di Gombak, sususan telahpun dibuat untuk mengupah beberapa orang bouncer yang akan turut mencetuskan kemarahan rakyat. Khabarnya, tidak semua PDM yang dibenarkan kecoh. PKR HQ akan menetapkan beberapa PDM strategik sahaja untuk menimbulkan kekecohan.
Pendekatan
media baru juga tidak dilupakan. Semua twitter sudahpun diarahkan untuk
memainkan #hashtag tertentu untuk membangkitkan kemarahan pengundi muda.
Sepertimana kejayaan Bersih 1.0, 2.0 dan sebagainya – twitter akan dijadikan
aplikasi penting pada hari mengundi. Cubaan juga sedang dirancang untuk
aplikasi Zello juga dipakai secara ekstensif.
Online media
build up akan turut disertai oleh kumpulan RED BEAN ARMY (yang ditaja oleh
DAP). Sejumlah 600 cybertroopers DAP akan turut membantu. Di kerusi-kerusi
‘mixed seats’, insiden dan isu perkauman akan turut digunapakai.
Kalau begini
persediaanya, kena hati-hati.
http://gelagatanwar.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment